Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Buruh Hantar Mesej Tak Seonoh Kepada Janda Ditahan



Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mengganggu seorang janda dengan menghantar bahan berunsur lucah di kediaman wanita itu di Kampung Bakong, Lambor Kiri, Bota, Perak, lapor Astro Awani.


 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, buruh kampung berusia 32 tahun itu telah menghantar surat dan CD lucah ke rumah mangsa berusia 52 tahun berkenaan.


Difahamkan, mangsa merupakan seorang ibu tunggal dan tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu.


 

Kesemua barangan itu diletakkan di dalam sampul berwarna putih dan diselitkan di bawah pintu rumah mangsa.


 

"Mangsa hanya menyedari bungkusan itu ketika dia membuka pintu rumahnya sekitar jam 7.15 pagi. Suspek telah mengumpannya dengan CD dan tulisan lucah yang dihantarnya dalam sampul ke rumah mangsa dengan tujuan mengajak wanita itu melakukan hubungan seks dengannya.


"Dalam surat yang dihantar itu juga, suspek memberitahu dia mahu datang ke rumah mangsa pada jam 12 malam," katanya.


 

Bertindak di atas laporan polis yang dibuat mangsa, polis telah berjaya menahan suspek dan ujian urin yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.


"Kita akan menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber - TheReporter

Comments :

0 comments to “Buruh Hantar Mesej Tak Seonoh Kepada Janda Ditahan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.