Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 
Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Pedang siapa besar?


Pittsburgh: Dua lelaki yang cuba menyamun sebuah kedai menggunakan pisau panjang terpaksa melarikan diri dengan tangan kosong apabila penjaga kedai berkenaan mencabar mereka dengan pedang yang lebih besar seperti digunakan pahlawan kuno Cina.

Dalam kejadian Jumaat lalu yang dirakam CCTV kedai berkenaan, dua lelaki bertopeng menyerbu masuk kedai itu sebelum mengeluarkan pisau dan mengarahkan juruwang menyerahkan wang.

Namun, dua lelaki itu kemudian dilihat bergegas berlari keluar dari kedai apabila juruwang berkenaan mengejar mereka sambil memegang pedang besar.

Abang juruwang berkenaan, MC Hydare, berkata” “Saya hanya mahu beritahu mereka (perompak terbabit), jangan buat seperti ini. Kami boleh dapat wang dengan cara lain yang lebih baik, bukan seperti ini.

“Pergi cari kerja.” - BGR.com




Via

Tetak anak tak mahu makan sayur

Palembang: Kerana enggan memakan sayur yang dihidangkan, seorang ibu bertindak kejam apabila menetak anak kandungnya sendiri dengan menggunakan parang sehingga mati.

Kejadian Sabtu lalu itu berlaku ketika Lisma, 53, makan bersama anak lelakinya, Eman Wijaya, 12, di rumah mereka di kampung Tanjung Muning di Muara Enim dekat sini.

Lisma berang selepas Eman enggan memakan sayur yang dimasaknya.

Suspek kemudian mengambil parang dan menetak anak bongsunya itu beberapa kali sehingga mati.

Ketua polis Muara Enim, Nuryanto berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di belakang kepala, leher dan bahu.

“Wanita itu ditahan selepas beberapa jiran yang terlihat mayat mangsa terbaring berlumuran darah di bawah meja makan membuat laporan polis.

“Mereka masuk ke rumah wanita itu selepas mendengar jeritan suspek dan mangsa,” katanya. - Agensi

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/55116

Ditahan selepas siar video rompakan di Instagram

Virginia Beach (Amerika Syarikat): Seorang lelaki boleh dianggap sebagai penjenayah paling bodoh apabila dia ditangkap beberapa jam selepas memuat naik video dan gambarnya merompak sebuah bank di Instagram.

Dominyk Alfonseca, 23, memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia merompak sebuah bank di sini, minggu lalu.

Dia turut memuat naik nota untuk mengugut wang daripada kerani bank dan wang yang dirompaknya.

Alfonseca ditahan beberapa jam selepas rompakan berkenaan selepas polis mendapat maklumat daripada laman Instagram lelaki itu.

Lelaki itu yang ditemu bual sebuah stesen televisyen mengaku tidak bersalah kerana mendakwa dia bersopan ketika melakukan jenayah itu.

“Saya masuk ke bank berkenaan dan bercakap dengan sopan sambil memberikan nota itu kepada juruwang.

“Saya tidak membawa senjata atau menggunakan kekerasan dan juruwang itu memberikan wang kepada saya.

“Rompakan membabitkan unsur paksaan atau ugutan tetapi saya tidak melakukan perkara itu,” katanya.

Bagaimanapun, seorang jurucakap polis berkata, juruwang berkenaan terpaksa menyerahkan wang kepada Alfonseca kerana bimbang lelaki itu membawa senjata atau akan bertindak ganas.

Menurutnya, Alfonseca akan didakwa di mahkamah pada bulan depan atas tuduhan melakukan rompakan. - Agensi

Sumber

Tembak mati anak kerana migrain

Seorang bapa di Vancouver, Kanada, mengaku menembak mati isteri, anaknya dan kakaknya dalam satu status yang dimuat naik di laman Facebook.

Randy Janzen berkata dia membunuh anaknya, Emily, kerana susah hati dengan penyakit migraine yang dihidapi anak gadisnya itu.

Randy juga mengaku membunuh isterinya, Laurel, kerana menurut Randy, seorang ibu tidak patut mendengar berita kematian anaknya.

Manakala kakaknya, Shelly, dibunuh kerana Randy enggan kakaknya itu merasa bertanggungjawab atas jenayah yang dilakukannya.

Polis menyerbu rumah Randy sebaik sahaja status itu dimuat naik, namun Randy dilaporkan telah membunuh diri pada saat polis tiba.

Dalam status tersebut, Randy menyatakan Emily merupakan anak perempuan yang sangat baik namun terpaksa menderita kerana penyakit migrain.

"Emily adalah anak perempuan idaman mana-mana ibu bapa dan saya tak sanggup melihat dia sakit.

"Ini adalah keputusan saya sendiri dan saya bertanggungjawab di atas kematian ahli keluarga saya. Apa yang penting, mereka tidak lagi menanggung sakit dan malu," kata Randy.

Sumber

Lelaki berusia 33 tahun dirogol tiga perempuan


lelaki-berusia-33-tahun-dirogol-tiga-perempuan
Seorang lelaki telah diculik dan dirogol oleh tiga wanita yang mahu menyawakan semen lelaki berkenaan di Afrika Selatan.

Memetik laporan Metro.Uk, tiga wanita dalam kereta BMW berwarna hitam berhenti dan berlakon seolah – olah bertanyakan arah jalan kepada mangsa sebelum menculiknya .

Lelaki yang berusia 33 tahun itu kemudian bertindak untuk menyelamatkan diri tetapi tiga suspek tersebut dikatakan melalaikan mangsa dengan memaksa minum sesuatu dari botol.

Selepas itu, mangsa dirogol dan semennya diambil lalu disimpan dalam peti sejuk kotak.

Tiga wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan di tempat 500km jauh dari Bandar Port Elizabeth.

Menurut Konstabel Mncedi Mbombo, air minuman yang diberi itu telah merangsangkan lelaki tersebut walaupun dia masih takut dan tidak mahu melakukan hubungan seks.

Mbombo juga menyatakan bahawa perkara ini amat mengelirukan kerana mereka tidak pernah mendengar perkara sebegitu sebelum ini.

Sumber

Hukuman Penjara Kepada Orang Dah Mati

Thessaloniki (Greece): Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang lelaki yang sudah meninggal dunia kerana didapati bersalah mencuri elektrik.

Kejadian berlaku, selepas hakim tidak percaya bahawa tertuduh yang berusia 46 tahun itu meninggal dunia sebelum perbicaraannya berlangsung.

Peguam bela tertuduh, Christos Bakelas berkata, anak guamnya meninggal dunia pada 8 April lalu tetapi dia hanya dimaklumkan mengenai kematian lelaki itu sehari sebelum perbicaraan pada Selasa lalu.

“Saya meminta hakim supaya menangguhkan kes berkenaan sehingga saya dapat mengemukakan sijil kematian lelaki itu.

“Bagaimanapun, hakim enggan dan mensabitkan tertuduh dengan dakwaan mencuri serta menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan.

“Mahkamah juga mengeluarkan waran tangkap terhadap tertuduh kerana dia tidak hadir ke mahkamah,” katanya.

Kelar muka suami kerana tandas busuk


kelar-muka-suami-kerana-tandas-busuk
TOKYO, (MLP) - Seorang wanita didakwa menyerang suaminya dengan sebilah pisau kerana meninggalkan bau yang busuk selepas menggunakan tandas.

Memetik laporan AFP, pihak polis menyatakan bahawa bahawa Emi Mamiya ditahan kerana cubaan membunuh selepas mengelar muka suaminya itu dengan pisau.

Wanita yang dilaporkan tidak tahan dengan bau tandas itu mula menyerang suaminya dengan sebilah pisau kerana berang dengan perbuatan suaminya. 

Keadaan bertambah buruk apabila suaminya membantu anak lelaki mereka berusia 3 tahun untuk menggunakan tandas tanpa membasuh tangannya terlebih dahulu.
 

Bayi disimpan dalam laci 3 jam


bayi-disimpan-dalam-laci-3-jam BULAWAYO, (MLP) - Seorang pengasuh dipenjara 22 tahun selepas menyumbat bayi jagaannya berusia 10 bulan ke dalam laci kerana tidak berhenti menangis supaya dapat menonton televisyen.

Tertuduh, Violet Moyo, 22, didapati bersalah dengaan kematian mangsa yang disifatkan Hakim Mahkamah Tinggi Lawrence Kamocha sebagai ‘kejam dan tak berperikemanusiaan.’

Difahamkan, Violet selalu menjaga bayi lelaki itu ketika ibu bapanya keluar bekerja.

Lima jam selepas ditidurkan, bayi itu terjaga dan mula menangis dan Violet kemudian cuba menenangkan bayi itu.

Tetapi, bayi itu tidak berhenti menangis. Oleh kerana tidak tahan dengan tangisan bayi, Violet membungkus bayi itu dengan selimut lalu menyumbatnya dalam laci baju tersebut.

Dia kemudian menutup laci itu dan pergi menonton televisyen.

Selepas tiga jam, Violet mendapati bayi itu sudah tidak bernyawa.

Menurut Kamocha, mangsa tidak langsung menghiraukan tangisan bayi itu dan tindakan dia jelas menunjukkan niat untuk membunuh mangsa.

Kredit Gambar: Ingin hamil

Sumber

Mahkamah jatuhkan hukuman 200 sebatan kepada mangsa rogol


mahkamah-jatuhkan-hukuman-200-sebatan-kepada-mangsa-rogol
ARAB SAUDI, (MLP) - Seorang wanita yang menjadi mangsa rogol dijatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan serta 200 sebatan oleh Mahkamah Agung.

Memetik laporan portal PressTV, wanita berkenaan yang merupakan mangsa rogol beramai-ramai telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana berkongsi kepada para media mengenai jenayah yang telah berlaku ke atas dirinya.

Menurut media Iran itu, wanita terbabit dikatakan menaiki kenderaan seorang rakan lelaki sebelum dibawa ke sebuah kawasan terpencil.

Mangsa yang pada ketika itu berusia 19 tahun kemudiannya diperkosa oleh tujuh lelaki lain. Kejadian itu berlaku sekitar tahun 2006.

Sebelum ini, wanita itu telah dikenakan 90 sebatan kerana berada di dalam kereta bersama lelaki bukan muhrim.

Undang-undang Arab Saudi telah menetapkan bahawa wanita yang keluar di tempat awam haruslah ditemani oleh saudara lelaki pada setiap masa.

Nasib malang wanita berusia 28 tahun itu berterusan apabila peguam yang mewakilinya dilarang mengendalikan kes tersebut. Ia adalah kerana lesen peguam itu telah dirampas pihak mahkamah lantaran bertindak mendedahkan isi kandungan rayuan Mahkamah Agung kepada pihak media.

Walau bagaimanapun, sekumpulan lelaki yang merogol wanita itu hanya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Kredit gambar: ibtimes
 

Kemaluan pengacara lelaki 'dicuri'


kemaluan-pengacara-lelaki-dicuri
Seorang selebriti lelaki dari Rusia melalui detik yang menghairankan seketika bangun dari tidur.

Dmitry Nikolaev mendapati kedua-dua testikelnya hilang setelah bertemu seorang wanita berambut perang pada malam sebelumnya.

Penyampai TV berusia 30 tahun itu pada mulanya menghabiskan masa minum bersama wanita tersebut di sebuah bar sebelum menuju ke sauna untuk mandi bersama. Namun Dmitry dikatakan tidak sedarkan diri tidak lama selepas tiba di pusat merehatkan diri terbabit.

Pada keesokan harinya, pengacara yang sudah mendirikan rumahtangga itu mendapati dia tersedar dan berasa dalam kesakitan, manakala seluarnya pula dipenuhi darah.

Dmitry kemudiannya dikejarkan ke hospital dan dimaklumkan oleh para doktor bahawa buah zakarnya telah dicuri dalam satu proses yang melibatkan pembedahan, dijalankan oleh individu yang mahir dalam dunia perubatan.

Menurut polis, Dmitry mungkin diberikan dadah supaya tidak sedarkan diri.

Pengacara itu pada mulanya enggan dan malu untuk memberitahu perkara itu kepada isterinya namun dia tidak mempunyai pilihan.

Susulan kejadian itu, pihak polis kini sedang memburu sindiket penjualan organ berkenaan termasuk seorang doktor yang menjual organ tersebut di pasaran gelap.

Kredit gambar: lifenews
 

Arab Saudi hukum pancung lelaki hina Al-Quran


arab-saudi-hukum-pancung-lelaki-hina-al-quran
RIYADH, (MLP) - Mahkamah Islam Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah menghina agama Islam dan Al-Quran.

Memetik laporan akhbar Saudi Gazette pada Selasa lalu, lelaki berusia lingkungan 20-an itu memuat naik videonya mengoyakkan Al-Quran sebelum menghentak kitab suci agama Islam itu menggunakan kasut.

Lelaki yang namanya tidak didedahkan itu dikatakan turut menyebarkan video tersebut di laman sosial.

“Tertuduh didapati bersalah dan akan dikenakan hukuman pancung,” lapor akhbar berkenaan.

Arab Saudi mengamalkan ajaran Islam Sunni Wahabi yang tegas yang memberi kawalan sepenuhnya kepada sistem keadilan negara itu.

Menurut tafsiran Wahabi mengenai undang-undang Syariah Islam, rakyat yang murtad akan dikenakan hukuman mati. Mereka yang melakukan kesalahan agama yang lain seperti mengamalkan ilmu sihir, kekufuran dan mengkritik para Ulama’ Islam boleh dikenakan hukuman penjara.

Kumpulan hak asasi antarabangsa mengatakan sistem keadilan Arab mengalami kekurangan ketelusan dan proses yang sewajarnya.

Misalnya defendan sering dinafikan hak asas seperti perwakilan undang-undang dan hukuman boleh dikenakan sewenang-wenangnya.

Kerajaan Arab Saudi telah mengambil beberapa langkah untuk pembaharui sistem kehakimannya tetapi tetap menegaskan bahawa sistem asas yang diamalkan tetap adil.

Kredit gambar: newsweek
 

Dipenjarakan kerana mencuri 5 bungkus Nescafe


dipenjarakan-kerana-mencuri-5-bungkus-nescafe
KUALA LUMPUR, (MLP) - Seorang penggangur yang berusia 38 tahun,  telah dijatuhkan hukuman penjara kerana didapati bersalah mencuri 5 bungkusan kopi Nescafe.

Dia ditangkap ketika mencuri 5 bungkus Nescafe Classic yang berjumlah RM132 di sebuah pusat membeli-belah di sini pada jam 9 malam pada 19 Februari 2015. 

Dia hadir ke mahkamah tanpa diwakili oleh seorang peguam untuk kes ini. Dia mengaku bersalah untuk tuduhan tersebut dan berkata bahawa dia terpaksa bertindak demikian atas keadaan terdesak terpaksa menyara anaknya yang masih bersekolah. Mahkamah telah mengarahkan hukumannya dijalankan bermula dari tarikh dia ditangkap. 


Kredit Foto: Black Gold Movie


 


Wanita sembunyikan TV LED di dalam sari!


wanita-sembunyikan-tv-led-di-dalam-sari
DELHI, (MLP) - Kes kecurian di kedai pakaian adalah sesuatu yang berlaku dengan kerap tetapi kumpulan pencuri ini amat berbeza. 
Modus operandi mereka ini unik di mana para lelaki akan mengalih perhatian pekerja di dalam kedai manakala wanita-wanita pula akan mencuri komputer dan juga television LED dengan menyembunyikannya di dalam sari mereka.
Kemudiannya, mereka akan beralih ke kawasan yang lain sebelum berita tentang kecurian mereka tersebar. Pihak polis di sini tergamam dengan wanita-wanita yang mencuri ini kerana mereka masih belum pasti akan cara mereka dapat membawa keluar dan mengangkat barangan yang berat di antara paha mereka.
Kumpulan ini telah berjaya melakukan 3 kecurian di kawasan yang berbeza hanya dalam masa 3 jam!




Kredit Foto: Daily Bhaskar

Sumber

Gali kubur demi selfie dengan mayat ibu


gali-kubur-demi-selfie-dengan-mayat-ibu
BEIRUT, (MLP) - Seorang lelaki membuat tindakan luar waras apabila menggali kubur ibunya demi untuk mendapatkan gambar selfie dengan mayat ibunya yang sudah berbulan meninggal dunia itu.

Lelaki yang dikenali sebagai Deab itu bekerja sebagai penggali kubur.

MBC TV Channel menemuramah lelaki itu dan menjemput pakar psikiatri untuk memberi keterangan mengenai kes berkenaan.

Bagaimanapun, Deab kelihatan normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda masalah mental.

Deab memberitahu dia gemar menghabiskan masa di tanah perkuburan kerana suasana di situ membuat perasaannya tenteram dan bahagia berada bersama orang yang sudah mati.

Dia juga mengakui sudah mengambil banyak gambar selfie bersama rangka manusia di tanah perkuburan tetapi hanya gambar bersama mendiang ibunya yang disimpan. 
 

Lelaki bunuh dan makan kawan karib


lelaki-bunuh-dan-makan-kawan-karib
WALES, (MLP) – Seorang lelaki mati ditembak senjata pemegun semasa ditahan atas kesalahan membunuh lalu memakan seorang wanita minggu lalu.

Matthew Williams pernah dipenjara selama dua tahun kerana mencederakan teman wanitanya dahulu. Selepas dua minggu bebas, lelaki berusia 24 tahun itu tinggal di rumah perlindungan banduan Sirhowy Arms di Argoed.

Pada malam kejadian, pengurus tempat berkenaan iaitu Mandy Miles mendakwa dia terdengar suara jeritan dari bilik Matthew lantas bergegas ke sana.



Wanita itu terkejut apabila menjumpai bekas banduan itu sedang melahap mata seorang gadis yang terbujur kaku dan dipenuhi darah.

“Dia kelihatan seperti tidak tahu apa yang dilakukannya. Sudah pasti gadis itu telah mati lantas saya terus menghubungi polis,” ujar Mandy.

Polis yang tiba di lokasi jenayah menyuruh Matthew membuka pintu bilik tetapi suspek tidak mematuhi arahan terbabit. Pihak berkuasa lantas memecah masuk lalu terkesima melihat perlakuan ngeri tersebut.

Suspek telah ditembak dengan senjata pemegun semasa ditahan namun dia dilaporkan tidak bertindak balas dan diisytihar meninggal dunia tidak lama kemudian.


Mangsa dikenalpasti sebagai Cerys Yemm, meninggal dunia kerana kecederaan dalaman. Menurut hasil siasatan polis, gadis berusia 22 tahun itu merupakan kenalan rapat Matthew yang dikenali sejak kecil.

Kredit gambar: sickchirpse, hogmaul, telegraph
 

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.