Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Ketagih iphone, lelaki diheret teman wanita

BEIJING, (MLP) - Seorang wanita mengheret teman lelakinya di sepanjang stesen kereta api bawah tanah apabila kekasihnya itu enggan berhenti bermain telefon bimbitnya.

Gambar dirakam penumpang lain menunjukkan wanita itu berang terhadap kekasihnya sebelum dia mengheretnya dari tempat duduk dan keluar dari pintu stesen kereta api bawah tanah di Beijing.

Namun walaupun sedang diheret sepanjang stesen berkenaan, mata lelaki tersebut masih tertumpu pada iPhonenya.

Wanita itu juga dilihat cuba meletakkan kaki pada mulut kekasihnya dalam usaha memisahkan lelaki itu dengan telefon pintar itu, tetapi kekasihnya enggan melepaskannya.

Wanita itu kemudian mengheretnya memasuki kereta api lain.

Menurut seorang saksi, situasi tersebut bermula apabila lelaki berkenaan berjalan terlalu perlahan untuk menuju ke gerabak kereta api kerana terlalu memberi tumpuan pada telefonnya.

sumber

Comments :

0 comments to “Ketagih iphone, lelaki diheret teman wanita”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.