Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Bapa Perkosa Anak Berumur 15 Tahun Sehingga Hamil



GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki kerana didakwa merogol anak perempuannya berusia 15 tahun hingga mengandung di Blok Green Garden Air Itam, di sini.


Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa selepas mengesyaki perbuatan terkutuk lelaki itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata berdasarkan siasatan, anak perempuannya didapati mengandung dan mengaku telah melakukan hubungan seks dengan bapanya.


Siasatan mendapati mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik sudah tidak bersekolah.

Anuar berkata, sebaik sahaja menerima laporan, polis menahan lelaki berkenaan di rumahnya manakala mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut .


Hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah mengandung enam bulan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan iaitu rogol dan suspek kini ditahan reman enam hari untuk siasatan lanjut.


Sumber : Awani

Comments :

0 comments to “Bapa Perkosa Anak Berumur 15 Tahun Sehingga Hamil”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.