Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Memukul Ipar Di Khalayak Ramai, 3 Lelaki Dan 1 Wanita Ditahan



KUALA LUMPUR 24 Dis. - Gara-gara berselisih faham, tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini semalam.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam pergaduhan kira-kira pukul 8.13 malam kelmarin itu, kesemua suspek berusia 44 hingga 50 tahun terbabit dipercayai memukul seorang lelaki yang merupakan ipar kepada suspek.


Jelasnya, ketika kejadian mangsa berusia 39 tahun itu berada di restoran tersebut mengalami kecederaan di bahagian muka dan badannya akibat dipukul oleh keluarga suspek. “Laporan dibuat oleh mangsa di Balai Polis Petaling. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 324 dan 160 Kanun Keseksaan.


“Kita turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya di sini hari ini. Kejadian berkenaan mendapat perhatian orang ramai selepas rakaman video berdurasi 17 saat tular di media sosial.


Sehubungan itu, Mazlan mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sebaliknya menyalurkan maklumat mengenai sebarang kes kepada pihak polis.


Jelasnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tersebut boleh menghubungi Asisten Superintenden Hafiza di talian 0192000437 dan Sarjan Azurima Alias di 012-6445187 atau 03-22824577 bagi membantu siasatan.


Sumber : Utusan

Comments :

0 comments to “Memukul Ipar Di Khalayak Ramai, 3 Lelaki Dan 1 Wanita Ditahan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.