Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 fakta sains yang masih disalah anggap

Sains berubah mengikut peredaran masa. Nescaya pelbagai fakta dan informasi yang kita pelajari di bangku sekolah sudah tentu dimamah perubahan. Ayuh perhati berapa banyak fakta yang masih tersalah anggap sehingga ke hari ini.


Tembok besar China boleh dilihat dari angkasa
Salah satu mitos paling popular. Pembahagi yang dibina pada tahun 200 sebelum masihi ini dikatakan satu-satunya artifak yang dibina manusia dan boleh dilihat dari angkasa. Sebenarnya apabila angkasawan berlegar di orbit rendah bumi, kontinen bumi pun sukar untuk dibeza. Apatah lagi apabila berada di bulan? Dapatkah tembok berkenaan dilihat?


Everest adalah gunung tertinggi di dunia
Dari sudut teknikal? Ya jawapan tersebut benar. Ketinggian sebuah gunung diukur dari paras pangkal sehingga ke puncak. Everest mencatatkan bacaan ketinggian 33,465 kaki (10,200 meter). Gunung Kea yang terletak di kepulauan Hawaii mempunyai ketinggian 29,029 kaki (8,848 meter) tetapi, dua pertiga dari gunung tersebut berada di bawah paras air laut.


Pluto merupakan sebuah planet
Memang benar sepuluh tahun lalu sistem solar mempunyai sembilan planet. Namun fakta tersebut tercanggah apabila beberapa planet kerdil mula ditemui seperti Eris, Ceres, Haumea dan Makemake. Sebahagian dari planet kerdil berkenaan lebih besar dari Pluto lantas menafikan haknya sebagai sebuah planet utama.


Jerung tidak mungkin mendapat kanser
Manusia menangkap jutaan ikan jerung setiap tahun untuk siripnya. Sekarang mamalia air tersebut turut diburu kerana tulang rawan kononnya boleh menyembuhkan penyakit kanser. Masalahnya sekarang, fakta itu tidak benar. Betul satu ketika dahulu saintis mempunyai hipotesis mengenai perkara itu namun penyelidikan terbaru menunjukkan sebahagian jerung turut diserang penyakit barah.


Sesumpah menukar warna untuk asimilasi
Infomasi berkenaan bukanlah seratus peratus benar ekoran kebolehan menukar warna untuk sesumpah sebenarnya bergantung kepada spesies. Tambahan pula, mood, niat dan suhu turut memainkan peranan. Seekor sesumpah akan berubah warna apabila berasa ‘gembira’ tatkala berjumpa jantina lain mahupun apabila ‘marah’ dan bersedia untuk beradu sesama sendiri.


Apa lagi? Sila betulkan fakta anda!

Kredit gambar: wiki

Sumber

Comments :

0 comments to “ 5 fakta sains yang masih disalah anggap”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.