Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Lelaki dari masa depan?


lelaki-dari-masa-depan
Selalu kita menganggap mereka yang lahir pada tanggal 29 Februari sebagai pelik, tetapi bagaimana pula kalau ada yang mendakwa lahir pada tahun yang belum berlaku, atau dalam kata lain, masa hadapan?

Cerita kartun ala Doraemon ini berlaku di Indonesia apabila ada seorang lelaki mengaku tarikh lahirnya ialah pada 21 Mei 2016.

Putra Kandias dalam satu 'post' di laman Facebook, menyatakan dia dilahirkan pada tahun 2016 dan berusia 19 tahun. Ini bermakna dia kembali dari tahun 2035!

Kembalinya dia adalah untuk memberi amaran tentang bencana besar yang akan melanda Indonesia pada tahun 2015, iaitu tahun hadapan.

Kerana kenyataan itu, Kandias dihujani pelbagai pertanyaan tentang masa hadapan. Menurut Kandias, pada tahun 2035, dunia sangat maju dan canggih; wujud mesin masa, tenggelamnya beberapa kepulauan utama di Indonesia di samping meng'kantoi'kan juara liga Indonesia.

Makin lama, manusia makin pelik. Jangan ada orang Malaysia pula yang sama ikut 'pening' macam ni sudahlah ya.

Foto: The Vocket

Sumber

Comments :

0 comments to “ Lelaki dari masa depan?”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.