Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Ugutan Trump Menghina Demokrasi, Jelas Menteri Luar Iran



TEHRAN 21 Dis. - Iran menyifatkan ugutan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menyekat bantuan kepada negara-negara yang mengundi menentangnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dalam isu Baitulmuqaddis sebagai penghinaan demokrasi.


Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, rejim Trump menghina demokrasi melalui ugutan terhadap negara yang berani menentang tuntutan ala `samseng’ AS di PBB.


“Trump menghina Iran sebagai `diktator’ namun AS mempunyai versi demokrasi tersendiri iaitu `sama ada bersama AS atau menentang AS’,” kata Javad yang disiarkan oleh portal Presstv.


Sumber : Agensi

Comments :

0 comments to “Ugutan Trump Menghina Demokrasi, Jelas Menteri Luar Iran”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.