Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 sebab masih tak kurus lepas beranak

Isu berat badan lepas melahirkan anak merupakan isu sensitif bagi kebanyakan ibu baru. Kalau ikutkan hati, semua nak badan macam zaman anak dara, namun bukanlah sesuatu yang mudah, dengan ambil kira faktor usia, kadar metabolisme badan dan genetic.

Kali ini kami senaraikan beberapa sebab yang mungkin menganggu usaha anda untuk kurus semula setelah melahirkan anak. Selepas ini,anda pasti boleh kenal pasti faktor yang boleh dibaiki untuk kembalikan bentuk badan zaman anak dara anda!

Makan banyak

Makan makanan bernutrisi memanglah bagus, namun hasilnya sama seperti makanan lain juga, kerana makanan bernutrisi masih mengandungi kalori. 

Awasi saiz hidangan yang anda ambil, baca label makanan dan sekiranya anda makan ikut perasaan, cuba dapatkan bantuan.

Kurang tidur


Sejak ada bayi, memang sukar untuk si ibu dapatkan tidur yang mencukupi. Apabila tidur terganggu, kebolehan badan si ibu untuk membakar kalori turut terganggu. Selain daripada mendapatkan rehat mencukupi, satu jalan alternatif untuk bantu bakar kalori adalah dengan mengurangkan kafein dan sebarang tekanan.

Salah senaman


Kebiasaannya ibu baru akan menunggu 6-10 minggu selepas mula bersenam dan sebaiknya mendapatkan nasihat daripada doktor terdahulu. Senaman melampau boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Selain itu, perlu rujuk kepada pakar kesihatan mengenai senaman yang boleh dilakukan untuk menguruskan badan tanpa risiko.

Persekitaran anda

Perkara biasa untuk ibu baru dimanjakan dengan masakan ‘comfort food’. Masalahnya ini tidak membantu si ibu. Sekali-sekala makan bolehlah, namun kalau tidak terjaga ini tidak akan bantu si ibu kuruskan badan.

Kesabaran

Pastikan gol kurus mingguan anda masuk akal. Jangan paksa diri kurangkan 10 paun sekaligus. Kajian menunjukkan rancangan kurus berkesan adalah menghilangkan berat sebanyak 1-2 paun seminggu.Anda akan hilangkan berat badan semasa mengandung itu sedikit demi sedikit dan masih menjamin keselamatan diri anda dan bayi anda.

Sumber

Comments :

0 comments to “5 sebab masih tak kurus lepas beranak”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.