Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Unik Dan kreatif! 7 Rekaan Sarat Budaya Malaysia Yang Pernah Diperagakan Di Pentas Miss Universe


Malaysia sememangnya kaya dengan adat dan budaya yang berwarna-warni. Keunikan inilah yang telah memberi ilham kepada pereka-pereka tempatan untuk menghasilkan busana kebanggaan mereka. Sentuhan mereka bukan sahaja diperagakan di dalam negara malah dengan gah dan penuh kebanggaan diperagakan di pentas antarabangsa seperti di pertandingan Miss Universe.


Saban tahun muncul pereka kreatif dengan rekaan mereka yang begitu unik, kaya dengan elemen tradisional mahupun moden dan apa yang penting ia mencerminkan adat budaya negara ini.


Berikut adalah busana tradisonal Malaysia yang pernah dipergarakan di pentas Miss Universe daripada tahun 2010 hingga 2017 yang lalu. Setiap busana yang diperagakan punya cerita yang tersendiri. Koleksi tersebut sememangnya indah digayakan tetapi apa yang penting ialah kisah dan nilai di sebalik penghasilan koleksi kostum tradisional tersebut.


2010

Nadine Ann Thomas

Pereka: Amir Luqman

Tema: Cik Siti Wan Kembang


Pereka terkenal Amir Luqman muncul dengan rekaan bertemakan Cik Siti Wan Kembang semasa pertandingan Miss Universe 2010 lalu. Warna emas dipilih menjadi warna utama busana tersebut menyerlahkan lagi keanggunan pemenang Miss Malaysia 2010, Nadine Ann Thomas.


Pereka Amir Luqman begitu bijak bermain dengan warna emas dan coklat sebagai symbol keberanian, misteri dan keberanian. Nadine nampak seperti pahlawan wanita yang tegar dan gagah memperjuangkan tanah airnya. Pertandingan Miss Universe tahun itu telah berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.



2011

Deborah Henry

Pereka: Amir Luqman

Tema: Wau Bulan


Pertandingan Miss Universe 2011 yang berlangsung di Sao Paolo, Brazil telah menyaksikan ratu cantik Malaysia, Daborah Henry bangga memperagakan kostum yang membawa elemen tradisional yang dikenali sebagai ‘Wau’ Bulan’.


“Wau sudah menjadi objek yang cukup artistik, gabungan rekaan, warna dan ketelitian kerjanya. Kesemuanya elemen tersebut digabung untuk menghasilkan sebuah seni yang cukup cantik untuk digayakan oleh Deborah dalam segmen Pakaian Tradisional di pertandingan Miss Universe 2011 kelak.” Ujar Amir Luqman.



2012

Kimberly Leggett

Pereka: Jovian Mandagie

Tema: Kebaya


Berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat, Miss Universe Malaysia 2012, Kimberly Legget muncul dengan busana indah rekaan Jovian Mandagie. Elemen kebaya yang diperagakan bukan sahaja akan menyelahkan lagi keanggunan Kimberly Legget malah sekaligus memperkenalkan warisan budaya Malaysia di mata dunia.


Kombinasi warna hitam putih yang digunakan untuk menghasilkan kebaya ini dibuat dengan menggunakan batik Terengganu dan dicampur dengan kehalusan Frence lace dan French Tulle.


“Ia adalah mistik, elegan dan garang, dengan watak yang kuat. Ia juga melambangkan seorang serikandi, kerana saya percaya bahawa wanita era ini adalah kuat, berani dan bercita-cita tinggi,” kata pereka Jovian Mandagie mengenai rekaannya.



2013

Carey Ng

Pereka: Syomir Izwa

Tema: Puteri Perak


Miss Universe Malaysia 2013, Carey Ng mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Universe 2013 yang berlangsung di Krasnogorsk, Moscow.


Persalinan indah bertemakan Puteri Perak rekaan Syomir Izwa ini bukan sahaja menerima sentuhan songket hitam berbenang emas malah diperbuat daripada kain songket diraja bermotif bunga tanjung. Rekaan ini jelas mengangkat martabat wanita yang bercirikan gagah tetapi masih punya sifat kelembutan.


Busana tradisional Puteri Perak ini benar-benar menggambarkan seorang wanita yang gagah namun tetap berpegang pada adat istiadatnya. Tidak hanya itu, Carey juga dihiasi dengan perhiasan kepala, rantai leher, gelang tangan dan gelang kaki sebagai pelengkap kepada persalinan ala pahlawan itu.


2014

Sabrina Beneett

Pereka: Adila Long

Tema: Burung Kenyalang


Pertandingan Miss Universe 2014 yang berlangsung di Miami, Amerika Syarikat telah menampilkan Miss Malaysia 2014, Sabrina Beneett anggun memperagakan rekaan Adila Long yang berinspirasikan burung Kenyalang.


Dengan bertemakan ‘Goddes of Kenyalang’ Sabrina tampil jelita dan yakin ditambah lagi dengan warna-warna yang dimainkan untuk menghasilkan busana ini.


Kostum ini dikatakan membawa elemen mitos puteri Dewi Puteri Sarawak, Puteri Santubong, yang dipercayai turun dari langit untuk mengajar para wanita untuk menenun pua kumbu.


Aksesori yang melengkapi kostum ini adalah bulu palsu untuk mempamerkan elemen burung tersebut dan barang kemas ilham daripada pahlawan Iban dan Kayan ketika perang atau semasa melakukan sesebuah upacara. Burung ini juga dikagumi kerana kesetiaannya dan dikaitkan dengan kuasa dan kecerdasan.



2015

Vanessa Tevi Kumares

Pereka: Jovian Mandagie

Tema: Bunga Mas


Berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat, pertandingan Miss Universe 2015 dimeriahkan dengan kemunculan rekaan hasil sentuhan Jovian Mandagie ini menggunakan songket ungu dengan taburan Bunga Mas.


Vanessa Tevi tampil dengan kostum yang diilhamkan daripada tradisi istana diraja melayu. Jika melihat pada sejarah, suatu masa dahulu, songket ini diberikan sebagai ufti daripada sultan kepada Kerajaan Siam. Busana sarat ciri tradisional itu kemudian dilengkapkan lagi dengan aksesori seperti mahkota emas ciptaan pereka Bremen Wong yang muncul dengan ‘magis’ nya yang tersendiri.



2016

Kiran Jassal

Pereka: Rizman Ruzaini

Tema: Menara berkembar Petronas


Menara Berkembar Petronas sememangnya simbol kebanggaan bagi setiap rakyat Malaysia. Berinspirasikan KLCC pereka terkenal negara Rizman Ruzaini muncul dengan kostum elegen yang diperagakan oleh Miss Malaysia 2016, Kiran Jassal pada pertandingan Miss Universe yang bertempat di Pasay City, Filipina.


Menurut Rizman, busana ini menggunakan lebih 100,000 berlian perak pelbagai jenis dilakukan dengan teliti bermula dari idea, konsep sehinggalah pembuatannya. Memandangkan beratnya dikatakan sudah lebih daripada 10 kilogram, menara itu telah direka sesuai dengan keselesaan Kiran semasa dia memperagakannya.


2017

Samantha Katie James

Pereka: Brian Khoo

Tema: Nasi lemak


Wakil Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2017, Samantha Katie James tampil anggun menggayakan busana kebangsaan bertemakan nasi lemak rekaan Brian Khoo. Pakaian yang melambangkan identiti Malaysia itu dipilih untuk diperagakan Samantha pada pertandingan itu di Las Vegas, Amerika Syarikat.


Busana kreatif itu menyaksikan Samantha mengenakan gaun putih yang digambarkan sebagai nasi lemak dan dihiasi dengan replika sambal, ikan bilis, telur rebus dan timun. Sementara itu, bahagian belakangnya pula dihiasi dengan tiga daun pisang yang digambarkan sebagai pembungkus nasi lemak.


Sumber - Era Baru

Comments :

0 comments to “Unik Dan kreatif! 7 Rekaan Sarat Budaya Malaysia Yang Pernah Diperagakan Di Pentas Miss Universe”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.