Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Jumanji Telah Berjaya Mengutip RM11.5 Juta Di Malaysia Walaupun Belum Ditayang Secara Rasmi


Jumanji: Welcome to the Jungle’ mungkin menghadapi beberapa persaingan sengit di box office, namun populariti The Rock telah berjaya menarik perhatian peminat filem di Malaysia.


Walaupun filem ini belum secara rasmi ditayangkan di pawagam, namun sekuel ini telah berjaya mengutip RM11.5 juta di Malaysia daripada tayangan pratonton, mengalahkan ‘Star Wars: The Last Jedi’ untuk meraih tempat pertama.


Pratonton ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ telah ditayangkan di pawagam terpilih bermula Khamis lepas. Ini bermakna ia berjaya meraih RM11.5 juta dalam masa empat setengah hari sahaja!


Ia juga merupakan kutipan tertinggi untuk tayangan pratonton dalam sejarah filem box office di Malaysia.


Filem dibintangi Dwayne Johnson, Kevin Hart, Karen Gillan, Jack Black, Nick Jonas, dan Bobby Cannavale. ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ secara rasmi akan ditayangkan di Malaysia bermula 21 Disember 2017.


Trailer Jumanji: Welcome to the Jungle:


Comments :

0 comments to “Jumanji Telah Berjaya Mengutip RM11.5 Juta Di Malaysia Walaupun Belum Ditayang Secara Rasmi”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.