Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Dua pesawat bertembung di lapangan terbang Toronto


TORONTO - Dua pesawat berlanggar di lapangan terbang Toronto, kelmarin hingga menyebabkan ekor salah sebuah pesawat terbakar selain memaksa pemindahan penumpang melalui slaid kecemasan.


Kejadian melibatkan pesawat WestJet dan Sunwing itu berlaku pada jam 6.19 petang (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson yang merupakan insiden kedua di premis itu dalam tempoh lima bulan.


"Operasi di lapangan terbang ini masih berjalan seperti biasa walaupun berdepan cuaca buruk," menurut jurucakap premis itu dalam satu kenyataan.


Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan situasi huru-hara berikutan kebanyakan penumpang panik.


Sementara itu, WestJet menerusi Twitter memberitahu, pesawat mereka yang membawa 168 penumpang dan enam kru dirempuh Sunwing secara tiba-tiba selepas ia tiba di Toronto dari Cancun. - Agensi


Comments :

0 comments to “Dua pesawat bertembung di lapangan terbang Toronto”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.