Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

'Tolong Cari Kereta BMX603 Yang Langgar Kereta Aku Jadi Teruk Camni' - Mangsa



Malang nasib beberapa pemilik kenderaan yang menjadi mangsa langgar lari sebuah kereta jenis BMW berwarna putih, nombor pendaftaran BMX603.


 

Dalam kejadian yang berlaku di Stesen Petronas Kobena, Skudai, salah seorang pemilik kereta yang dikenali sebagai Jul, meletakkan keretanya Perodua Axia di stesen itu seketika untuk pergi membeli aiskrim McDonalds berhampiran. 


Namun Jul tidak menyangka kenderaannya menjadi mangsa langgar lari sehingga menyebabkan bahagian depan dan belakang keretanya remuk teruk.


"Terjadi di Petronas Kobena. Saya baru nak beli aiskrim McD. Kereta pula dilanggar lari BMW berwarna putih, nombor pendaftaran BMX603. 


"Tolong orang JB, tolong aku dan owner lain. Kereta aku paling barai. 


"Ada orang check tadi, ownernya lelaki dan tigngal di Taman Dahlia, Pasir Gudang," tulisnya di Twitter.


 

Beberapa rakan dan netizen menasihatkan mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu agar mangsa dapat membuat tuntutan ke atas insurans pemilik BMW berkenaan. 


Sumber - TheReporter

Kaki Tersepit Pada Rantai Motosikal



Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung kesakitan hampir sejam apabila kaki kirinya tersepit pada rantai motosikal yang ditunggang bapanya, lapor Harian Metro.


Dalam kejadian jam 5.50 petang semalam di Jalan Kelapa Bali Taman Soga Batu Pahat, Johor, mangsa, Ahmad Khalifi Mohd Khairy membonceng motosikal bapanya ketika bersiar-siar.


Namun secara tidak sengaja, mangsa menjulurkan kaki menyebabkan kakinya terkena pada rantai motosikal sebelum tersepit. 


Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, menerima panggilan kecemasan dari orang awam berhubung kejadian itu dan segera menghantar lima anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa. 


Ketika tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati mangsa sedang ditenangkan oleh bapanya dengan bantuan orang ramai agar tidak menangis dan panik. 


Bomba berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dengan menggunakan alat pemotong khas dan mangsa segera dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan lanjut.



Sementara itu, bapa mangsa enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. 


Para penunggang motosikal dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika membawa anak-anak mereka membonceng motosikal bersama-sama, bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. 


Sumber - TheReporter

Unik Dan kreatif! 7 Rekaan Sarat Budaya Malaysia Yang Pernah Diperagakan Di Pentas Miss Universe


Malaysia sememangnya kaya dengan adat dan budaya yang berwarna-warni. Keunikan inilah yang telah memberi ilham kepada pereka-pereka tempatan untuk menghasilkan busana kebanggaan mereka. Sentuhan mereka bukan sahaja diperagakan di dalam negara malah dengan gah dan penuh kebanggaan diperagakan di pentas antarabangsa seperti di pertandingan Miss Universe.


Saban tahun muncul pereka kreatif dengan rekaan mereka yang begitu unik, kaya dengan elemen tradisional mahupun moden dan apa yang penting ia mencerminkan adat budaya negara ini.


Berikut adalah busana tradisonal Malaysia yang pernah dipergarakan di pentas Miss Universe daripada tahun 2010 hingga 2017 yang lalu. Setiap busana yang diperagakan punya cerita yang tersendiri. Koleksi tersebut sememangnya indah digayakan tetapi apa yang penting ialah kisah dan nilai di sebalik penghasilan koleksi kostum tradisional tersebut.


2010

Nadine Ann Thomas

Pereka: Amir Luqman

Tema: Cik Siti Wan Kembang


Pereka terkenal Amir Luqman muncul dengan rekaan bertemakan Cik Siti Wan Kembang semasa pertandingan Miss Universe 2010 lalu. Warna emas dipilih menjadi warna utama busana tersebut menyerlahkan lagi keanggunan pemenang Miss Malaysia 2010, Nadine Ann Thomas.


Pereka Amir Luqman begitu bijak bermain dengan warna emas dan coklat sebagai symbol keberanian, misteri dan keberanian. Nadine nampak seperti pahlawan wanita yang tegar dan gagah memperjuangkan tanah airnya. Pertandingan Miss Universe tahun itu telah berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.



2011

Deborah Henry

Pereka: Amir Luqman

Tema: Wau Bulan


Pertandingan Miss Universe 2011 yang berlangsung di Sao Paolo, Brazil telah menyaksikan ratu cantik Malaysia, Daborah Henry bangga memperagakan kostum yang membawa elemen tradisional yang dikenali sebagai ‘Wau’ Bulan’.


“Wau sudah menjadi objek yang cukup artistik, gabungan rekaan, warna dan ketelitian kerjanya. Kesemuanya elemen tersebut digabung untuk menghasilkan sebuah seni yang cukup cantik untuk digayakan oleh Deborah dalam segmen Pakaian Tradisional di pertandingan Miss Universe 2011 kelak.” Ujar Amir Luqman.



2012

Kimberly Leggett

Pereka: Jovian Mandagie

Tema: Kebaya


Berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat, Miss Universe Malaysia 2012, Kimberly Legget muncul dengan busana indah rekaan Jovian Mandagie. Elemen kebaya yang diperagakan bukan sahaja akan menyelahkan lagi keanggunan Kimberly Legget malah sekaligus memperkenalkan warisan budaya Malaysia di mata dunia.


Kombinasi warna hitam putih yang digunakan untuk menghasilkan kebaya ini dibuat dengan menggunakan batik Terengganu dan dicampur dengan kehalusan Frence lace dan French Tulle.


“Ia adalah mistik, elegan dan garang, dengan watak yang kuat. Ia juga melambangkan seorang serikandi, kerana saya percaya bahawa wanita era ini adalah kuat, berani dan bercita-cita tinggi,” kata pereka Jovian Mandagie mengenai rekaannya.



2013

Carey Ng

Pereka: Syomir Izwa

Tema: Puteri Perak


Miss Universe Malaysia 2013, Carey Ng mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Universe 2013 yang berlangsung di Krasnogorsk, Moscow.


Persalinan indah bertemakan Puteri Perak rekaan Syomir Izwa ini bukan sahaja menerima sentuhan songket hitam berbenang emas malah diperbuat daripada kain songket diraja bermotif bunga tanjung. Rekaan ini jelas mengangkat martabat wanita yang bercirikan gagah tetapi masih punya sifat kelembutan.


Busana tradisional Puteri Perak ini benar-benar menggambarkan seorang wanita yang gagah namun tetap berpegang pada adat istiadatnya. Tidak hanya itu, Carey juga dihiasi dengan perhiasan kepala, rantai leher, gelang tangan dan gelang kaki sebagai pelengkap kepada persalinan ala pahlawan itu.


2014

Sabrina Beneett

Pereka: Adila Long

Tema: Burung Kenyalang


Pertandingan Miss Universe 2014 yang berlangsung di Miami, Amerika Syarikat telah menampilkan Miss Malaysia 2014, Sabrina Beneett anggun memperagakan rekaan Adila Long yang berinspirasikan burung Kenyalang.


Dengan bertemakan ‘Goddes of Kenyalang’ Sabrina tampil jelita dan yakin ditambah lagi dengan warna-warna yang dimainkan untuk menghasilkan busana ini.


Kostum ini dikatakan membawa elemen mitos puteri Dewi Puteri Sarawak, Puteri Santubong, yang dipercayai turun dari langit untuk mengajar para wanita untuk menenun pua kumbu.


Aksesori yang melengkapi kostum ini adalah bulu palsu untuk mempamerkan elemen burung tersebut dan barang kemas ilham daripada pahlawan Iban dan Kayan ketika perang atau semasa melakukan sesebuah upacara. Burung ini juga dikagumi kerana kesetiaannya dan dikaitkan dengan kuasa dan kecerdasan.



2015

Vanessa Tevi Kumares

Pereka: Jovian Mandagie

Tema: Bunga Mas


Berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat, pertandingan Miss Universe 2015 dimeriahkan dengan kemunculan rekaan hasil sentuhan Jovian Mandagie ini menggunakan songket ungu dengan taburan Bunga Mas.


Vanessa Tevi tampil dengan kostum yang diilhamkan daripada tradisi istana diraja melayu. Jika melihat pada sejarah, suatu masa dahulu, songket ini diberikan sebagai ufti daripada sultan kepada Kerajaan Siam. Busana sarat ciri tradisional itu kemudian dilengkapkan lagi dengan aksesori seperti mahkota emas ciptaan pereka Bremen Wong yang muncul dengan ‘magis’ nya yang tersendiri.



2016

Kiran Jassal

Pereka: Rizman Ruzaini

Tema: Menara berkembar Petronas


Menara Berkembar Petronas sememangnya simbol kebanggaan bagi setiap rakyat Malaysia. Berinspirasikan KLCC pereka terkenal negara Rizman Ruzaini muncul dengan kostum elegen yang diperagakan oleh Miss Malaysia 2016, Kiran Jassal pada pertandingan Miss Universe yang bertempat di Pasay City, Filipina.


Menurut Rizman, busana ini menggunakan lebih 100,000 berlian perak pelbagai jenis dilakukan dengan teliti bermula dari idea, konsep sehinggalah pembuatannya. Memandangkan beratnya dikatakan sudah lebih daripada 10 kilogram, menara itu telah direka sesuai dengan keselesaan Kiran semasa dia memperagakannya.


2017

Samantha Katie James

Pereka: Brian Khoo

Tema: Nasi lemak


Wakil Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2017, Samantha Katie James tampil anggun menggayakan busana kebangsaan bertemakan nasi lemak rekaan Brian Khoo. Pakaian yang melambangkan identiti Malaysia itu dipilih untuk diperagakan Samantha pada pertandingan itu di Las Vegas, Amerika Syarikat.


Busana kreatif itu menyaksikan Samantha mengenakan gaun putih yang digambarkan sebagai nasi lemak dan dihiasi dengan replika sambal, ikan bilis, telur rebus dan timun. Sementara itu, bahagian belakangnya pula dihiasi dengan tiga daun pisang yang digambarkan sebagai pembungkus nasi lemak.


Sumber - Era Baru

7 Benda Daripada Masa Hadapan Yang Anda Boleh Gunakan Sekarang


Kebiasaannya, gajet-gajet moden yang memiliki ciri-ciri futuristik hanya wujud di dalam filem-filem fiksyen sains saja yang sebenarnya tidak sebarang fungsi melainkan digunakan untuk tujuan penggambaran filem itu saja.


Namun, apa yang kita tidak tahu bahawa sebenarnya terdapat beberapa buah gajet yang berciri-ciri futuristik yang sebenarnya sudah pun berada di dalam pasaran selama ini.


#1. Finger Ruler

Kebanyakan orang akan menggunakan kedua-dua belah tangan mereka untuk mengukur sesuatu objek apabila tiada pita pengukur. Sekarang anda boleh menerangkan pengukuran objek apa pun dengan lebih tepat. Ciptaan hebat ini membantu untuk mengukur berapa saiz kerusi dan apa sahaja yang anda ingin ukur.


#2. Pengalih Suara

Pengalih suara adalah peranti yang membolehkan anda berkomunikasi secara langsung dengan anak anjing anda. Anjing anda tidak akan bercakap secara menyalak lagi sebaliknya akan bercakap seperti manusia. Dengan alat ini, anjing anda akan dapat berkata, ‘Saya lapar’ atau ‘Saya mahu berjalan.’


#3. Off-grid Messenger

Alat goTenna membolehkan anda menghantar mesej teks ke peranti yang sama walaupun tidak ada perkhidmatan sel atau wifi. goTenna juga boleh digunakan ketika melakukan perjalanan ke tempat-tempat yang berada di luar kawasan liputan.


#4. Pen Imbas dan Lukis

Peranti ini mengimbas objek dan kemudian meniru warna objek apabila digunakan. Anda kini boleh melukis walaupun anda tidak mempunyai kemahiran.


#5. Pokok Yang Tumbuh Dalam Gelap

Sekumpulan pengkaji bioteknologi baru-baru ini telah menciptakan sebuah tumbuhan yang bersinar di dalam kegelapan. Menggunakan satu set gen daripada bakteria bercahaya, mereka membangunkan tumbuhan tembakau yang menghasilkan cahaya sendiri tanpa bateri atau panel solar.


#6. Pencetak Mini

Sebuah syarikat Israel yang dipanggil ZUTA telah membangunkan pencetak bersaiz sederhana yang boleh mencetak sebarang dokumen walaupun anda berada di luar. Anda hanya memerlukan telefon bimbit untuk mengawal printer kecil ini.


#7. FingerReader

FingerReader adalah cincin yang mengimbas teks dan membacanya dengan kuat. Ia juga boleh menterjemahkan teks. Peranti ini direka khusus untuk orang buta dan cacat penglihatan. Apabila seseorang mahu membaca beberapa teks, mereka hanya perlu menunjuk jari mereka di permukaan dengan teks dan peranti membaca kata-kata dengan kuat. Apabila pembaca menyimpang dari baris teks, cincin mula bergetar.


Sumber - Taikotai

Sambut Tahun Baharu 2018 Di 10 Lokasi Terpilih


MASIH mencari lokasi untuk sambutan Tahun Baharu 2018?


Sepuluh lokasi sambutan Tahun Baharu 2018 diadakan di sekitar Lembah Klang dan ia bakal memberi kenangan manis untuk dirakam bersama keluarga tersayang.


Antaranya;


1.ART Printing Works di Bangsar

SambutanTahun Baharu dengan 'Riuh' di sini. Turut menyediakan gerai makanan dan minuman, hiburan, traian dan sebagainya. Artis tempatan seperti Nawwar Shukriah Ali, Aleff Ahmad, Nadhir Zuhair Nozi dan Orang akan memeriahkan sambutan ini dan bermula pukul 4 petang.


2.One Space@One City

Pusat gaya hidup di One Space@One City bermula pukul 6 petang Ahad! Akan berlangsung acara bunga api dan persembahan 'live band'. Bukan itu sahaja, Mr Bean akan tampil sebagai tetamu istimewa bertemu dengan peminat-peminatnya. Masuk percuma.


3.KLCC

Persembahan daripada artis tempatan seperti DJ Roundhead, Idayu Yaakob dan Alif Satar.Tidak ketinggalan acara bunga api menjelang Tahun Baharu 2018. Ia bermula pukul 6 petang di Taman KLCC.Masuk percuma.



4.Sunway City

Acara bermula pukul 10 malam dengan persembahan artis-artus tempatan seperti Nicole Lai, Fuying dan Sam, SonaOne serta Joe Flizzow. Tidak ketinggalan Phat Phabes, Jaa dan Wayne sebagai pengarasa.


5.Publika

Pengunjung dialukan hadir berpakaian warna putih atau 'neon' sempena acara bertemakan 'Ultraviolet. Pelbagai aktiviti disediakan. Bakal berhibur dengan persembahan daripada Crinkle Cut, Back2Basixx, Rejuvenate Dance Crew serta penapilan istimewa, DJ Xes Xes Loveseat, Rozz, Shawn Lee, DJ Thana.



6.Dataran Putrajaya

Pameran lampu telah berlangsung sejak 28 Disember dan berakhir 1 Januari ini.Setiap hari pameran ini bermula pukul 7.30 malam. Jadi, jangan ketinggalan menikmatan keindahan pelbagai rekaan cahaya berteknologi di Dataran Putrajaya.Masuk percuma.



7.Mutiara Damansara Commercial Centre (MDCC)

Sambutan ambang tahun baharu kembali diadakan di MDCC. Menyediakan bintang tempatan seperti Kaka Azraff, Edwin Choo, Skyhigh dan Twins. Jangan ketinggalan bersama menikmati percikan bunga api menjelang kiraan Tahun 2018. Acara bermula pukul 9 malam. Masuk percuma.



8.Desa Park City

Pelbagai aktivi untuk kanak-kanak disediakan. Bazar juga turut dibuka sejak 30 Disember sehingga Ahad. Sebelum sambutan Tahun Baharu 2018, pengunjung bakal dihidangkan dengan persembahan tarian dan muzik. Masuk percuma.


9.Citta Mall

Artis terkenal negara, Adibah Noor, pengacara baki Zainal dan persembahan daripada RJVN. Acara bermula pukul 8 malam dan masuk adalah percuma.


10.i-City

Pelbagai persembahan disediakan. Rebut peluang untuk menerokao taman tema ini. Aktiviti bermula pukul 9.30 malam sehingga tengah malam. Acara bunga api turut disediakan dan masuk adalah percuma.


Sumber - MStar

Selamat Tinggal Ampang Park



KUALA LUMPUR: Hanya tinggal tiga hari lagi sebelum pusat beli-belah tertua di Malaysia terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada 1 Januari ini. Tinjauan The Star di pusat beli-belah itu melihat pemburu barangan murah mengunjungi kedai-kedai yang masih terdapat di sana.


Barangan seperti pakaian dan produk elektronik dijual pada harga yang terlalu rendah. Ramai pelanggan turut mengambil peluang untuk makan di restoran kegemaran mereka dan mengambil gambar terakhir di pusat beli-belah tersebut. Pusat Beli-Belah Ampang Park yang dibuka pada tahun 1973, akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) Ampang Park.


Pemilik butik, Betty Koh Yim Chan, 68, berkata, projek MRT adalah bagus, namun merobohkan pusat membeli-belah itu dianggap tidak adil kepada pemilik perniagaan di sana. "Saya telah berada di sini selama 42 tahun, jadi saya berasa sedih tempat ini akan ditutup," katanya.


Seorang tukang jahit yang berusia 22 tahun dan hanya ingin dikenali sebagai Shahraz berkata, penutupan itu adalah beban baginya. "Stesen MRT akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, tetapi ia telah menyebabkan masalah terhadap perniagaan seperti kami," katanya.


Dr Wan Maimun Wan Abdullah, 56, pula berkata, dia sedih melihat kemegahan Ampang Park yang sering dikunjungi sejak zaman universitinya telah sampai ke penghujung. "Sudah tentu kita mahu pembangunan, tetapi hal seperti Ampang Park perlu dipelihara," katanya.


Sumber : mStar

Zara Zya Hairan Kpop'ers' Sangat Sensitif



PELAKON Zara Zya terkilan dengan sifat sensitif tidak bertempat sesetengah golongan peminat artis Korea Selatan. Dalam kemas kini status di Instagram, Zara Zya berkata dia tidak faham mengapa dirinya 'diserang' hanya kerana bertanyakan soalan yang ringkas, 'apa istimewanya KPOP?'


Tambahnya, soalan itu hanya soalan biasa yang tidak langsung mempunyai unsur sinis, sebaliknya diutarakan untuk memahami mengapa masyarakat, khususnya remaja perempuan, cukup menggilai artis-artis dari negara itu. Sebaliknya berlaku apabila dia dihambur dengan caci maki sebagai 'jawapan' kepada soalan tersebut.


"Seolah-olah tak faham jawapan soalan peperiksaan. Tak sangka mereka sangat sensitif. "Ada yang faham soalan dan menjawab dengan baik. Suka sebab lagu mereka best, drama mereka best. Ya, betul jawapan itu dan tiada bantahan," tulis Zara Zya.


Lebih mengecewakan, katanya, majoriti yang memberikan jawapan kasar itu adalah golongan perempuan bertudung, malah lebih teruk, ada yang sehingga membabitkan isu agama.


Sumber : Awani

Ringgit Malaysia Dijangka Terus Mengukuh Tahun 2018



KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka akan terus mengukuh pada 2018 sehingga ke paras RM4.00 berbanding AS$1.00. Ini akan disokong sentimen Dolar AS dan pemulihan dalam harga komoditi.


Menurut Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Berhad Datuk Dr Nazri Khan, Ringgit yang mengakhiri 2017 dengan kukuh akan meneruskan momentum itu tahun depan. Antara faktor lain yang akan menyokong pengukuhan ringgit termasuk pertumbuhan ekonomi yang kukuh, kemasukan dana asing yang meningkat dan prestasi pasaran ekuiti yang positif.


Tambahnya, jangkaan Bank Negara akan meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) akan membantu mengukuhkan nilai ringgit. Menurutnya lagi, faktor lain yang menyumbang kepada nilai ringgit termasuk pengurangan tahap hutang isi rumah kepada 84.6 peratus pada September 2017 berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar.


Sumber : Awani

Sengaja Perlahankan iPhone, Apple Berdepan Sembilan Saman



Apple berdepan sembilan saman selepas mengakui bahawa syarikat itu sengaja memperlahankan peranti model iPhone lama. - Gambar fail Reuters


SAN FRANCISCO: Gergasi teknologi dunia, Apple berdepan sembilan saman selepas mengakui bahawa syarikat itu sengaja memperlahankan peranti iPhone 6, iPhone 6s, iPhone SE dan iPhone 7.


Lapan saman difailkan di California, New York and Illinois, dan satu di Israel.


Syarikat itu mengakui, kemas kini sistem operasi iOS 11-nya mengehadkan pembekalan kuasa dari bateri kepada peranti, sekali gus memperlahankan prestasi beberapa model iPhone lama.


Apple bagaimanapun menegaskan, kemas kini itu perlu bagi melindungi bateri model-model iPhone lama.


"Kuasa bateri lithium-ion semakin terhad apabila persekitaran sejuk, mempunyai caj rendah atau apabila ia makin berusia, yang boleh mengakibatkan peranti terpadam dengan sendiri untuk melindungi komponen elektronik di dalamnya," kata Apple dalam satu kenyataan minggu lalu.


"Tahun lalu kami mengeluarkan kemas kini untuk iPhone 6, iPhone 6S dan iPhone SE untuk mengawal sebarang perubahan mendadak kuasa apabila perlu untuk mengelakkan peranti terpadam dengan sendirinya," tambahnya.


Langkah itu mengundang kritikan pelbagai pihak, yang berkata Apple sepatutnya menawarkan penggantian bateri percuma yang boleh menyelesaikan masalah tersebut, dan bukannya mengeluarkan kemas kini sistem operasi yang mengehadkan kuasa bateri dan memperlahankan prestasi peranti.


Ramai juga mendakwa tindakan Apple sengaja dibuat menjelang pelancaran model iPhone baru, yang mungkin memaksa pelanggan membeli model baru yang dilancarkan untuk menggantikan peranti mereka yang semakin perlahan.


"Jika betul pengguna akan menggantikan bateri dan bukan membeli iPhone baru jika mereka mengetahui keadaan sebenar, mungkin ada dalil untuk mendakwa Apple menipu atau memanipulasi situasi," kata Rory Van Loo, professor di Universiti Boston yang berkepakaran dalam undang-undang pengguna.


Selain dari kenyataan yang dikeluarkan minggu lalu, Apple tiada memberikan sebarang respon lain berkenaan insiden ini.


Sumber - Awani

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.