Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Tunang ajak jumpa, kena belasah pula


Pemuda berusia 26 tahun cedera di kepala dan badan selepas dibelasah oleh sekurang-kurangnya 20 lelaki di restoran 24 jam dekat Layang-layang Kluang Johor, awal pagi Jumaat lalu.


Mangsa berkata, dia diserang kumpulan berkenaan selepas hadir ke restoran berkenaan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara dia dan tunangnya berusia 20 tahun serta seorang lelaki lingkungan 20an.


“Sebelum kejadian saya dan tunang ada masalah peribadi dan kami bercakap menerusi telefon kira-kira dua jam setengah .


“Kira-kira 4 pagi saya menerima mesej suara menerusi WhatApps daripada tunang dan lelaki berkenaan yang mahu berjumpa di restoran berhampiran tempat tinggal saya bagi menyelesaikan perkara berkenaan secara baik.


“Kira-kira 4.30 pagi saya menunggang motosikal dan sebaik turun, lelaki berkenaan meluru dan menendang saya disusuli dengan lelaki lain yang tiba-tiba menyerbu memukul saya termasuk menggunakan kerusi plastik, kayu dan topi keledar hingga saya berasa seperti mahu pitam,” katanya ketika dihubungi semalam.


Dia berkata, sekumpulan lelaki itu melarikan diri sebaik penunggang motosikal lain mendekati mereka dan dia dibawa ke klinik berhampiran menaiki kereta oleh orang ramai.


“Kemudian saya ke hospital bagi melakukan pemeriksaan lanjut dan membuat laporan polis di Balai Polis Layang-Layang kira-kira 7 pagi selepas itu,” katanya.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, usaha menjejaki suspek yang tinggal di sekitar Kulai sedang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Sementara itu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tular di FB menunjukkan mangsa diserang kumpulan lelaki berkenaan sementara tunangya meninggalkan lokasi kejadian.


Sumber : HMetro


Comments :

0 comments to “Tunang ajak jumpa, kena belasah pula”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.