Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

(Video) "Ramai Dekat Luar Sana Yang Acah-Acah Malaikat." - Datuk Aliff Syukri



28 Dis - "Seolah-olah akulah orang paling jahat dalam Malaysia!"


Begitulah luahan ketidakpuasan hati jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri terhadap kritikan dan kecaman negatif sesetengah pihak di atas tindak-tanduk yang di lakukan.


Aliff menjelaskan, dia hanya menjadi dirinya sendiri dan tidak berpura-pura dalam 'Live Facebook' nya.


Dia juga menyifatkan mereka yang mengutuk, mengeji dan menghinanya tiada beza malah lebih teruk dari diri beliau.


"Yang berangan malaikat tetapi sebenarnya kau pun syaitan juga, sebab mereka ni acah-acah ustazah, jadi orang yang mengutuk dan menghina, lebih kurang atau lebih teruk dari saya," katanya.


"Sebenarnya ramai cakap saya riak, tetapi lagi ramai (di luar) yang riak dan menunjuk namun, orang nampak saya sahaja (yang riak)," katanya lagi



"Apa yang saya buat orang rasa saya riak. Jika saya makan tepi jalan saya kongsi, melancong saya kongsi, beli-belah di Louis Vuitton (LV) juga saya kongsi. Jadi apa masalah mereka?," ujarnya.


Menurutnya lagi, sebelum beliau menjadi terkenal, dia turut berkongsi apa sahaja yang dia lakukan. Malah pada zaman media Friendster dan Myspace, orang ramai turut mempunyai persepsi negatif kepadanya.


Aliff juga berpesan jika ingin menegurnya, boleh melakukannya secara peribadi dan bukan secara umum.


Beliau turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang berasa kurang senang terhadap tingkah laku dan perbuatannya selain mendoakan kebahagian individu yang menghina serta mengejinya.


"Saya tidak mampu memuaskan hati semua orang. Selagi saya tidak makan duit orang, merompak dan mencuri, saya tidak kacau hidup orang," ujarnya.


Sumber: Awani

Comments :

0 comments to “(Video) "Ramai Dekat Luar Sana Yang Acah-Acah Malaikat." - Datuk Aliff Syukri”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.