Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Demi Selamatkan 9 Ekor Anak Anjing Yang Tersangkut Dalam Longkang



27 Dis - Demi menyelamatkan 9 ekor anak anjing yang tersangkut di dalam longkang tanpa ibunya, seorang petugas Animal Malaysia, Fakhri, mengalami kecederaan akibat tergelincir dan kepalanya tertusuk sesuatu sehingga menyebabkan kepalanya terkoyak.


Persatuan Haiwan Malaysia, mengemas kini status Facebook mereka dengan membuat kenyataan dan memohon bantuan dari orang ramai untuk memberi sedikit sumbangan kepada Fakhri sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan yang beliau lakukan.



Menurut Persatuan itu juga, mereka menasihatkan agar kepada sesiapa yang kurang yakin bahawa duit itu tidak sampai ke tangan yang sepatutnya, tidak perlu membuat apa-apa sumbangan kerana tiada paksaan kepada sesiapa yang mahu dan tidak mahu untuk menyumbang.


Persatuan Haiwan Malaysia juga menawarkan kepada sesiapa yang mahu menjaga anak anjing boleh menghubungi pihak persatuan untuk maklumat lanjut.


Berikut adalah kenyataan rasmi Persatuan Haiwan Malaysia


Demi melepas selonggok 9 ekor anak anjing yang tersangkut dalam longkang tanpa ibunya, seorang petugas Animal Malaysia bernama Fakhri berdepan kesakitan kerana tergelincir dan kepala tertusuk tempohari. Dalam penuh kesakitan - Anjing berjaya dilepas dan diselamatkan. Kepala koyak dimamah tebing longkang yang tajam.



Mari kita donate sikit2 seorang hingga cukup RM1, 000 bagi menghargai pengorbanan Saudara Fakhri dan belas kasihannya terhadap Anjing yang tersepit.


Untuk sumbangan buat beliau boleh salurkan ke :

RHB BANK BERHAD - 21440000025648 (Maa Animal Care)

Nyatakan 'Dana Cedera Fakhri' untuk memudahkan mengesan sumbangan. PM kalau dah berbuat demikian untuk tujuan audit.


Nota :

Perlu diingatkan kepada followers Animal Malaysia bahawa pihak admin mengajak anda semua bersama Animal Malaysia bersama-sama membantu Fakhri. Jika tidak yakin


dengan Animal Malaysia yang diamanahkan menguruskan tabung untuk beliau adalah dinasihatkan tak perlu participate kerana pihak kami tidak memaksa untuk melakukannya.


Anda masih boleh memilih membantu dengan cara mengadopt anak anjing seorang seekor untuk memberi kehidupan selesa buat sang anjing.


Adopter anak anjing dialu-alukan.


Call Animal Malaysia segera untuk adopt anak anjing - 01120901097


Sumber - SiakapKeli

Comments :

0 comments to “Demi Selamatkan 9 Ekor Anak Anjing Yang Tersangkut Dalam Longkang”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.