Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

9 Barang Yang Fungsi Sebenarnya Paling Kurang Kita Ketahui


Terdapat pelbagai barangan yang kita gunakan setiap hari tetapi kita masih tidak mengetahui tentang fungsinya. Kami di OMM ingin berkongsi dengan anda tentang fungsi-fungsi pada barangan yang kita gunakan setiap hari. Jom kita lihat fungsi-fungsi tersebut:


#1.Tab di belakang kasut.

Tab di belakang kasut ini mempunyai beberapa kegunaan. Kegunaan utamanya adalah untuk membuatkan anda lebih selesa apabila memakai kasut tinggi.


Tab ini juga digunakan untuk tambahan lacing di sekitar kaki dan juga digunakan untuk menggantungkan kasut apabila anda ingin mengeringkan kasut.


#2. Tab di dalam penutup botol plastik.

Tab ini boleh didapati di dalam botol penutup minuman berkarbonat. Tanpa tap ini gas akan keluar daripada minuman tersebut.


#3. Lubang kecil dalam mangga.

Tahukah anda terdapat lubang kecil di bawah mangga? Fungsi lubang kecil ini sebenarnya adalah sebagai pengering yang akan mengeluarkan air dan kekotoran yang memasuki mangga ini. Selain itu, ianya juga berfungsi sebagai tempat mengisi minyak pelincir bagi bahagian yang bergerak di dalam mangga itu.


#4. Lubang pada pemegang pembersih vakum.

Lubang ini digunakan untuk mengurangkan kuasa sedutan. Jadi, dengan membuka lubang, ianya dapat mengurangkan kuasa sedutan dan dapat melindungi pembersih vakum daripada menjadi terlampau panas.


#5.Gigi dan lubang di hujung pita pengukur.

Gigi dan lubang pada hujung pita ini berfungsi untuk menyambung pita ke kuku dan skru.


#6. Bonjolan pada butang huruf F dan J pada papan kekunci.

Bonjolan ini membantu orang supaya dapat menaip tanpa perlu melihat kepada papan kekunci.


#7. Lubang pada lolipop Chupa Chups

Sekiranya anda merupakan seorang peminat lolipop Chupa Chups, pastinya anda akan menyedari terdapat satu lubang kecil pada batang plastik pemegang lolipop itu.


Sebenarnya tujuan lubang itu dibuat untuk memastikan gula-gula ini untuk terus melekat. Apabila gula-gula ini berbentuk cecair sebelum mengeras, ia telah melekat pada lubang batang plastik itu dahulu dan terus memastikan ia melekat dan tidak jatuh semasa telah mengeras.


#8. Lubang pada stapler.

Pada platform di bahagian bawah stapler yang membengokkan staple boleh bertukar menjadi 180 darjah. Platform ini berfungsi untuk supaya hujung staples akan membengkok ke luar dan bukannya ke dalam.


#9. Bulu pada mikrofon.

Bulu pada mikrofon ini bertujuan untuk melambatkan pengaliran udara supaya tiada gangguan bunyi ketika kita bercakap menggunakakan mikrofon ini.


Sumber - Taikotai

Comments :

0 comments to “9 Barang Yang Fungsi Sebenarnya Paling Kurang Kita Ketahui”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.