Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 
Showing posts with label berita sukan. Show all posts
Showing posts with label berita sukan. Show all posts

Wanita 100 tahun catat rekod berenang 1,500 meter


TOKYO – Seorang warga emas berusia 100 tahun menjadi wanita tertua pertama di dunia berjaya memenangi pertandingan renang gaya bebas sejauh 1,500 meter pada Sabtu lalu.

Wanita itu, Mieko Nagaoka mengambil satu jam dan 16 minit bagi menamatkan perlumbaan dalam kate­gori 100 hingga 104 tahun di kolam renang di Ehime, barat Jepun.

“Saya mahu berenang sehingga saya berusia 105 tahun jika saya boleh hidup selama itu,” katanya kepada agensi berita Kyodo.

Menurut Kyodo, kejayaan itu akan diiktiraf di dalam Guinness World Records.

Nagaoka yang menerbitkan sebuah buku berjudul Saya berusia 100 tahun dan perenang aktif terbaik dunia tidak asing untuk menamatkan perlumbaan 1,500 meter memandangkan dia pernah menamatkan renangan sejauh itu pada usia 99 tahun di sebuah kolam renang bersaiz Olimpik.

Nagaoka mula berenang pada usia 80 tahun ketika kebanyakan warga emas Jepun yang semakin tua mengamalkan gaya hidup sihat.

Mengikut statistik kerajaan, terdapat hampir 59,000 warga emas berusia 100 tahun di Jepun. Jumlah itu bermakna 46 daripada 100,000 orang di negara berkenaan berusia 100 tahun atau lebih.

Sebelum ini, seorang pelari pecut, Hidekichi Miyazaki yang berusia 103 tahun memegang rekod dunia dalam acara 100 meter untuk kategori 100 hingga 104 tahun.

Miyazaki mampu mencatatkan larian dalam 29.83 saat. – AFP

10 ATLET TERKAYA DI DUNIA



Sukan tidak sekadar riadah dan aktiviti di masa lapang, tapi ia merupakan sebuah kerjaya yang mampu mendatangkan pendapatan yang lumayan. Berikut adalah 10 atlet terkaya di dunia. 
1. Floyd Mayweather.
  • Kerjaya : Petinju  
  • Pendapatan tahunan :AS$90 Juta (RM300 juta) 
2. Lebron James. 
  • Kerjaya : pemain pasukan Miami Heat untuk Liga Bola Keranjang Amerika Syarikat(NBA) 
  • Pendapatan tahunan : AS$56.54(RM188 juta)
 3. Drew Bress. 
  • Kerjaya : Pemain pasukan New Orleans Saints untu Liga Kebangsaan Bola sepak Amerika (NFL) 
  • Pendapatan tahunan : AS$47.8 juta(RM159juta) 
 4. Kobe Bryant 
  • Kerjaya :Pemain Los Angeles Lakers untuk Liga Bola Keranjang Amerika Syarikat(NBA) 
  • Pendapatan tahunan : AS$46.85(RM156 juta) 
 5. Tiger Woods
  •  Kerjaya : Pemain golf, AS  
  •  Pendapatan tahunan : AS$40.8 juta(RM136juta) 
 6. Phil Mickelson 
  • Kerjaya : Pemain golf, AS  
  • Pendapatan tahunan : AS$39.5 juta(RM132juta) 
7. Derrick Rose.
  •  Kerjaya : Pemain pasukan Chicago Bulls untuk Liga Bola Keranjang Amerika Syarikat(NBA)
  •  Pendapatan tahunan : AS$33.4 juta(RM111juta) 
8. Peyton Manning 
  • Kerjaya : Pemain pasukan Denver Broncos untuk Liga Kebangsaan Bola Sepak Amerika Syarikat (NFL)  
  • Pendapatan tahunan : AS$31 juta(RM103 juta) 
9. Alex Rodriguez 
  • Kerjaya : Pemain pasukan New York Yankees untuk Liga Utama Besbol(MLB) 
  • Pendapatan tahunan : AS$29 juta(RM97 juta) 
 10. Zack Greinke 
  • Kerjaya : Pemain pasukan Los Angeles Dodgers untuk Liga Utama Besbol(MLB)  
  • Pendapatan tahunan: AS$19 juta(RM63 juta) 
Sumber : Sinar Harian, Selasa, 28 Januari 2014,m/s 6.
            : http://www.bicaradariaku.com

Apabila Ronaldo menjadi pengemis jalanan

Cristiano Ronaldo bukan sahaja pemain terhandal dunia tetapi mungkin adalah pemain bola sepak yang mempunyai hati yang paling baik.

Dia seorang yang mempunyai senarai yang panjang untuk kerja-kerja amal di mana dia telah membiayai rawatan kanser seorang budak lelaki  9 tahun dan juga telah menderma wang untuk pembedahan otak seorang bayi yang berusia 10 bulan.

Baru-baru ini, pemain bola sepak Real Madrid ini telah menyamar sebagai seorang pengemis jalanan untuk memberi kejutan kepada seorang peminatnya di Plaza de Callao di bandar Madrid. Bersama kejutan itu, Cristiano telah memberi peminat mudanya sebiji bola yang ditandatanganinya. 
Budak lelaki itu ternyata terkejut melihat idolanya itu. 

Kita tinggal di dunia di mana ahli-ahli sukan terkenal hanya berinteraksi dengan peminat mereka di laman sosial media tetapi apa Ronaldo telah lakukan untuk berjumpa dengan penyokongnya ialah sesuatu yang sangat menghayat hati.

Ini mungkin kerana cara Cristiano telah dibesarkan di pulau Madeira, Portugal yang telah mengajarnya untuk sentiasa bersikap rendah diri. Lihatlah videonya di sini!



Sumber

5 tip menjadi pejuang MMA hebat

MMA atau Mixed martial arts mula mendapat tempat di kalangan para media dan tontonan umum. Seni mempertahankan diri ini memainkan peraturan campur dimana peserta dibenar mengguna teknik serangan serta pergelutan dari seleksi sukan tempur di dunia.

Sesetengah menyifatkan sukan ini bersifat ganas dan hanya menanamkan idea bahawa mereka yang tabah dah cekal sahaja boleh menyertai.

MMA yang dahulunya dimonopoli golongan lelaki kini menyaksikan penglibatan atlet wanita. Siapa sangka sukan lasak ini juga sesuai buat sang hawa bukan?

Mengalung gelaran ‘pejuang MMA tercantik di dunia’, Song Ga Yeon mendapat perhatian meluas ekoran rekod kejayaan yang dikecapi. Gadis cantik berusia 19 tahun ini tidak terkalah dalam karier amatur malah mendapat pujian dalam kemenangannya ke atas pejuang lelaki sebanyak dua kali.

Menggunakan kejayaan Song Ga Yeon sebagai inspirasi, mari teliti lima tip menarik buat kaum wanita untuk menjadi pejuang MMA yang hebat!

Diet dan Nutrisi
Bukan perkara asing untuk mana-mana atlet, penjagaan diet dan pengambilan nutrisi yang mencukupi amat penting untuk menguatkan tubuh badan. Tahukah anda, sebelum debut pertama, Ga Yeon turun 6 kg dalam masa dua minggu?



Beliau mengikuti diet ketat yang menukarkan lemak badan kepada otot. Plan diet tersebut meliputi perkadaran 9:7:3 bagi karbohidrat, protien dan lemak.

Sukan sebagai hobi
Mejurusi seni mempertahankan diri sebagai karier tidak bermakna, anda tidak boleh meminati sukan lain. Ga Yeon merupakan seorang pelari pecut ketika berada di sekolah rendah.



Pada waktu terluangnya pula, gadis kelahiran Gyeongsangbuk-Do ini gemar menghabiskan masa bermain golf bersama bapanya.

Disiplin dalam latihan
‘Practice makes perfect’, satu pernyataan yang teguh dah jelas. Jika kamu berminat menyertai mixed martial arts, disiplin harus dijadikan tiang hidup.



Meskipun berlatih di sekolah, Song Ga Yeon menghabiskan sekurang-kurangnya enam jam di gim kick-boxing untuk berlatih. Langkah menjadi semakin mantap malah skil bakal bertambah sempurna.

Bersikap positif
Salah satu ideologi paling berkesan dalam pembentukkan karekter seorang pejuang. Bersikap positif mampu melenyapkan kebimbangan sampingan lantas mendorong ke arah misi yang hendak digapai. Kejelitaan gadis 19 tahun ini sering dipandang enteng oleh pelbagai pihak yang tidak mempercayai kebolehannya bertinju.



Semasa mula-mula mendekati Road FC tahun lalu, Ga Yeon ditawarkan menjadi gadis gelanggang meski niat sebenar mahu bertanding. Beliau hanya mampu bersikap positif dan berazam mahu membuktikan bahawa impresi itu tidak benar sama sekali.

Singkir pemikiran remeh
Perkara yang tidak penting dan renyah hanya akan menambah beban dikemudian hari kelak. Otak yang dipenuhi pemikiran masnum akan menggangu menumpukan perhatian semasa berlatih, berehat mahupun tatkala bertanding.



“Jika wajah saya luka semasa berlawan, ia boleh dijahit. Kalau lebam mula timbul, ia kan hilang juga satu hari nanti,” jawab Ga Yeon apabila ditanya perihal kecedaraan yang mungkin dialami.

Saksikan debut sulung Song Ga Yeon dalam Road FC 017 pada hari Jumaat, 26 September, pukul 10 malam menerusi saluran KIX HD (Astro 729).

Sumber

Jurulatih JDT beri alasan di sebalik kekalahan mengejut kepada PKNS

Shah Alam: Jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Azmi Mohamad menyifatkan kekalahan mengejut pasukannya kepada PKNS 2-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi disebabkan ada di kalangan pemain bimbingannya yang tidak jujur dan beraksi tidak sepenuh hati.

“Dari awal saya sudah mengingatkan tentang betapa pentingnya fokus terutama dalam mengawal Patrick Ronaldinho. Tapi ada sebahagian pemain terutama di posisi pertahanan yang cuai dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan kelemahan ini diambil kesempatan oleh PKNS FC.


“Secara keseluruhan, ada sebahagian pemain yang masih tidak fokus dan tidak jujur dalam pasukan. Sebab itulah kita tidak dapat mencapai kemenangan pada perlawanan ini,” katanya sejurus selepas perlawanan itu yang sudah pasti memberi tamparan kepada dirinya selepas mengambil alih jawatan itu daripada Fandi Ahmad.

hmetro.com.my

Fandi kejutkan JDT

Letak jawatan pengurus sehari sebelum Piala Malaysia bermula

Johor Bahru: Menjelang saingan Kumpulan B Piala Malaysia menentang PKNS di Stadium Shah Alam, malam ini, Johor Darul Takzim (JDT) dikejutkan dengan peletakan jawatan pengurus pasukan Fandi Ahmad berkuat-kuasa serta-merta.

Menerusi kenyataan media yang diedarkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) semalam, PBNJ dan Fandi mencapai persetujuan untuk mengikuti haluan masing-masing selepas membuat pertimbangan teliti dan mencapai kata sepakat.

Saya harap tiada pihak membuat sebarang spekulasi berhubung peletakan jawatan ini kerana ia dibuat menerusi persefahaman antara saya dan PBNJ” Fandi Ahmad, Bekas pengurus Johor Darul Takzim

"Fandi seorang jurulatih yang cemerlang dan sentiasa berdedikasi bagi membentuk pasukan yang mantap. Keputusan itu dipersetujui bersama dan bagi pihak PBNJ ingin mencari pendekatan taktikal yang berbeza.

hmetro.com.my

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.