Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

10 Tip mudah bagi mendapatkan perut menarik

Tidak menjadi satu kemestian tetapi rata-rata rakyat Malaysia kini berperut buncit. Alasan seperti ‘tiada masa untuk bersenam’, ‘lebih senang berperut besar’ atau ‘kelihatan seksi perut sebegini’ sememangnya tidak boleh diterima akal.

Mari ikuti 10 tip ideal bagi mendapatkan perut idaman.




Penjagaan makanan adalah penting untuk memiliki bahagian perut yang cantik. Elak daripada makan makanan yang berminyak dan bergaram. Minum banyak air dan pastikan kamu mengamalkan diet yang seimbang.

Ambil kira jumlah kalori harian. Ini merupakan perkara utama yang perlu diberi perhatian jika mahu mambakar lemak berlebihan.

Latihan kardio ataupun bersukan adalah sebahagian daripada ‘teknik’ diet yang berkesan. Ia merupakan cara yang paling sesuai untuk membakar kalori.


Pentingkan kualiti daripada kuantiti. Satu atau dua sesi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik daripada melakukan beratus-ratus tekan tubi setiap hari.

Bagi meransang otot di bahagian perut, pelbagaikan latihan perut dari sudut yang berbeza. Bahagian perut termasuklah upper, mid, lower dan obliques.


Fokus kepada pengecutan dan penegangan otot perut semasa latihan. Pastikan otot yang bergerak adalah otot di bahagian perut dan bukannya bahagian lain (Belakang badan atau leher).

Lakukan dua atau tiga latihan yang berbeza bagi sesi latihan otot perut. Sebagai panduan, lakukan tiga set latihan bagi setiap sesi dalam kadar 10 hingga 15 ulangan bagi setiap set.



Lebihkan fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika exertion ataupun ketika melakukan crunch. Ini akan membantu pengecutan otot perut kamu dengan sebaik mungkin.

Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong kamu untuk mengempiskan perut selagi adanya lemak yang terlalu berlebihan di bahagian perut.


Jika lemak badan telah dikurangkan tetapi tidak juga mendapat perut yang ideal, kurangkan pengambilan sodium (yang menjerumus kepada takungan air badan) seperti kicap soya, keju dan bertih jagung.



Pastikan perut terasa sedikit sakit kesan daripada perubahan pada otot. Tingkatkan ulangan atau bebanan bila perlu!

Kredit gambar: health, harbor, eightsandweights, wiki

SUMBER

Comments :

0 comments to “10 Tip mudah bagi mendapatkan perut menarik”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.