Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Ultraman turun ke Kuala Lumpur


ultraman-turun-ke-kuala-lumpur
Karakter terkenal Jepun, Ultraman dan watak jahat siri tersebut, akan membuat penampilan khas di Pavilion Kuala Lumpur, sempena persembahan ‘Ultraman Live in Genting 2015’ di Resorts World Genting pada 19 Februari 2015 nanti.
Roadshow selama dua minggu telah pun bermula sehingga 9 November 2014 dan akan menampilkan ahli keluarga terbaru Ultraman dan juga  menyambut ulang tahun ke-50 siri terbitan Tsuburaya Production, iaitu Ultraman Ginga.

Ultraman Zero dan Ultraman Tiga juga akan menyertai roadshow ini sebagai satu pasukan untuk beramah mesra bersama peminat.

Peminat boleh menonton siri kegemaran mereka itu di skrin plasma yang disediakan dan berpeluang mengambil gambar bersama karakter siri berkenaan di lokasi terpilih Pavilion pada masa yang ditetapkan.

Peraduan juga akan diadakan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Persembahan ‘Ultraman Live in Genting 2015’ yang bakal berlangsung pada 19 Februari hingga 22 Mac 2015 itu akan membawa keseluruhan produksi daripada Jepun.

Sumber

Comments :

0 comments to “Ultraman turun ke Kuala Lumpur”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.