Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kejadian Aneh Tsunami 2004 Di Kuala Muda



KUALA MUDA: Banyak kisah yang boleh dikongsi tentang tragedi tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004. Namun bagi anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Prebet Mahayuddin Shaari, peristiwa yang tidak dapat dilupakannya adalah bagaimana ombak yang melanda kawasan masjid tidak merosakkan struktur itu.



"Masa itu, saya baru masuk APM. Masih ingat lagi sampai sekarang. Apabila sampai dekat masjid, dengan kuasa Allah, ombak yang sepatutnya kena masjid tidak ada apa-apa yang berubah pun pada masjid. Airnya pun jernih," katanya. Pada hari insiden tersebut, Mahayuddin berkata dia sedang dalam perjalanan pulang selepas habis tugasan.



"Ketika itu, saya terima panggilan kecemasan tentang kejadian ombak besar yang melanda pesisiran Kuala Muda. "Sampai sahaja sana, sudah boleh lihat air berlumpur dah sampai paras pinggang. Ada juga jasad penduduk kampung yang diangkat keluar. Memang saya tidak dapat lupa hari itu," katanya kepada Astro AWANI.


Sumber : Awani

Comments :

0 comments to “Kejadian Aneh Tsunami 2004 Di Kuala Muda”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.