Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Remaja dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu


HULU TERENGGANU - Niat seorang remaja menyelamatkan empat sahabatnya yang hampir lemas bertukar tragedi selepas dia hilang di bawa arus air dan dikhuatiri lemas dalam kejadian di Sungai Terengganu berhampiran Waterfront Kuala Berang di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, remaja terbabit, Mohammad Rahim Salleh Ahmad, 17, dikatakan sedang mandi di sungai tersebut sebelum lemas ketika cuba menyelamatkan rakan-rakannya.


Empat rakan mangsa adalah Mohd. Jubair Mohd. Yunus, Sayid Amin Zainal Abidin, Mohd. Yasir Nuralam dan Yunus Idris yang berusia lingkungan 12 hingga 14 tahun.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan dengan menyusuri sungai sedalam kira-kira lima meter itu.


“Operasi SAR itu turut disertai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.


“Memandangkan hari semakin gelap, operasi tersebut terpaksa ditangguhkan pada pukul 7 malam dan akan disambung esok pada pukul 8 pagi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.


Difahamkan sebelum kejadian tersebut, mangsa bersama 13 rakannya sedang bermain bola sebelum mereka pergi ke sungai untuk mandi. - K! ONLINE


Comments :

0 comments to “Remaja dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.