Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Tahyul, Ada apa pada tingkat 13?


ada-apa-pada-tingkat-13 Menyebut angka 13 pada tingkat sesebuah bangunan, ia sering dikaitkan sebagai kawasan 'keras' dan berisiko 'diganggu' berbanding tingkat-tingkat lain.

Mungkin kerana itu di sesetengah negara, tingkat 13 di sesebuah bangunan sengaja dibiarkan kosong kerana angka yang dianggap malang itu.

Mari kita lihat mitos angka 13 ini.

1. Mitos angka 13 dikatakan bermula pada satu zaman di mana pereka bangunan risaukan kepercayaan karut masyarakat dengan angka itu, lantas mengambil keputusan tidak meletakkan tingkat 13 pada senarai digital lif.

2. Di sesetengah tempat, tingkat 13 memang wujud namun hanya boleh diakses dengan menekan butang lif dengan nombor-nombor tertentu yang bertindak sebagai kata laluan.

3. Dalam satu kajian yang dibuat oleh syarikat lif terkemuka menunjukkan 85% bangunan yang mempunyai lif tidak mempunyai tingkat 13. Sebaliknya ia dilangkau terus kepada tingkat 14 atau diletakkan sebagai tingkat 12a.

4. Sesetengah teori konspirasi pula mencadangkan bahawa tingkat 13 dalam bangunan-bangunan kerajaan sebenarnya bukan tidak ada, tapi sebaliknya mengandungi rahsia-rahsia teratas dalam sesebuah jabatan kerajaan.

5. Di Malaysia pula, tingkat ke 13 sesebuah bangunan pejabat biasanya dijadikan surau.

Kredit: kisahmisteridunia.blogspot

Comments :

0 comments to “ Tahyul, Ada apa pada tingkat 13?”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.