Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

'Misteri' wanita dalam apartmen


misteri-wanita-dalam-apartmen NEW YORK, (MLP) - Seorang pemilik sebuah unit pangsapuri di New York yang merasa curiga dengan kejadian makanan yang disimpan sering hilang, bertindak memasang sebuah kamera tersembunyi di dapurnya.

Joe Cummings resah kerana makanan yang disimpan di dalam peti sejuk cepat habis, biarpun dia sendiri tidak memakannya.

Sebaik rakaman video itu diperolehi, Joe sangat terkejut apabila mendapati seorang wanita misteri turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartmentnya. Seolah-olah seperti sudah biasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai.

Wanita misteri itu mengambil makanan, malah turut dilihat membuang air kecil di sinki dapur. Selesai, dia kembali ke lubang pengudaraan.

Laporan polis sudah dibuat, dan wanita tersebut telah ditahan polis. Namun identiti wanita berkenaan tidak didedahkan.

Sumber

Comments :

0 comments to “ 'Misteri' wanita dalam apartmen”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.