Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Bermain Judi Di Tapak Pembinaan, 8 Orang Ditahan



KUALA LUMPUR 24 Dis. - Sebanyak lapan lelaki termasuk tiga warga Bangladesh dan dua warga Indonesia ditahan kerana terlibat dalam kegiatan judi haram di kawasan tapak binaan Ecoworld, Saujana Utama Sungai Buloh, malam tadi.


Pegawai Turus Bahagian Perjudian dan Maksiat Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintenden Norhizam Bahaman berkata, tiga warga tempatan berusia awal 20an yang ditahan itu merupakan penganjur kepada aktiviti haram terbabit.


“Turut dirampas dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam itu adalah perkakasan judi bola golek seperti tikar, papan pertaruhan, bola getah, bongkah kayu, alat penimbang air, kerusi plastik, lampu ayam, bateri dan wang tunai sebanyak RM4,100,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tambahnya, kesemua ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Sumber : Utusan

Comments :

0 comments to “Bermain Judi Di Tapak Pembinaan, 8 Orang Ditahan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.