Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 sebab orang suka tonton Running Man



Jika anda tidak pernah dengar rancangan realiti Korea; 'Running Man'...anda mungkin hidup di dunia lain. Rancangan ini ditayangkan buat pertama kali pada Julai 2010. Ia bukan sahaja rancanga realiti tentang artis-artis Korea, tetapi ia adalah rancangan yang merangkumi aspek permainan, misi dan juga aksi gelagat artis-artis tersebut.

Kepada mereka yang tidak pernah menonton rancangan ini, kehidupan anda tidak lengkap dan jika anda sering rasa tertekan, biar 'Running Man' membuat anda gelak terbahak-bahak.

Lima sebab kenapa rancangan realiti ini hebat:

Permainan pelik

Siapa yang jangka anda boleh bermain permainan yang begitu kelakar? Setiap episod 'Running Man', permainan yang berbeza akan digunakan untuk menguji 'bakat-bakat' artis-artis dan juga tetamu undangan mereka.


Aksi-aksi kelakar

Para artis yang merupakan peserta tetap rancangan ini sering kelihatan kelakar, terutamanya apabila mereka dikejar oleh pihak lawan. Kim Jong Kook yang badan besar sasa akan 'menangkap' pihak lawannya dan peluk sekuat yang mungkin supaya mereka tidak terlepas. Bayangkan badan artis lelaki yang kurus dipeluk tangan berotot Jong Kook. Ekspresi mukanya mesti kelakar.

Kisah cinta pelakon

Song Ji Hyo dan Gary mempunyai hubungan yang istimewa dan dikatakan bercinta. Ada masanya watak mereka sangat romantik, kerana muka Gary akan bertukar menjadi merah jambu apabila dia ditanya jika dia suka Ji Hyo. Selain itu, ada juga episod di mana Ji Hyo berhabisan pujuk Gary untuk lepaskannya dalam permainan 'hide and seek'.


Kostum 'menarik'

Hah...pernahkah and bayangkan artis macho seperti Rain memakai kostum arnab? Hanya di 'Running Man;, anda boleh melihat aksi-aksi yang mencuit hati ini! Ada juga artis-artis yang memakai kostum 'superhero' yang mempunyai kuasa tersendiri seperti 'Avengers'.

Tetamu undangan antarabangsa

Tahukah anda, Jackie Chan pernah menjadi tetamu undangan untuk rancangan realiti ini? Anda mesti suka melihat artis kegemaran anda menghadapi cabaran-cabaran dalam rancangan ini, terutamanya bila mereka tidak memahami bahasa Korea.

Apakah permainan 'Running Man' kegemaran anda? Sila kongsi di sini.

Sumber

Comments :

0 comments to “ 5 sebab orang suka tonton Running Man”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.