Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Apple Dedah 7 Kesilapan Popular Yang Pengguna iPhone Lakukan Setiap Hari


Tidak dapat dinafikan lagi bahawa iPhone merupakan sebuah model telefon yang sangat terkenal di seluruh dunia.


Dari iPhone generasi pertama sehinggalah model keluaran terbaru mereka, iPhone X, terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna-pengguna iPhone di seluruh dunia.


1. Gunakan charger yang asli.


Mengecas iPhone anda dengan charger palsu boleh merosakkan iPhone anda secara perlahan-lahan. Anda perlu berhati-hati apabila membeli charger atau ketika anda ingin mengecaj iPhone anda. Menurut beberapa sumber, pengecas palsu boleh membuatkan telefon anda rosak dan meletup. Jadi fikirlah dulu sebelum membeli.


2. Sentiasa mempunyai akses ke nombor telefon yang disambungkan oleh iCloud anda.


Apabila anda mempunyai telefon yang sentiasa  berfungsi di tangan anda, sangat sukar untuk membayangkan betapa sukarnya anda jika hidup tanpa telefon. Jangan pasang kemas kini jika anda tidak mempunyai akses ke nombor telefon yang berkaitan.


Selepas reboot, anda perlu menaip kod yang dihantar ke nombor telefon. Dan jika anda tidak dapat melakukannya, anda perlu menjalani prosedur yang sangat panjang untuk memulihkan akaun anda. Anda perlu melakukannya di kedai Apple. Ia mungkin mengambil masa yang lama, maka anda perlu berhati-hati.


3. Jangan keluarkan semua aplikasi dalam multi-tasking.


Elakkan daripada memadamkan semua aplikasi anda. Hal demikian kerana aplikasi yang anda tidak gunakan tidak akan mengurangkan kuasa bateri anda.


4. Pilih casing telefon yang sesuai.


Pilihlah casing telefon yang dalam melindungi telefon anda dengan sempurna, kerana ianya dapat mengurangkan risiko telefon anda daripada terbakar semasa anda sedang mengecasnya.


5. Matikan telefon anda ketika cuaca panas dan jangan keluarkan telefon anda daripada poket ketika cuaca sejuk.


Anda hanya boleh menggunakan telefon anda dalam julat suhu 32ºF hingga 95ºF.  Jadi jika anda merancang perjalanan ke Everest atau Gurun Gobi, jangan membawa telefon anda bersama anda. Mudah-mudahan, terdapat iphone baru yang dikeluarkan dan mampu tahan terhadap cuaca panas mahupun sejuk.


6. Jangan mengecaj telefon anda semalaman.


Jangan mengecaj telefon anda semalaman kerana, hayat bateri akan berkurangan. Jika anda mencabut pengecas iPhone sebelum tahap bateri mencapai 100%, bateri bertahan lebih lama. Selain itu, ramai pakar mendakwa bahawa telefon berfungsi dengan baik apabila paras bateri berada di antara 20% dan 80%.


7. Jangan biarkan telefon anda tanpa bateri pada jangka masa yang lama.


Jangan membiarkan telefon anda tanpa bateri untuk tempoh yang lama kerana bateri anda mungkin rosak. Caj telefon anda pada waktu sepatutnya dan caj pada setiap hari agar bateri anda tahan lama.


Sumber - TaikoTV

Comments :

0 comments to “Apple Dedah 7 Kesilapan Popular Yang Pengguna iPhone Lakukan Setiap Hari”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.