Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kerbau ‘Naik’ Porsche Maut, 3 Mangsa Hanya Cedera


MALANG tidak berbau… Pemandu dan dua penumpang Porsche Cayenne menempuh pengalaman lucu tapi penuh debaran apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh seekor kerbau.


Insiden dramatik ala aksi filem Hollywood itu menyaksikan haiwan mamalia berkenaan terpelanting sebelum ‘berjaya’ masuk ke dalam kenderaan tersebut di Perak semalam, menurut laporan media tempatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam tadi, kereta itu yang dalam perjalanan dari Teluk Intan menghala ke Langkap, tidak sempat mengelak seekor kerbau yang sedang melintas jalan di Kilometer 12 Jalan Changkat Jong.


Akibat perlanggaran itu, kerbau berkenaan tercampak sebelum terhempas di atas cermin pelindung matahari di bumbung kenderaan itu sehingga lapisan berkenaan pecah dan haiwan berkenaan terperosok ke dalam kenderaan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan ketika dihubungi media berkata, nahas agak luar biasa itu menyebabkan bahagian depan kenderaan utiliti sukan (SUV) berkenaan turut remuk.


“Kerbau itu mati di tempat kejadian, manakala semua mangsa kemalangan iaitu dua berusia 30-an dan seorang kanak-kanak sembilan tahun cedera ringan. Mereka dirawat di Pusat Rawatan Anson Bay,” katanya hari ini.


Yahaya dalam pada itu menjelaskan bahawa cuaca baik ketika kejadian berlaku dengan jalan lurus, tetapi gelap berikutan tiada lampu jalan di sepanjang laluan berkenaan.


*Video bawah sekadar hiasan…


Sumber - MyNewsHub

Comments :

0 comments to “Kerbau ‘Naik’ Porsche Maut, 3 Mangsa Hanya Cedera”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.