Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Pengurusan Si Anak Bila Dalam Kereta



Memang seronok berjalan dengan keluarga kan. Tapi pening dengan PENGURUSAN SI ANAK BILA DALAM KERETA. Haaaa. Akak Siti nak share beberapa tips yang akak Siti gunakan untuk baby Saif.


1. Keperluan yang cukup. Lebih takpe jangan kurang. Apa tu? Haaa. Which mean pampers spare, pakaian spare, stokin, cap, lampin dan handkerchief. Ni biasanya untuk anak bawah umur 2 tahun macam baby Saif. Tengah jalan2 tu la dia nak poo poo. Adeh!


2. Ubatan. Ni wajib tau. Macam akak Siti memang wajib bawak minyak yuyi, balm, vco ibu dan narinarft. Tiba2 anak kembung or sakit perut kita tak tahu kan. Dan of course kadang2 kena gigit serangga. Ouuch!


3. Makanan @ minuman. Anak2 ni memang akan sentiasa lapar dan dahaga sebab dorang aktif. Roti pun jadi la. Air masak wajib. Nanti dalam kereta mesti punya mintak air. Kalau baby Saif susu tak boleh tinggal.


4. Carseat. Akak Siti sangat sarankan ibu2 dan bapa2 ajar anak2 gunakan carseat. Baby Saif kalau tak duduk dalam carseat, ibu and ayah dia akan jadi huru hara. Nak putar radio, main gear, lompat2 dan memang tak selamat. Jadi carseat la penyelamatnya! Kalau apa2 yang tak diingini berlaku anak2 jugak selamat.


5. Mainan. Bawak mainan anak2 untuk anak duduk diam. Jangan bawak melambak2. Bawak 1 je cukup. Jadi dia akan ralit dengan mainan dia. Kegunaan dalam kereta je. Jangan bawak keluar pulak.


6. Periksa kedudukan anak. Kalau anak ramai, wajib ibu bapa take note kedudukan anak2. Cukup tak ke semua anak2 dalam kereta? Seatbelt pakai ke x? Pintu lock ke x? Akhir sekali pesan pada anak2 supaya behave semasa di dalam kereta.


Cukup 6 tips simple dari akak Siti. Yang mana kurang uols boleh tambah. Dan semoga bermanfaat!


Sumber - Siti Aminah Abdullah

Comments :

0 comments to “Pengurusan Si Anak Bila Dalam Kereta”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.