Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Disangka Pasangan 'Kunyit' Dan Video Ditularkan Hingga Hampir Hilang Kerja, Rupanya Adik Abang Yang Sudah Lama Tak Bertemu



Baru-baru ini rakaman dua lelaki kelihatan sedang bermesra di atas sebuah motorsikal telah tersebar di laman media sosial.


Rakaman tersebut telah dimuat naik pada Khamis lalu oleh pengguna laman Facebook, Sri Mulyani berserta caption "melihat ini di depan mata selepas pulang dari Perpustakaan Negara."


Menurutnya, pemandangan tersebut mengganggunya sehinggakan dia tanpa rasa ragu menegur kedua lelaki terbabit.


Setelah mendapat teguran, lelaki bercermin mata tersebut menyatakan bahawa mereka sedang bergurau dan lelaki dibelakangnya adalah adiknya.


Jelasnya dia mahu menendang motorsikal mereka tetapi kakinya tidak sampai.


"Maaf kalau tindakanku salah, kalau aku tidak suka aku langgar," tulisnya.


Walaubagaimanapun, videonya itu mendapat kecaman dan dia memohon maaf atas tindakannya itu.


Berikutan dari itu, seorang netizen tampil mengakui kenalan lelaki dalam rakaman terbabit.


Netizen tersebut turut memperjelaskan kedua-dua lelaki yang dikatakan pasangan sejenis itu adalah adik beradik.



"Assalamualaikum, saya mahu membantu menjelaskan kebenaran video ini kerana saya sangat rapat dengan orang dalam video ini.


"Sebelum membuat komen sila dengar dahulu lelaki tersebut memberitahu itu adiknya. Dan saya pasti tidak menipu kerana dia adalah kawan anak saya."


Tambahnya lagi, adiknya baru tiba di Indonesia bersama ibunya selepas bertahun-tahun tidak berjumpa dengan abangnya yang bekerja untuk membantu keluarga.


"Saya sangat prihatin tentang berita ini, kawan anak saya kehilangan pekerjaan selepas tersebarnya berita yang salah."


"Hanya kerana seoang abang bermanja dengan adiknya dan sama sekali tidak diharapkan untuk menjadi viral."


Saya minta maaf, saya hanya mahu betulkan berita yang tidak benar," tulis YoLanda Prisilya Mambu Full.



Komennya mendapat maklum balas dari netizen yang mengikuti berita itu.


Tetapi Yolanda mendapat kecaman dan pelbagai persoalan mengenai warna kulit adik beradik tersebut.



Di samping itu, dia turut memohon maaf dengan kata-katanya mengenai lelaki terbabit kehilangan kerja tetapi dikhuatiri akan kehilangan kerja dengan tersebarnya berita tersebut.


Namun masih tiada bukti yang menunjukan kedua lelaki terbabit adalah adik beradik.



Sumber - Siakapkeli

Comments :

0 comments to “Disangka Pasangan 'Kunyit' Dan Video Ditularkan Hingga Hampir Hilang Kerja, Rupanya Adik Abang Yang Sudah Lama Tak Bertemu”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.