Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Penguins of Madagascar: Kembali lagi


Siapa yang takkan jatuh hati dengan kecomelan penguin? Seperti yang kerap kali diungkapkan dalam filem ini, "cute and cuddly, boys. Cute and cuddly".

Penguins of Madagascar dimulakan dengan pengkisahan bagaimana empat penguin comel ala detektif ini bermula, seperti mana yang kita ketahui dan kenali dalam trilogi Madagascar sebelum ini. Kerana karakter mereka sebagai detektif kecil dan comel, plot filem ini juga ringkas; Skipper, Kowalski, Rico dan Private bergabung untuk menghalang bekas rakan se'zoo' mereka, Dave the Octopus aka Dr.Octavius Brine dari menjadikan penguin seluruh dunia sebagai sasaran balas dendamnya.

Dave bolehlah dikatakan sebagai penjahat yang punya sisi yang 'adorable', apatah lagi dengan dialog selamba yang mengaitkan selebriti ternama seperti “Nicolas cage them!” atau “Elijah wood (would) you please take them away?”

Perancangan penguin-penguin untuk menghalang Dave terganggu dengan kehadiran kumpulan penyiasat North Wind, diketuai seekor serigala sombong namun punya kelebihan dari segi pengalaman dan gajet yang canggih.

Cabaran sebenar kumpulan penguin yang diketuai Skipper ini adalah bagaimana mahu bertoleransi, terutama sekali selepas Private turut diculik oleh Dave.

Agak terganggu juga apabila satu-satunya karakter perempuan dalam animasi ini, Eva si burung hantu, yang tugasnya hanya tampil seksi dan menggoda serta tidak punya banyak sumbangan. Feminism much?

Apa pun, secara keseluruhannya, filem ini menghiburkan dan sangat sesuai ditonton bersama keluarga. Lebih hebat jika ditonton dalam versi 3D!

Rating: 8/10

Sumber

Comments :

0 comments to “Penguins of Madagascar: Kembali lagi”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.