Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Mahu Elak Kesesakan Lalu Lintas, Ikuti 3 Panduan Ringkas Waze



TAHUKAH anda, aplikasi Waze dapat membantu merancang perjalanan supaya jadi lebih lancar selain boleh mengelak kesesakan lalu lintas?


Ya, anda kini boleh merancang perjalanan tanpa perlu berasa tertekan akibat meredah kesesakan jalan raya teruk, terutama musim perayaan atau cuti sekolah.


Berikut tiga panduan daripada Waze yang mungkin anda boleh gunakan jika mahu berjalan jauh:


TIP #1 - ELAK MEMANDU PADA WAKTU PUNCAK

Berdasarkan statistik perjalanan bermula 2016, Waze meramalkan keadaan lalu lintas mula menjadi teruk pada Jumaat, iaitu 22 Disember 2017, antara jam 1:00 - 3:00 petang.


Jadual di bawah ialah waktu yang patut dielakkan memandu:



Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak, anda juga boleh menggunakan fungsi pemanduan 'Planned' (Dirancang) di Waze. Ikuti langkah-langkah mudah ini:



TIP #2 - ELAK MELALUI KAWASAN LALU LINTAS SESAK

Jika anda mahu memandu keluar dari kawasan Kuala Lumpur, berikut 5 negeri yang akan mengalami peningkatan lalu lintas, terutama Melaka.



TIP #3 - NIKMATI PERJALANAN DENGAN HIBURAN

Tanpa muzik, anda pasti akan bosan terutamanya terpaksa memandu jauh. Dengan Waze, anda kini boleh mendengar pelbagai lagu menerusi Spotify. Anda hanya perlu menghubungkan akaun Spotify ke Waze dan senarai muzik kegemaran anda akan dimainkan secara automatik.


Masih belum ada aplikasi Waze? Muat turun sekarang di Google Play Store atau Apple Store secara percuma. Mudah bukan?


Apa-apapun, pandu cermat jiwa selamat. Paling penting, tekan pedal dan jangan stres!


Sumber - PanduLaju

Comments :

0 comments to “Mahu Elak Kesesakan Lalu Lintas, Ikuti 3 Panduan Ringkas Waze”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.