Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

3 jenis makanan untuk perut buncit

"Wow, buncit!" "hello bro, dah lama tak jumpa. Makin buncit aku tengok ko ni.." Ungkapan-ungkapan sedemikian kadangkala kita dengari dari perbualan-perbualan orang di sekeliling kita ataupun kita sendiri yang pernah melaluinya! 

Memiliki perut yang buncit sememangnya mendatangkan masalah terutama dari segi paras rupa tubuh badan kepada lelaki-lelaki di luar sana. Banyak faktor yang mendorong kepada tumbesaran perut yang terlebih ini. 

Namun, artikel kali ini tidak membincangkan tentang faktor-faktor tersebut tetapi membincangkan tentang cara untuk mengawal lemak-lemak yang berlebihan di perut yang menjadikan perut anda BUNCIT.

Kebiasaannya, menyingkirkan lemak di perut adalah langkah awal yang diambil apabila anda bercita-cita ingin menurunkan berat badan. Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti jadual senaman yang telah dirancang dan mematuhi diet pemakanan yang telah ditetapkan. 

Diet ini mengandungi beberapa jenis makanan yang boleh mempercepatkan proses penyingkiran lemak. Berikut adalah senarai jenis makanan yang dapat membantu proses tersebut;

Protein

Protein yang dimaksudkan adalah protein tanpa lemak. Badan anda membakar kalori untuk mencernakan makanan. Menurut kajian, makanan yang mempunyai protein yang tinggi memerlukan kalori yang banyak untuk proses pencernaan yang juga membantu meningkatkan proses metabolism. Ayam, daging merah, dan putih telur adalah contoh makanan yang mempunyai protein yang tinggi.


Makanan berempah

Tentu anda pernah mengalami situasi di mana anda berpeluh-peluh setelah memakan makanan yang pedas atau mengandungi rempah ratus. Hal ini disebabkan rempah ratus seperti lada dan cili mengandungi capsaicin yang membantu merangsang kadar metabolism tubuh anda, membakar lebih kalori dan meningkatkan penyingkiran lemak.


Sayur-sayuran hijau

Sayuran hijau adalah antara makanan yang terbaik untuk perut anda. Kebanyakan sayuran hijau mengandungi kalori yang rendah tetapi tinggi dari segi kandungan fiber. Fiber yang tinggi menjadikan perut anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Bayam, timun, brokoli dan kacang hijau adalah pilihan yang baik untuk menu salad atau snek anda.

Sumber

Comments :

0 comments to “3 jenis makanan untuk perut buncit”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.