Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 Telefon Pintar mampu dimilik

Ingin memiliki telefon pintar tetapi tidak mempunyai bajet  yang mencukupi? Adakah semua telefon pintar terbaik berharga lebih daripada RM1600?

Bagi mereka yang masih belajar, atau mungkin mencari alternatif yang lebih murah sebagai hadiah,  kami ada senarai telefon pintar yang berharga dalam lingkungan RM1000-1200 yang mampu anda miliki. Memang berbaloi!

Lenovo (RM550)
Telefon dengan layar 5 inci ini menggunakan teknologi IPS LCD 'capacitive touchscreen', dan berfungsi dengan ukuran 720 x 1280 piksel. Bukan itu sahaja, telefon pintar ni dilengkapi dengan kamera 8 MP dan kamera depan 1.2MP. ‘Processor Quad Core’ pada Lenovo P780 menjanjikan fungsi Android yang maksima.

Motorola Moto G (RM599)
Telefon pintar Android berukuran dimensi 129.9 x 65.9 x 11.6 mm memang cukup ringkas dan mudah dibawa. Motorola Moto G mempunyai jaringan 3G, yang boleh memberi kepuasan kepada penggemar internet. Ia dilengkapi dengan WiFi, Radio FM dan GPS. Bateri telefon ini dikatakan tahan lama.
 
Alcatel One Touch Idol X (RM899)
Telefon pintar ini dilengkapi  layar 5 inci dengan resolusi 1080 x 1920 piksel. Alcatel juga dilengkapi dengan kamera  utama 13 MP, LED Flash, WiFi, Bluetooth v4.0, A-GPS, WiFi Direct dan DLNA.
 
Huawei Honor 6 (RM1100+)

Honor 6 yang baru dilancarkan di pasaran memang menarik perhatian orang ramai. Reka bentuk yang nipis, kamera (dual flash LED) 13MP, sistem Dolby digital Plus sound enhancement' menonjolkan keistimewaan telefon ini. Bukan itu sahaja, kamera depan 5MP juga sesuai untuk penggemar selfie.

Xiaomi (RM769)
Walaupun Xiaomi Mi3 adalah buatan China tetapi telefon pintar ini mempunyai ciri- ciri yang sangat mengagumkan. Skrin lima inci menggunakan teknologi IPS dan dilengkapi dengan Bluetooth dan WiFi. Bukan itu sahaja, Xiaomi dilengkapi dengan kamera utama 13MP dan kamera hadapan 2MP.
 

Comments :

0 comments to “ 5 Telefon Pintar mampu dimilik”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.