Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

3 Sebab elak kahwin lelaki kacak


Saya membesar dengan pemikiran bahawa suatu hari nanti seorang putera diraja akan selamatkan saya dan bawa saya ke istana mewah miliknya. Dan seperti biasa, saya percaya kisah dongeng yang sentiasa menggambarkan putera diraja tersebut sebagai seorang lelaki yang tampan, kacak macam Khairy Jamaluddin atau Adi Putra dan miliki badan seperti David Beckham.

Biar bagaimanapun anda gambarkan putera diraja anda, hakikatnya sama, kami sama-sama mahukan lelaki yang tampan. Kebanyakan wanita lebih rela disakiti jejaka kacak yang bermain kayu tiga daripada dibahagiakan seorang lelaki yang kurang kacak tetapi baik hati.

Jadi sebelum kita berpatah hati dan berduka kerana karenah si dia, mari kita lihat bersama mengapa anda tidak harus berkahwin dengan lelaki yang terlalu kacak.

Lelaki kacak terlalu pentingkan diri

Perasan tidak, setiap kali keluar bersama seorang jejaka yang tampan, sepanjang janji temu tersebut beliau akan sibuk bercakap tentang diri sendiri. Contohnya bagaimana si dia pergi ke gym setiap hari untuk angkat berat, berapa banyak gol si dia jaringkan untuk pasukan negara, dan kerjaya si dia yang tiada tokok tandingnya. Kalau semasa janji temu sahaja sudah tidak penat masuk bakul angkat sendiri, apatah lagi apabila sudah berkahwin. 

Lelaki kacak mudah bermain kayu tiga

Sudah lumrah alam, lelaki kacak mudah menarik perhatian wanita. Sampai kalau dah kahwin pun, masih ada gadis yang sanggup mengorat si dia. Bukanlah nak kata semua lelaki kacak ini buaya darat, malah ada sahaja (ramai pula itu) buaya darat yang tidak kacak langsung. Jika nak jaga hubungan dengan lelaki yang sedang-sedang sahaja rupanya sudah susah, apatah lagi dengan lelaki yang kacak tahap David Beckham. Jadi tanya kepada diri sendiri, adakah berbaloi?

Lelaki kacak menarik perhatian yang tidak diinginkan

Orang akan sentiasa bercakap, untungnya awak dapat si kacak. Ataupun mereka akan sentiasa prasangka bahawa si dia tertarik kepada anda kerana bapa anda seorang menteri. Tiada yang akan percaya bahawa si dia benar-benar cintakan anda, maklumlah si dia kacak sangat sampai boleh dapat apa-apa sahaja yang dia mahukan. Jika anda seorang yang miliki keyakinan tinggi dan tidak percaya dengan kata-kata orang, baguslah. Tetapi jika anda akan mudah terasa dengan kata-kata orang, perkara sebegini akan membuatkan anda makan hati.

Secara jujurnya, tiada cara mudah untuk mengekalkan perkahwinan anda. Bukanlah semua lelaki kacak suka menduakan isteri mereka dan bukan semua lelaki tidak kacak baik macam malaikat. 

Mana tahu, anda mungkin beruntung untuk menemui seorang lelaki yang kacak macam David Beckham dan setia mencintai isterinya seperti Khairy.

Ada rahsia mengekalkan kebahagiaan? Marilah berkongsi bersama kami.

Sumber

Comments :

0 comments to “3 Sebab elak kahwin lelaki kacak”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.