Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Alahai, comelnya kucing roti!


alahai-comelnya-kucing-roti

Hmm, apa dah jadi dengan kucing-kucing ini?

Tuan mereka telah membuat sesuatu yang agak lucu dengan memuatkan kepala si comel dalam kepingan roti itu.

Sensasi 'Cat Breading' telah mengambil alih internet tahun ini dan banyak kucing-kucing telahpun menjadi 'mangsa' kepada tingkah-laku tuan mereka.

Selain itu, ada satu laman web ini 'Breaded Cats' yang secara tidak langsung mengalakkan orang ramai untuk berkongsi gambar kucing roti mereka.

Tak percaya? Inilah antara bukti-bukti yang kami jumpa:



Nampaknya, roti ini kecil sangat. Tak muat telinga saya.



Comel tak, Kak Ton?



Hah, apa barang pakai roti biasa? Pakai pita bread, bro!



Apa tengok-tengok? Nak kena penampar buaya?



Kelabu, janganlah macam tu. Si hitam pun memahami perasaan anda.

Rasa macam seronok, nak cuba muat naik gambar kucing anda pula?
Anda hanya perlu cari roti yang ingin digunakan, potong bahagian tengah roti tersebut kepada saiz kepala kucing anda (jangan lupa telinganya sekali!). 'Pakaikan' roti itu pada kepala kucing anda dan tangkap gambar!

Tetapi, jangan pula kata kita tidak bagi amaran...kucing anda mungkin akan ada reaksi sebegini:






Kredit gambar: Breaded Cats
 

Comments :

0 comments to “ Alahai, comelnya kucing roti!”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.