Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 Apartment Paling Sempit Di Dunia


Baru-baru ini kecoh video Dato' Aliff Syukri memaki hamun kontraktor yang melakukan kerja pembinaan rumahnya kerana dikatakan tidak puas hati. Berdasarkan video tersebut, kita boleh melihat rumah beliau dari jarak dekat.


Dikatakan harga rumah tersebut yang seperti sebuah istana mencecah RM20 juta. Dan walaupun kita hanya mampu tengok sahaja rumah beliau, kita patut bersyukur dengan tempat tinggal kita yang dimiliki sekarang.


iluminasi.com ingin berkongsi 5 apartment yang paling sempit di atas muka bumi.


5. Manhattan (75 kaki persegi)

Agak kecil bagi kawasan seluas 75 kaki persegi untuk dijadikan sebuah bilik, apatah lagi apartment. Apartment ini mempunyai dua fakta pelik. Pertama ia terletak di Manhattan, iaitu antara salah satu bandar paling mahal di dunia.


Kedua, ia merupakan antara apartment paling kecil di dunia. Namun, harganya tidaklah sekecil mana. Sewa setinggi RM3,250 sebulan dikenakan bagi apartment yang tidak disediakan kemudahan asas seperti air dan dapur. Malah, 3 apartment bersebelahan berkongsi bilik air yang terletak di luar.


Jika dilihatkan, ia lebih kelihatan seperti laluan masuk, bukan sebuah apartment. Namun, ia adalah lebih baik daripada apartment yang lain dalam senarai ini. Menurut seorang penyewa yang juga seorang arkitek, Luke Clark Tyler, beliau boleh dapatkan apartment lebih besar namun menyukai ruang yang kecil ini.


"Saya pernah tinggal di Kenya di tempat separuh saiz dari apartment ini, dan diperbuat daripada lumpur. Jadi, bagi saya, ini sudah memadai,".


4. London (60.5 kaki persegi)

Terletak di London, ia merupakan apartment paling kecil di benua Eropah. Apa yang lebih menarik, seperti apartment di Manhattan, harganya tersangat mahal. Ini adalah kerana ia terletak di Knightsbridge, sebuah kawasan elit termahal di London.


Dengan saiz sekecil ini, ia tak ubah seperti sebuah stor di rumah anda. Sebelum ini, ia merupakan stor untuk menyimpa penyapu. Namun ia dijadikan apartment pada tahun 1987. Ia sangat sesuai bagi mereka yang menyukai ruang kecil, menghabiskan kebanyakan masa diluar dan tidak menerima tetamu.


Pemilik apartment ini, Ray Barker membelinya dengan harga RM650,000 pada tahun 2006, yang mana nilai sebenarnya mencecah RM1.44 juta. Jika di Malaysia, anda boleh dapatkan sebuah banglo dengan harga ini. Namun, ada orang yang sukakan ruang sekecil ini.


3. Hong Kong (40 kaki persegi)

Bagi antara salah satu bandar paling kaya di dunia, ia merupakan perkara biasa untuk melihat saiz apartment sebesar ini. Malah, ada yang lebih kecil. Menurut Society for Community Organization, ketika ini, lebih daripada 100,000 penduduk di Hong Kong tinggal dalam apartment seluas 40 kaki persegi.


Saiz ini lebih kurang saiz sel di penjara, dan biasanya disewa oleh lebih daripada seorang. Apartment seperti ini biasanya didiami oleh keluarga yang mempunyai 2 orang anak. Ia masih boleh didiami dengan baik jika bijak menyusun perabot di dalamnya. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, mungkin agak sesak.


Sewanya adalah 35% lebih tinggi dari New York.


2. Hong Kong (16 kaki persegi)

Berdasarkan saiz, apartment ini boleh dikatakan separuh daripada sel penjara. Terletak di tengah-tengah Hong Kong, ia hanya mampu memuatkan sebuah katil bujang, itu sahaja. Bagi anda, mungkin ia cukup untuk dijadikan sebuah almari pakaian, namun di Hong Kong ia merupakan sebuah apartment.


Walaupun kecil, ia hanya dilengkapi penghawa dingin dan akses internet. Dan jika anda bernasib baik, apartment anda mempunyai tingkap. Pintu tak dapat dibuka sepenuhnya kerana terhalang oleh katil. Sewa bulanan bagi apartment kecil ini adalah RM1,560. Dan ia tidak sesuai bagi mereka yang bertubuh besar, kerana anda pasti akan terseksa.


Tak dapat dibayangkan perasaan tinggal di apartment ini, boleh kena tekanan jiwa.


1. Hong Kong (4 kaki persegi)

Dan apartment, atau mungkin tak layak dipanggil apartment, mungkin bilik lebih sesuai, juga terletak di Hong Kong. Jika anda merungut melihatkan apartment lain di atas, mungkin akan ada sedikit keinsafan apabila melihat apartment ini.


Merupakan sangkar 4 x 4 meter, "rumah" seperti ini wujud bermula tahun 1950. Ia disusun di atas satu sama lain, dan kebanyakan penyewanya adalah lelaki bujang. Mereka tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak. Hidup dengan bantuan kerajaan, mereka hanya mampu untuk menyewa rumah ini dengan sewa RM680 sebulan.


Tak banyak yang anda boleh lakukan, selain daripada tidur. Namun disebabkan terlalu banyak pepijat, tilam tidak digunakan, sebaliknya menggunakan buluh atau alas yang keras.


Baju dibasuh menggunakan baldi, dan tandas dikongsi. Namun, ia dilengkapi dapur dan sink. Dinding pula menjadi coklat akibat habuk-habuk yang terkumpul bertahun lamanya.


P/S : Pasti anda rasa bersyukur dapat tidur nyenyak dalam rumah anda sekarang, walaupun tak semewah Dato Alif Syukri, kan?


Sumber - Iluminasi

Comments :

0 comments to “5 Apartment Paling Sempit Di Dunia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.