Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

10 Ciptaan Genius Pada Masa Dahulu Yang Kini Telah Disalahgunakan


Sejak dahulu lagi, manusia sudah mula menghasilkan pelbagai jenis ciptaan genius bagi memudahkan mereka melakukan sesuatu perkara di dalam kehidupan ataupun pekerjaan.


Namun, setelah bertahun-tahun lamanya sejak terciptaanya barang-barang ini, fungsi sebenar barang-barang ini telah pun bertukar ganti dan tidak digunakan seperti tujuan asal penciptaan mereka.


Berikut merupakan senarai ciptaan-ciptaan genius yang dihasilkan pada masa lalu.


#1. Poket kecil seluar jeans

Dulu : Simpan jam poket

Kini : Simpan pelbagai benda kecil seperti duit syiling dan kunci.


#2. Bekas gula-gula M&M’s

Dulu : Diciptakan untuk dimakan oleh anggota tentera ketika peperangan bagi memberikan tenaga segera.

Kini : Sudah dikomersialkan.


#3. Bahagian biru pada pemadam

Dulu : Digunakan untuk memadam tulisan yang ditulis pada permukaan yang kasar.

Kini : Digunakan untuk memadam kesan dakwat pen pada kertas.


#4. Gelungan pada bahagian belakang baju kemeja

Dulu : Digunakan untuk menyangkut tali leher di dalam almari.

Kini : Digunakan untuk menyangkut pakaian pada penyangkut baju.


#5. Permainan asas pengguna MS-Windows

Dulu : Bertujuan untuk mendidik pengguna perisian itu supaya lebih cekap menggunakan tetikus komputer yang merupakan suatu ciptaan yang agak ganjil pada ketika itu.

Kini : Digunakan bagi membuang masa.


#6. Hud pakaian

Dulu : Digunakan untuk menyembunyi wajah daripada pandangan awam.

Kini : Digunakan pada pakaian untuk tujuan fesyen.


#7. Payung

Dulu : Digunakan untuk melindungi daripada sinaran matahari yang terik.

Kini : Digunakan untuk tujuan melindungi daripada sinaran matahari dan air hujan.


#8. Belon berbentuk haiwan

Dulu : Meskipun diperbuat daripada kayu dan batu, bentuk-bentuk haiwan seperti ini digunakan ketika upacara keagamaan oleh kaum Aztec.

Kini : Kayu dan batu telah pun digantikan dengan getah dan kini, bentuk-bentuk haiwan ini digunakan sebagai permaian kanak-kanak.


#9. Tulisan braille

Dulu : Diciptakan pada tahun 1808, tulisan braille ini pada mulanya digunakan oleh pihak tentera bagi membolehkan mereka menterjamah kod yang diterima pada waktu malam.

Kini : Tulisan braille kini merupakan tulisan rasmi yang digunakan oleh golongan yang mengalami kecacatan penglihatan.


#10. Teh

Dulu : Digunakan sebagai ubat di China dan Eropah suatu ketika dahulu.

Kini : Merupakan salah satu jenis minuman yang paling banyak dinikmati di dunia.


Sumber - Taikotai

Comments :

0 comments to “10 Ciptaan Genius Pada Masa Dahulu Yang Kini Telah Disalahgunakan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.