Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Hidup selepas mati? Manusia boleh hidup sehingga tiga minit selepas mati


hidup-selepas-mati-manusia-boleh-hidup-sehingga-tiga-minit-selepas-mati


Sejak empat tahun yang lepas, pakar sains di United Kingdom (UK) telah membuat kajian mengenai pengalaman yang dilalui pesakitselepas jantung mereka berhenti berdenyut.

Hasil daripada kajian tersebut, pakar-pakar ini telah sedar bahawa hampir 40 peratus daripada pesakit ini mempunyai satu bentuk ‘’kesedaran’’ selepas diisytiharkan mati.

Kajian baru ini mendapati bahawa pesakit masih sedar sehingga tiga minit selepas jantung mereka berhenti dan mereka boleh mengingat kembali dengan tepat selepas berpulih.

Dr Sam Parnia pakar yang menerajui penyelidikan ini berkata "Sebelum ini, kami percaya bahawa otak tidak boleh berfungsi apabila jantung berhenti berdenyut. Tetapi dalam kes ini, nampaknya para pesakit kelihatan sedar sehingga tiga minit’’.

Salah satu daripada pesakit mereka dengan jelas menggambarkan keadaan di dalam bilik perubatan dan berkata dia masih dapat mendengar bunyi isyarat daripada mesin perubatan untuk tiga minit.

Kajian ini telah melibatkan 2,060 pesakit dari 15 hospital di UK, Amerika Syarikat dan Austria.

Kredit Gambar : E Poch 
 

Comments :

0 comments to “Hidup selepas mati? Manusia boleh hidup sehingga tiga minit selepas mati”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.