Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Wanita Boleh Kurus dalam masa 30 minit!

Masalah utama wanita berkerjaya adalah untuk menjaga bentuk badan dalam kesibukan tugasan harian. Antara pembahagian masa dengan kerjaya dan keluarga, bila nak bersenam?

Di sini kami cadangkan senaman yang boleh dilakukan dalam masa 30 minit untuk tumpukan bahagian badan bermasalah!

1.    Senaman memanaskan badan
Ini bukan kelas Tae Kwon Do yang memerlukan senaman memanaskan badan selama 1 jam sebelum mulakan latihan. Cukup sekadar berjalan pantas atas treadmill selama 3 minit sebelum memulakan senaman!

2.    Selang-selikan senaman anda. Lakukan senaman push up selama 3 minit. Muatkan seberapa banyak push up yang termampu. 

3.    Berlari atas treadmill pada kelajuan 6.0 selama 5 minit.

4.    Lakukan senaman lunges untuk atasi masalah selulit dan kaki berlemak selama 3 minit.

5.    Berlari atas treadmill pada kelajuan 6.5 selama 5 minit.

6.    Lakukan senaman squats selama 3 minit.

7.    Berlari atas treadmill pada kelajuan 7.0 selama 5 minit.

8.    Akhir sekali lakukan senaman untuk kurangkan lemak perut, iaitu sit up atau bicycle crunches selama 3 minit.

Semuanya dalam masa 30 minit sahaja! Kalau diamalkan setiap hari, pasti memperoleh bentuk badan ideal!

Sumber

Comments :

0 comments to “Wanita Boleh Kurus dalam masa 30 minit!”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.