Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 makanan yang melembapkan kulit

Biasanya, kita menghabiskan masa memilih jenis krim pelembap muka paling sesuai untuk memastikan kulit kami terhidrat tetapi, kita lupa bahawa kita adalahapa yang kita makan. Ini bermaksud yang apabila anda miliki krim pelembap yang terbaik untuk digunakan di atas permukaan kulit anda, ia masih boleh kering disebabkan jenis makanan yang anda makan setiap hari.

Untuk memastikan kulit anda sentiasa lembut dan lembap, ia adalah lebih baik untuk menjaga badan anda dari dalam dengan memilih makanan yang terbaik. Salah satu punca utama penyahhidratan datang dari kuantiti tinggi natrium dalam makanan yang kita makan. Makanan tempatan kegemaran seperti mi goreng, roti canai malah makanan segera biasanya mengandungi kuantiti garam yang tinggi. Tabiat suka merokok, minum arak dan menggunakan terlalu banyak kafein boleh juga menarik lembapan dari kulit anda.

Walau bagaimanapun, anda selalu dapat ubah diet anda untuk menambah makanan-makanan ini supaya dapat menghidratkan semula kulit anda:

Buah oren



Buah oren bukan sahaja berjus, tetapi ia sebenarnya mempunyai 87 peratus air dan penuh dengan lebih daripada 100 peratus nilai yang disyorkan untuk vitamin C setiap hari. Anda boleh minum jus oren setiap pagi atau makan buah ini sebagai satu kudapan setiap hari.

Tembikai



Anda mungkin pernah mendengar bahawa tembikai itu menghidratkan lebih baik daripada minum air. Ia mengandungi 92 peratus air dan nutrien lain seperti kalsium, magnesium, kalium dan natrium. Buah tembikai boleh didapati dengan mudah di sini, dan anda boleh memotong buah ini dan bawa ke pejabat anda atau berkongsi di rumah dengan ahli-ahli keluarga anda.

Tomato



Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita yang makan satu diet kaya dengan tomato telah menambah perlindungan kulit, mengurangkan kemerahan, dan kurang DNA merosakkan dari sinar ultralembayung. Sinar ultralembayung menyebabkan kedut dan likopena dari tomato melindungi kulit terhadap sinaran-sinaran merbahaya. Tambah beberapa biji tomato dalam sandwic anda.

Timun



Ia tidak mengejutkan bahawa timun ialah salah satu makanan yang melembapkan kulit. Seperti saderi, ia mengandungi silika, iaitu satu komponen besar yang meningkatkan lembapan dan keanjalan kulit.

Salmon



Ikan Omega-3 ini ialah satu makanan yang penuh dengan protein, minyak ikan dan selenium. Selenium baik untuk kulit kerana ia tolong menyingkirkan toksin. Jika ikan salmon bukan sesuatu yang anda gemari, anda juga akan dapat selenium dari telur.

Jangan lupa untuk minum air yang banyak untuk menghidrat badan anda juga!

Comments :

0 comments to “5 makanan yang melembapkan kulit”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.