Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Boy Iman Bakal Menjadi Penyanyi Dan Lancar Single 'Malas Nak Layan'



SEJAK kebelakangan ini, seolah-olah sudah menjadi trend untuk ahli perniagaan menceburi bidang nyanyian dan mengeluarkan single. Bermula dengan Datuk Seri Vida menerusi single I Am Me, diikuti pula Datuk Aliff Syukri dengan Abang Nak Tegur, kini tiba giliran Boy Iman pula.


Menerusi entri di akaun Instagramnya, Datuk Boy Iman memaklumkan dia sudah tidak sabar untuk melancarkan single berjudul Malas Nak Layan itu, tidak lama lagi.


Single yang kini sudah pun menjalani penggambaran video itu ditulis oleh Edry Abdul Halim dan diterbitkan oleh syarikatnya sendiri, DBI Entertainment Sdn Bhd.


"Lagu ini dibuat khas selepas berlakunya musibah pada diri saya. "Saya hadiahkan ini untuk semua yang menyokong saya, juga haters saya," tulisnya.


Sumber : Awani

Comments :

0 comments to “Boy Iman Bakal Menjadi Penyanyi Dan Lancar Single 'Malas Nak Layan'”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.