Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Khas buat penggemar selfie!


khas-buat-penggemar-selfieMalaysia menjadi destinasi pertama pelancaran Huawei Honor 6 di luar pasaran China. Disasarkan buat golongan pertengahan, Honor 6 pasti menjadi rebutan para penggila ‘selfie’ di luar sana.

Secara ringkas, Huawei Honor 6 dipasang skrin 5 inci JDI sourced Full HD display serta dikuasakan oleh prosesor 1.7GHz Octa-Core Hi-Silicon Kirin 920. Storan sehingga 16GB malah boleh ditambah kad microSD. Baterinya pula menggunakan 3,100mAh yang mampu bertahan lama.

5 fakta menarik yang harus diketahui penggila selfie:

Reka bentuk yang anggun dan mampu melengkapi tapak tangan menjadikan Huawei Honor 6 lebih digemari berbanding pesaingnya, Xiaomi Mi 3.

Ciri utama yang akan menjadi tarikkan pengguna adalah kemampuan gambaran setinggi 5 Megapiksel untuk kamera hadapan. Ayuh selfie dengan kualiti gambar hebat!

Kamera utamanya pula menggunakan lensa Sony dan keupayaan menangkap gambar berdefinisi tinggi sehingga 13 Megapiksel.

Masih mahukan ciri gambaran yang luar biasa? Salah satu ciri unik lainnya adalah kebolehan menangkap gambar berturut dengan kelajuan 0.6 saat setiap satu.

Istimewa buat mereka yang gemar selfie secara berkumpulan, ciri khusus panorama pada kamera hadapan merupakan satu kunci kelainan yang tidak terdapat dalam telefon pintar lain.


Sumber

Comments :

0 comments to “ Khas buat penggemar selfie!”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.