Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 
Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

FUNGSI TOMBOL WINDOWS PADA KEYBOARD ANDA

FUNGSI TOMBOL WINDOWS

1. Kalau kamu mau meninggalkan mejamu sebentar, kamu bisa menekan tombol Windows dan tahan kemudian tekan L, dengan begini layar kamu akan terkunci dengan sendirinya, tidak perlu khawatir ada yang menyalahgunakan komputermu.

2. Ketika mau cari dokumen, orang biasa akan membuka "my computer". Bagi professional, dia akan menekan tombol windows+E, dan kamu akan langsung masuk ke PC Manager.

3. Bos kamu datang ketika kamu main game! Bagaimana? Jangan gegabah! Langsung tekan windows+D, kamu akan langsung masuk ke dekstopmu!

4. Trik – trik yang mewah, tekan windows +tab, layar kamu akan terganti menjadi 3D

5. Alat perekam di dalam windows. Tekan saja windows+R dan ketik psr.exe, setelah itu kamu bisa langsung memulai rekaman.

6. Windows +R dan masukan osk, layar kamu akan muncul keyboard virtual!

7. Gambar / tulisan di layar terlalu kecil, tekan windows ditambah "+" atau"-" ,dan kaca pembesar akan muncul di layar, kamu bisa memperbesar atau memperkecil gambar di layar!

8. Sekarang ini computer kita banyak program, contohnya ID, dan kita akan membuka banyak halaman di browser kita. Dengan ctrl+Tab, kamu bisa menukar halaman di browsermu. Dan tekan ctrl+w, kamu bisa langsung menutup halaman yang sedang dibuka.

9. Ctrl+Esc memunculkan layar Start

10. alt+space+c menutup halaman yang sedang dibuka.

Semoga Bermanfaat.

Mesin ATM guna pengimbas muka

Beijing: Penyelidik di China berjaya mencipta mesin pengeluaran wang automatik pertama di dunia yang menggunakan teknologi mengimbas muka.

Menurut sumber, mesin berkenaan direka dan dihasilkan penyelidik di Universiti Teknologi Tsinghua dan Tzekwan dan dipamerkan kepada orang ramai baru-baru ini.

Ia ATM pertama dibina dengan ciri pengecaman muka yang berada di pasaran ketika ini.

Mesin berkenaan dilengkapi kamera yang akan mengimbas imej wajah dan membandingkannya dengan gambar pengenalan diri serta dihubungkan dengan bank dan pejabat polis tempatan.

Pengimbas muka itu adalah langkah keselamatan tambahan di samping kata laluan atau nombor pengenalan peribadi yang diperlukan untuk mengakses akaun bank.

Penyelidik mendakwa mesin itu mampu mengesahkan pemegang kad walaupun riak wajah mereka berubah.

Sebahagian komponen ATM yang digunakan di China ketika ini diimport, tetapi mesin baru ini dibuat 100 peratus di negara itu. - Agensi -

Sumber at: http://www.hmetro.com.my/node/55537

Selfie tertinggi Malaysia

Perbuatan selfie bukan dikategorikan sebagai salah, tetapi semakin lama, ramai yang melangkah satu tahap ke depan dengan aksi selfie yang berbahaya.

Bagi, juruteknik syarikat penyedia akses tali industri, Ropequest Sdn Bhd, Adam Tun Tuah, 23, foto selfie beliau dan lima rakannya yang menjadi ‘viral’ di Internet selepas berada di puncak Menara Kuala Lumpur (KL) setinggi 421 meter dari aras laut menjadi pengalaman bermakna sepanjang bekerja.

“Kami mengambil masa hampir sejam untuk tiba ke puncak. “Langkah pertama ialah dengan menggunakan lif sehingga aras dipanggil TH06 kemudian menggunakan tangga sehingga aras TH11 sebelum mula memanjat antena di luar,” katanya.

Beliau berkata, cabaran bermula apabila berada di kawasan antena luar dengan beliau dan beberapa rakan mula memanjat tangga dalam tiang yang disifatkan sebagai ‘confine space’.

“Ruang terbabit memang muat-muat badan saja, oleh itu siapa yang mempunyai masalah klaustrofobia atau cepat panik memang sukar melakukan kerja ini,” kata Adam yang turut disertai Mohd Ashraf Fakhruddin, Ayen Mahidin, Shahrul Rizam, Saleh Mokhtar, Shamsul Idzwan Shamsuddin dan Ikhwan Abdul Rashid.

Katanya, beberapa kamera jenis GoPro digunakan bagi merakam detik menyelenggara puncak terbabit memandangkan ia pengalaman yang sukar dilepaskan.

 “Setiap daripada kami mempunyai GoPro atau satu lagi kamera, SJCam4000 yang boleh dilekatkan di helmet keselamatan dan mudah dipegang,” kata Adam.

 Adam memaklumkan, beliau dan rakan tidak menggunakan ciri khas bagi merakam gambar apabila kamera sedia ada sudah lengkap dengan kaedah gambar diperlukan iaitu jenis ‘fish eye’ dan pemandangan yang luas.

Peluang berada di puncak terbabit membolehkan rakaman selfie dirakam memandangkan hanya individu seperti Adam saja yang berkemampuan untuk berada hampir dengan awan tanpa rasa takut.

“Gayat memang gayat dan perasaan terbabit tidak akan hilang cuma kami perlu lawankan saja perasaan terbabit.

“Sebabnya, apabila kita berada di atas, anda tidak boleh bergerak terlalu kasar yang mengakibatkan antena terbabit bergoyang.

“Sistem anti gempa bumi yang dipasang juga boleh menyebabkan kita merasai badan seakan bergoyang terutama apabila angin kuat jadi anda perlu mempunyai ketahanan kental,” katanya.

Katanya, meskipun pemandangan jauh hanya kelihatan berwarna putih, ia sudah cukup mengagumkan. “Kami boleh melihat Batu Caves, Menara Rebung dan pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang jelas kelihatan. “Sebelum ini saya sudahpun berada di puncak Menara Berkembar Petronas tetapi Menara KL lebih tinggi memandangkan ia dibina di atas bukit,” katanya.

Ropequest berpengalaman dalam penyediaan akses kepada tali industri dan penyelenggaraan bagi kerja yang memerlukan skil ting­gi.

Rakaman selfie paling tinggi setakat ini mungkin diperoleh jurugambar warga Britain Gerald Donovan yang memilih lokasi menakjubkan untuk merakam selfie pertamanya Burj Khalifa di Dubai bangunan tertinggi di dunia. Donovan, 47, merakam gambar luar biasa dirinya untuk menyiapkan projek 360 Dubai.

Projek itu membenarkan sesiapa saja melawat bandar itu secara interaktif. “Saya tidak gemar berselfie. Seingat saya, ini kali pertama saya melakukannya. Tambahan pula, ia peluang terbaik untuk dilepaskan,” katanya.

Donovan yang berasal dari Cheltenham dan bekerja di Emiriah Arab Bersatu sejak tujuh tahun lalu, menggunakan kamera panoramik khas yang dikawal oleh aplikasi iPhone untuk merakam gambarnya pada ketinggian 830 meter.

Dubai 360.com yang dilancarkan pada Januari lalu membolehkan pengguna ‘melancong’ ke seluruh Dubai dengan hanya menyentuh butang dan ia termasuk pemandangan panoramik 36 jam dari puncak Burj Khalifa.

“Penonton boleh berinteraksi menerusi video, menentukan sendiri arah mana mereka hendak melihat, termasuk mengezum dekat dan jauh bagi meneliti sesuatu dengan lebih terperinci. “Matlamatnya ialah untuk memperkenalkan Dubai kepada seluruh dunia dan membenarkan mereka meneroka bandar itu walau di mana mereka berada. “Dengan menontonnya menerusi Internet, orang ramai dapat merasakan seolah-olah mereka mengelilingi Dubai secara lebih dekat,” katanya.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/53836

Disney larang guna selfie stick

Dikhabarkan, taman tema permainan terkemuka, Disney World di Amerika Syarikat sudah pun menguatkuasakan larangan penggunaan ‘selfie stick’ di taman tema tersohor itu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut TIME.com, selfie stick tidak dibenarkan digunakan untuk permainan lasak seperti Big Thunder Mountain Railroad dan Space Mountain, malah lebih ekstrem pihak pengurusan akan menghentikan operasi permainan itu sekiranya pekerja yang bertugas mendapati terdapat pengguna tidak mematuhi arahan larangan berselfie.

Disney World bukan organisasi pertama yang menghalang penggunaan selfie stick. Sebelum ini beberapa lokasi tumpuan pelancong, festival muzik dan acara sukan terkenal sudah pun membuat larangan sama.

Rata-rata peminat taman tema Disney tidak membantah larangan ini memandangkan mereka berasakan perbuatan mengambil gambar meng­gunakan selfie stick ketika menaiki tunggangan laju adalah berbahaya.

Selain berada di atas tunggangan, penggunaan selfie stick di sekitar taman tema masih dibenarkan.

Belum ada pengesahan sekiranya arahan sama akan dikeluarkan terhadap semua taman tema Disney lain di seluruh dunia. -

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/55343

Gambar realiti maya dan dron taruhan terbaru GoPro


gambar-realiti-maya-dan-dron-taruhan-terbaru-gopro
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat GoPro, Nick Woodman mengumumkan hala tuju syarikat kamera itu yang semakin mendapat tempat di seluruh dunia.

Kamera dengan gambaran realiti maya serta teknologi dron adalah antara taruhan terbaru GoPro.

Pada persidangan media dan teknologi Recode yang berlangsung semalam, Nick memperkenalkan Six-Camera Spherical Array.

Kamera istimewa yang kelihatan seperti bola itu memuatkan enam kamera GoPro Hero4.

Gambar dan video yang dirakam boleh ditukarkan menjadi gambaran realiti maya melalui teknologi dari perisian Kolor.



“Ia merupakan satu perkara yang menakjubkan apabila berupaya melihat dunia dari perspektif yang baru,” ujar Nick apabila ditanya hos, Kara Swisher.

Kolaborasi ini menjadi nyata selepas GoPro mengambil alih pengurusan syarikat Kolor pada April lalu.

6 kamera bersusunan sferikal itu bakal menemui pasaran pada penghujung tahun ini.

Nick turut menyatakan bahawa GoPro  juga sedang mengusahakan teknologi dron, yang bakal dikeluarkan sekitar pertengahan tahun 2016.

“Apa yang dikecapi menerusi lensa kami, turut dilihat sebagai satu peluang yang luas di pasaran dunia. Sememangnya kami teruja dengan rancangan terbaru ini,” tambahnya.

Kredit gambar: Twitter
 

SMS misteri boleh merosakkan sistem iOS?


sms-misteri-boleh-merosakkan-sistem-ios
  Satu trend gurauan baru kian menular di kalangan pengguna media sosial.

Gejala eletronik itu berkaitan dengan sebuah kiriman mesej melalui sistem pesanan ringkas atau SMS. Pesanan yang dimaksudkan boleh memberi kesan terhadap pengguna platform iOS.

Mesej yang popular dipanggil 'effective power' ini mengandungi gabungan beberapa perkataan arab dan simbol lain.

Apabila dihantar ke telefon pintar iPhone yang menggunakan sistem iOS 8 dan keatas, ia akan menyebabkan peranti itu dihidupkan semula secara automatik.

Salah satu cara untuk menghalang perkara itu daripada terjadi adalah dengan menutup notifikasi SMS.

Walau bagaimanapun, gurauan itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan kepada sistem fungsi telefon.

Laman Twitter pula dipenuhi pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyukai gurauan eletronik itu.



Kredit gambar: sickchirpse

Sumber 

Manusia goyang kaki

Peranti elektronik akan mengambil alih manusia untuk menjadi pengguna Internet paling besar dalam dunia baru yang membabitkan sensor elektronik, rumah pintar dan tanda atau tag yang mampu mengesan tabiat dan pergerakan pengguna.

Revolusi teknologi masa depan akan menyaksikan manusia, perkakasan elektronik, objek dan pangkalan data berhubungan dalam masa sebenar melalui Internet.

Dalam dunia masa kini, kita menuju ke era baru yang nyata dengan menyaksikan Internet akan muncul sebagai kuasa utama pelbagai penggunaan sedangkan manusia hanya menjadi minoriti.

Fiksyen sains secara perlahan menjadikan fakta sains itu ke dalam ‘Internet of Things’ atau Internet (IoT) atau Internet untuk segalanya berasaskan sambungan sistem rangkaian yang sentiasa wujud.

Dunia kini menghasilkan kepintaran dengan menyaksikan objek seakan-akan hidup yang membolehkannya berkomunikasi dengan sistem rangkaian.

Perkakasan rumah yang dikawal secara jauh oleh komputer kini sudah wujud selain kereta prototaip dengan sensor mengelak kemalangan manakala telefon pintar boleh digunakan sebagai tiket kapal terbang.

Salah satu ciri IoT paling dekat pastinya gabungan mesin dan kerja rumah seperti membasuh pakaian yang mula diterokai syarikat pengeluar barangan elektrik.

Memandangkan aktiviti dobi sudah menjadi kewajipan namun mungkin satu tugas yang membosankan bagi sesetengah orang dan boleh menjadi beban kepada jadual sibuk anda memerlukan inovasi baru melalui IoT.

Memperuntukkan masa untuk memasukkan pakaian, menunggu pusingan habis, tempoh ‘spin’ dan mengeluarkannya dari mesin basuh sebelum menggeringkannya pasti memenatkan dan kadang-kadang membuatkan kita hilang masa begitu saja.

Nasib baik sesetengah pengeluar mesin basuh seperti Samsung mencipta mesin basuh pintar yang mudah dikawal menggunakan aplikasi pada telefon pintar anda.

Ia sekali gus membolehkan pengguna untuk memulakan dan menghentikan kitaran aktiviti basuhan hanya dengan mengklik butang maya dari telefon pintar mereka.

Mesin sama membolehkan anda melaksanakan tugas lain ketika mesin mengendalikan pakaian. Mesin ini mempunyai pelbagai ciri yang membolehkannya untuk mengendalikan dobi pengguna dengan cara yang lebih baik.

Gelaran Pintar
Kebanyakan produk IoT hanya dipacu dengan cip kecil sebesar ibu jari tetapi memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.

Intel misalnya menjadikan IoT sebagai salah satu cabang perniagaan yang penting memandangkan menjangkakan produk masa depan berupaya menerima gelaran pintar apabila dapat berkomunikasi, berinteraksi malah memberi maklum balas antara satu sama lain.

Kebanyakannya diproses melalui sistem perkomputeran ‘cloud’. Bayangkan ketika Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2015 di Las Vegas, Amerika Syarikat awal tahun ini, banyak syarikat mempamerkan produk IoT mereka.

Contohnya, BMW yang mempertontonkan kenderaan elektrik mereka yang dapat dikawal dari jam tangan pintar Samsung Gear S.

Bagi memacu pengeluaran produk IoT, Intel sendiri mengambil inisiatif menghasilkan produk dan sistem berkaitan apabila mempamerkan produk prototaip mereka seperti Intel Edison iaitu sistem komputer lengkap yang boleh beroperasi sendiri dengan saiz hanya sebesar kad memori SD.

Edison boleh dimuatkan ke dalam prototaip Intel Galileo untuk memberi lebih banyak fungsi. Selain itu, Intel mempamerkan Compu­stick, sistem komputer lengkap dalam bentuk pemacu USB yang boleh disambung pada skrin dan monitor kemudiannya terus beroperasi seperti komputer biasa.

Google juga menjadikan IoT sasaran baru mereka. Ia dapat dilihat dengan penghasilan kereta Google yang berjaya memenangi hak cipta paten kereta tanpa pemandu sepenuhnya di Amerika Syarikat.

Kecanggihan dan keunikan kereta ini terletak pada keupayaan sistem perisian yang dibantu dengan aplikasi sambungan Internet.

Kenderaan dilengkapi dengan pengesan laser pengimbas 360 darjah dalam radius 183 meter untuk mendapatkan pemetaan 3D sekeliling dan kemudiannya bergerak sendiri apabila destinasi sudah ditetapkan menerusi sistem kedudukan pengesan global (GPS) dan sistem keselamatan lain yang diaktifkan.

Radar akan mengesan kelajuan kenderaan di hadapan manakala satu unit pemprosesan berkeupayaan tinggi akan menilai aktiviti pergerakan kereta Google dan kenderaan lain.

Unit pengesan yang diletakkan pada bahagian depan setiap tayar akan memastikan pergerakan kenderaan seiring dengan maklumat aktiviti kenderaan lain serta had laju di sesuatu kawasan.

Setiap unit kenderaan Google ini akan dilengkapi perisian dan jaringan Internet berkelajuan tinggi.

Perkakasan

Aktiviti kenderaan lain akan dikongsi bersama dalam satu sistem mewujudkan jaringan perhubungan antara kenderaan lain. Ini membolehkan hala tuju kenderaan, kelajuan dan kedudukan kenderaan dapat dikenal pasti.

Disebabkan IoT kini menjadi semakin sinonim dengan semua perkakasan pengguna masa kini yang berhubung dengan Internet, ia sekali gus mendekatkan pengguna dengan perkakasan tanpa memerlukan sentuhan fizikal.

Kemunculan peranti, perkakasan dan bandar pintar semakin banyak diperkatakan masyarakat kini dan turut digerakkan inisiatif kerajaan.

Untuk memudahkan penghasilan, penyediaan dan pelaksanaan IoT kepada masyarakat umum, satu model rujukan ‘point to point’ yang menggabungkan perhubungan dan keselamatan pada IoT perlu dibangunkan.

Berdasarkan sistem terbabit, inovasi dapat dibawa ke pasaran umum dengan lebih pantas manakala kerumitan sistem dapat dikurangkan dan menjadi semakin mudah untuk dilaksanakan berulang kali.

Sebagai contoh, syarikat hartanah Rudin Management di New York mengembangkan perkhidmatan mereka menggunakan sistem tenaga pintar pada bangunan mereka.

Dalam setahun, mereka mampu menjimatkan lebih RM3.6 juta apabila IoT membantu mereka berubah dari syarikat hartanah kepada syarikat teknologi pintar hartanah terutama berkaitan kawalan seperti penggunaan elektrik dan sebagainya.

IoT akan merubah apa anda lihat sekarang dalam tempoh kurang dua tahun. Ia sudahpun dilihat secara prototaip dan produk sebenar melangkaui industri seperti peralatan elektrik, rumah pintar, kilang pintar, perubatan pintar, tempat letak kereta pintar, jalan pintar dan bermacam lagi.

Ia dibantu dengan penggunaan pelbagai sensor dan peranti yang berhubung ke cloud melalui Internet, memproses data yang diterima dan menghantar semula data diproses.

Menariknya, semua proses ini boleh diselia melalui pelbagai peranti yang digunakan pengguna biasa.
Hanya satu saja persoalan kepada masyarakat, adakah kita sudah bersedia dengan ledakan IoT nanti?

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/52227

Serangan APT aktif

Ancaman ‘online’ yang semakin kompleks seharusnya membuka mata ramai pihak meskipun pelbagai kaedah cuba dilaksanakan bagi membendung masalah terbabit daripada terus menjadi duri yang menghantui pengguna.

Namun, penjenayah siber kini beralih arah de­ngan bukan saja mencuri wang dari perbankan online, mengeksploitasi kad kredit dan sebagainya tetapi mula menyasarkan data lebih besar yang berharga kemudian dijual semula kepada pihak lain.

Ia dikesan dalam sejenis serangan jenis APT atau Advanced Persistent Threats yang menunjukkan keupayaan mereka dalam menggunakan teknologi canggih dan pel­bagai kaedah serta vektor untuk mencapai sasaran tertentu.

Salah satu serangan jenis APT terbaru ialah Hellsing yang muncul aktif pada tahun lalu dan
dijangka terus berleluasa tahun ini.

Agensi keselamatan, Kaspersky Lab merekodkan kes luar biasa dan jarang berlaku yang mana satu penjenayah siber me­nyerang penjenayah lain bagi mendapatkan maklumat.

Pada 2014, Hellsing menjadi taktik kumpulan perisikan siber kecil dan tidak begitu hebat dari segi tek­nikal yang kebanyakan sasarannya adalah organisasi kerajaan dan diplomatik di Asia termasuk
Malaysia menjadi mangsa serangan ‘spear-phishing’.

Ia dilakukan satu lagi dalang ancaman yang kemudian­nya menyerang balas.

Namun paling menakutnya, ancaman Hellsing turut membabitkan pengguna yang kebanyakannya bekerja di agensi kerajaan atau diplomatik.

Misalnya, sebuah e-mel akan dihantar kepada pegawai tertentu dengan meminta individu terbabit menyemak dokumen yang diberikan.

Dalam satu kes, pegawai terbabit membalas e-mel itu dengan meminta pengesahan dokumen namun proses balas membalas e-mel mengakibatkan satu virus ditanam dalam komputer beliau.

Ancaman Hellsing me­ngakibatkan pindah turun dokumen yang meragukan mengandungi virus kecil yang sukar dikesan.

Tujuannya hanyalah maklumat peribadi yang biasa didapati dalam kerajaan seperti nombor cukai, e-mel, data peribadi dan sebagainya.

Sekali gus, ia boleh menjurus kepada pendedahan kata laluan tertentu atau fail sulit yang tidak sepatutnya dibawa keluar dari bangunan kerajaan.

Kaspersky Lab percaya ia mungkin menjadi tanda kemunculan trend baru dalam kegiatan jenayah siber APT.

Agensi terbabit me­ngesan dan menghalang perisian hasad Hellsing di Malaysia, Filipina, India, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, agak membimbangkan apabila kebanyakan mangsa datang dari Malaysia dan Filipina. Penyerang juga bersikap memilih mangsa dan hanya menyasar entiti kerajaan dan diplomatik.

Ketua Penyelidik Keselamatan Kaspersky Lab Pasukan Penyelidikan dan Analisis Global (GReAT), Vicente Diaz berkata analisis lanjut terhadap dalang ancaman Hellsing mendedahkan jejak e-mel spear-phishing dengan lampiran hasad yang ditugaskan untuk menyebar luas perisian intipan.

“Ia bertujuan untuk menyebarkannya seperti rantaian dalam kala­ngan organisasi berlainan,”
katanya.

Menurutnya, sebaik saja mangsa membuka lampiran hasad, sistem pengguna terbabit akan dijangkiti oleh ‘custom backdoor’ yang mampu memindah turun dan memindah naik fail, mengemaskini dan menyahpasang dirinya sendiri.

“Pemerhatian Kasper­sky Lab mendapati jumlah organisasi yang disasar oleh Hellsing menghampiri 20 organisasi,” katanya.

Penemuan terbabit dibuat pakar Kaspersky Lab ketika menyelidik kegiatan Naikon iaitu satu kumpulan perisikan siber yang menyasar organisasi di rantau Asia Pasifik.

Pakar menyedari salah satu sasaran Naikon me­ngesan cubaan untuk menjangkiti sistem­nya dengan e-mel ‘spear-phishing’ yang membawa lampiran hasad.

“Sasaran terbabit bertanyakan penghantar mengenai ketulenan e-mel terbabit namun apabila tidak berpuas hati dengan jawapan yang diterima, sasaran terbabit tidak membuka lampiran dan tidak lama kemudian, sasaran memanjangkan satu e-mel kepada penghantar yang mengandungi perisian hasad milik sasaran terbabit sendiri.

“Tindakan ini mencetuskan siasatan dan membawa kepada penemuan kumpulan APT Hellsing,” katanya.

Kaedah serang balas menunjukkan Hellsing mahu mengenal pasti kumpulan Naikon dan memungut risikan terhadapnya.

“Cubaan menyasar kumpulan Naikon oleh Hellsing dalam satu bentuk serangan penuh dendam ala filem ‘Empire Strikes Back’ memang amat menarik kerana sebelum ini, kami pernah melihat kumpulan APT memangsakan antara satu sama lain secara tidak sengaja sambil mencuri buku alamat daripada mangsa.

“Kemudiannya menghantar e-mel secara besar-besaran kepada semua hubungan dalam setiap senarai, bagaimanapun melihat kepada sasaran dan punca sera­ngan, contoh ini mung­kin lebih kepada sera­ngan sengaja APT ke atas APT,” kata Diaz.

Untuk melindungi daripada serangan Hellsing, Kaspersky Lab mengesyorkan amalan keselamatan asas seperti berikut:

1. Jangan buka lampiran yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali
2. Berwaspada dengan arkib yang dilindungi kata laluan yang mengandu­ngi SCR atau fail-fail boleh laku lain di dalamnya
3. Jika ragu-ragu me­ngenai sesuatu lampiran, buka di dalam ‘sandbox’
4. Pastikan anda memiliki sistem pengoperasian moden dengan kesemua tampung telah dipasang
5. Kemaskini semua aplikasi pihak ketiga seperti Microsoft Office, Java, Adobe Flash Player dan Adobe Reader.

Sementara itu, Ketua Penyelidik Keselamatan Kaspersky Lab Vitaly Kamluk berkata, jenayah siber kini mengeksploitasi bencana berdasarkan sumber bacaan pengguna di Internet.

“Apabila berlaku bencana, sudah pasti kita terlalu teruja untuk membuka mana-mana berita berkaitan sehingga me­ngakibatkan sistem keselamatan terjejas,” katanya.

Ancaman jenis APT yang menunjukkan keupayaan mereka dalam menggunakan teknologi canggih dan pelbagai kaedah serta vektor untuk mencapai sasaran tertentu. Ia lebih kepada mendapatkan maklumat sensitif atau rahsia. Contoh paling mudah pastinya Gauss.

Pada 2013, sasaran APT tertumpu kepada sistem perkomputeran cloud peng­guna yang popular seperti laman sosial selebriti dan tokoh politik.

Kebanyakan penganalisis belum yakin kaedah yang bakal dilakukan. Bagaimanapun, selepas penyerang mendapat maklumat yang diperlukan, mereka akan meghapuskan ‘malware’ secara senyap daripada peranti sasaran sebelum mangsa menyedari laman mereka sudah diserang.

Lebih-lebih lagi, individu yang mendapati mereka menjadi mangsa APT berkemungkinan tidak akan melaporkan sera­ngan kepada media.

Serangan ini pada mulanya akan menjejaskan individu dan bukan prasarana kritikal, kerajaan atau syarikat awam yang menyasarkan jenis maklumat berbeza.

Penyerang akan mencari maklumat yang mereka boleh manfaatkan untuk kegiatan jenayah seperti memeras ugut atau mengancam untuk membocorkan maklumat itu melainkan jika pembayaran dilakukan individu ternama.

Ancaman APT jenis Naikon yang mengeksploitasi kes seperi Germanwings atau MH370 dan ia sangat aktif di Asia.

Serangan Naikon aktif di lapan negara termasuk Malaysia, Filipina, Kemboja, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Singapura dan Nepal.

Bagaimana ia mengeksploitasi laptop atau telefon pintar anda? Naikon akan menghantar satu e-mel yang kelihatan seperti e-mel biasa terutama kepada agensi tertentu dengan lampiran fail dalam bentuk ‘.doc’.

Fail terbabit seakan-akan fail senarai tertentu, namun di dalamnya sudah dilampirkan dengan virus untuk me­ngintip anda. Lebih memburukkan keadaan, jika pengguna membalas e-mel terbabit, ia juga akan mengaktifkan perisian berniat jahat dalam komputer.

APT ditakrifkan berdasarkan keupayaan ancaman mereka dalam menggunakan teknologi canggih dan pelbagai kaedah serta vektor untuk mencapai sasaran tertentu yang bertujuan mendapatkan maklumat sensitif atau dirahsiakan.

Selepas penyerang mendapat maklumat yang diperlukan, mereka akan menghapuskan [malware’ secara senyap daripada peranti sasaran sebelum mangsa menyedarinya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50609

Cara Switzerland ajar pengguna telefon pintar


cara-switzerland-ajar-pengguna-telefon-pintar Berjalan sambil memegang telefon, tidak kisah menaip mesej, mendengar muzik mahupun melayari laman-laman sosial melalui telefon. Itu pemandangan biasa di jalanan hari ini.

Biarpun sudah mengetahui bahaya tindakan sebegitu, namun ramai yang masih mengambil sikap tidak peduli. Hakikatnya, kemunculan telefon pintar menjadikan manusia lebih acuh tak acuh dengan apa yang berlaku di sekitar mereka.

Menyedari hal ini, Switzerland mengambil langkah drastik dengan melancarkan kempen menerusi iklan untuk memupuk kesedaran tentang keselamatan pejalan kaki.

Iklan yang agak mengerikan itu disiarkan di televisyen hasil kerjasama pihak berkuasa setempat, BPA dan Touring Club Suisse serta Hospital Universiti Lausanne.

Ia akan disusuli dengan pengedaran poster serta kuiz yang menawarkan hadiah lumayan.

Di Switzerland, dianggarkan 1,100 orang mengalami kecederaan akibat kurangnya perhatian ketika berjalan di jalanan.

Saksikan videonya di bawah:



Sumber

Nokia 150 tahun: 7 fakta anda tidak tahu


nokia-150-tahun-7-fakta-anda-tidak-tahu Mungkin ramai yang tidak tahu, semalam 12 Mei 2015, merupakan ulang tahun ke 150 syarikat pengeluar telefon terkemuka, Nokia.

Sempena memperingati antara jenama telefon paling tua di dunia ini, kami kongsikan beberapa fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang Nokia.

1. Nokia bukan bermula sebagai pengeluar telefon bimbit. Sebelum telefon bimbit, Nokia terlebih dahulu mengeluarkan kertas, but getah dan tayar kereta.

2. Nada dering Nokia (Nokia tune) diinspirasikan dari petikan gitar bertajuk Gran Vals, dimainkan oleh Francisco Tartego, dan diterbitkan pada kurun ke 19.

3. Nama Nokia datang dari nama Sungai Nokianvirta, Finland, di mana kilang yang pertama didirikan pada tahun 1865.

4. Pengasas syarikat Nokia ialah Knut Fredrik Idestam.

5. Nokia mula membina peralatan komunikasi bermula era 1960an.

6. Telefon pintar pertama adalah dari jenama Nokia, iaitu Nokia 8110, seperti yang anda lihat digunakan Keanu Reeves dalam filem The Matrix. Ia menawarkan perkhidmatan internet melalui WAP (Wireless Application Protocol).

7. Nokia 1110 adalah jenama Nokia paling laris jualannya, dengan jumlah jualan sekitar 250 juta. Ia dikeluarkan pada tahun 2005.

Sumber

Bila Najib cuba How-Old.net


bila-pm-cuba-how-old-net
Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memuat naik status telah mencuba permainan How-Old.net, banyak reaksi kelakar dari netizen dapat dilihat.

Lebih melucukan apabila keputusan yang diperolehi Perdana Menteri adalah 46 tahun, jauh menyimpang dari usianya yang sebenar iaitu 61 tahun.

Ramai yang mengganggap sikap 'sporting' Najib adalah sesuatu yang patut dipuji, namun ada juga bersikap sinikal.

Ianya bermula dengan tweet ini.



Lihat sahaja tweet-tweet yang dipaparkan ini. Pelbagai reaksi boleh dilihat, kebanyakannya terhibur melihat Najib mencuba permainan tersebut.







Nampaknya, PM kita memang awet muda ya?

Sumber

Ibu buta melihat anak kali pertama dengan bantuan imej 3D


ibu-buta-melihat-anak-kali-pertama-dengan-bantuan-imej-3d Setiap pasangan yang bakal menjadi ibu bapa akan mengalami masa yang istimewa sebelum melihat anak mereka buat kali pertama.

Walaupun  kegembiraan sebegini tidak sebegitu menyebelahi pasangan yang buta tetapi dengan kecanggihan teknologi, mereka kini turut boleh merasai kegembiraan yang tidak ternilai itu.

Video yang diterbitkan oleh Huggies Brazil ini menceritakan kisah benar seorang wanita Brazil buta yang hamil, Tatiana Guerra.

Dia difahamkan kehilangan penglihatan pada usia 17 tahun.

Video berdurasi 4 minit itu bermula dengan Tatiana menceritakan kegembiraan wanita hamil itu dan bagaimana dia tidak sabar untuk melihat anak pertamanya.

Menurut Tatiana, kegembiraannya tidak ternilai apabila dia dapat merasai pergerakan bayinya dalam perut wanita itu.

“Saya seolah – olah mempunyai kuasa ghaib yang tidak membahayakan,” katanya.

Hasrat bakal ibu untuk melihat bayinya dapat dilihat dengan rungutan Tatiana yang tidak sabar untuk menyentuh dan bermain dengan bayinya.

Perkara yang menyentuh hati ialah akhirnya keinginaan Tatiana dijawab oleh pakar perubatan dengan bantuan imej 3D.

Tatiana dikejutkan dengan imej cetak 3D anaknya semasa sesi Ultrasound dimana wanita itu dapat menyentuh dan merasai setiap anggota bayinya itu.

"Saya amat gembira kerana dapat melihat Murilo sebelum dia dilahirkan," kata Tatiana sambil menitiskan air mata.

Untuk perkembangan terkini di jari anda, muat turun aplikasi Astro Awani di App Store atau Google Playstore.

Sumber & Video

Teka umur How-Old.net menjadi kegilaan di laman sosial


teka-umur-how-old-net-menjadi-kegilaan-di-laman-sosial
Microsoft kini sedang menguji satu laman web baru yang dipanggil How-Old.net.

Laman tersebut dikatakan berupaya meneka umur dan jantina seseorang individu berdasarkan gambar yang dimuat naik.

Dalam tempoh beberapa hari sahaja, laman tersebut menjadi kegilaan para pengguna internet di seluruh dunia.

How-Old.net disukai bukanlah kerana ia benar-benar jitu dalam penekaan umur tetapi kesalahan yang dilakukannya sentiasa mengusik para pengguna.

Sebagai contoh, ahli-ahli kumpulan muzik One Direction berada di kalangan umur awal 20-an. Namun penekaan yang dibuat How-Old.net ada yang mencecah sehingga umur 34 tahun!



Niall Horan berusia 21 tahun dan bukannya 27. Liam Payne dan Harry Styles juga berusia 21 tahun manakala Louis Tomlinson bukanlah berumur 34 sebaliknya 23 tahun.

Bagaimana pula penekaan umur terhadap keluarga Kanye West dan Kim Kardashian?



Tekaan yang hampir tepat, Kanye West sebenarnya berusia 37 tahun. Namun perbezaan yang amat ketara terhadap Kim Kardashian anaknya North West. Kim berusia 34 tahun dan bukannya 25 manakala North pula bakal memasuki 2 tahun pada Jun nanti.

Setiap keputusan penekaan disertakan disclaimer yang berbunyi ‘Harap maaf jika kami tidak dapat meneka umur dan jantina dengan tepat. Kami masih berusaha mempertingkatkan fungsinya’. 
 

Gelanggang tenis bawah akuarium

Dubai: Sebuah firma arkitek Poland merancang membina kompleks tenis bawah akuarium di Dubai.
Arkitek Poland, Krzysztof Kotala dari 8+8 Concept Studio kini mencari pelabur untuk projek itu yang disifatkan mampu meraih keuntungan tinggi untuk Dubai jika berjaya dilaksanakan.

“Pelaburan besar membawa keuntungan dari segi ekonomi dalam sektor pembinaan seterusnya turut memberikan pulangan baik dari segi pemasaran dan pelancongan,” katanya.

Katanya, Qatar dan Jepun juga boleh menjadi lokasi baik untuk kompleks sukan bawah air seperti itu.

Dubai akan menjadi tuan rumah bagi Ekspo Dunia 2020 yang dijangka menarik 25 juta pelawat manakala Qatar bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022.

Kotala berkata, kompleks tenis bawah air itu pendekatan inovatif terhadap kemudahan sukan.

Kompleks terdiri daripada tujuh arena itu boleh digunakan sebagai kemudahan sukan, rekreasi dan pameran.

“Ia dibuat menyerupai terumbu karang jadi ia sepadan dengan persekitarannya selain menggunakan bahan yang tidak merosakkan alam sekitar.

“Saya belum menghitung kos pembinaan namun tidak menolak kemungkinan ia memakan belanja jutaan dolar selain mengambil lima tahun untuk siap,” katanya.

Sumber

Fungsi 'menakutkan' iPhone


fungsi-menakutkan-iphone
Mungkin ramai yang tidak tahu, iPhone sebenarnya sebuah alat telekomunikasi yang agak 'menggerunkan'.

iPhone menyenaraikan di mana anda tinggal dan di mana tempat yang anda sering kunjungi. Bukan setakat itu, ia juga merakamkan masa anda tiba dan meninggalkan tempat tersebut.

Ia boleh berlaku apabila anda mengaktifkan perkhidmatan servis lokasi, dan telefon pintar ini akan menyenaraikan secara komprehensif semua tempat yang anda telah lawati.

Kebanyakan pemilik telefon pintar kebiasaannya akan menutup servis lokasi jika tidak menggunakannya memandangkan ia menggunakan kuasa bateri yang banyak.

Namun, sebaik sahaja pemilik mengaktifkan aplikasi seperti Google Maps dan Tinder atau apa sahaja yang menggunakan GPS, telefon tersebut akan merakam dan menyimpan data berkenaan. 
 

Wanita koma lahirkan bayi


OMAHA, Nebraska – Sekumpulan doktor di sini mencipta sejarah tersendiri baru-baru ini apabila berjaya membantu kelahiran seorang bayi meskipun ibunya telah tujuh minggu koma selepas mati otak.

Wanita tersebut, Karla Perez, 22, sebelum ini disahkan mengalami intracranial haemorrhage atau mati otak selepas mengadu sakit kepala dan jatuh pengsan di rumahnya di Waterloo pada awal Februari lalu.

Keluarga Perez telah memohon doktor di Hospital Wanita Methodist tersebut supaya berusaha menyelamatkan bayi yang berusia 22 minggu dalam kandungannya.

“Keadaan bayi Perez adalah baik, namun usia kandungan itu terlalu awal untuk dia dilahirkan.

Selepas mendapat persetujuan daripada keluarga Perez, kandungannya dijaga sehingga bayi tersebut mencapai usia matang untuk dilahirkan secara pembedahan Caesarean,” ujar salah seorang doktor yang merawat Perez, Dr. Andrew Robertson.

Bayi perempuan Perez yang diberi nama Angel itu lahir dengan berat 1.26 kilogram, manakala mesin sokongan hayat ibunya ditutup dan dia meninggal dunia selepas itu. – Agensi

10 perkara mengenai Chromecast yang anda perlu tahu


10-perkara-mengenai-chromecast-yang-anda-perlu-tahu
Revolusi baru dunia hiburan masa kini, Chromecast adalah peranti kecil yang membenarkan media streaming apabila dipasangkan ke dalam port HDMI televisyen.

Pengguna hanya perlu menggunakan gajet komunikasi peribadi lalu menyalurkan paparan ke skrin besar.

Berikut merupakan 10 perkara mengenai Chromecast yang anda perlu tahu:

Pelbagai aplikasi
Chromecast serasi dengan pelbagai aplikasi peranti mudah alih antaranya YouTube,Viki, Plex, Twitch dan Just Dance Now.

Telefon sebagai alat kawalan jauh
Jadikan telefon bimbit sebagai alat kawalan jauh. Menggunakan sebahagian aplikasi, penguna boleh mencari, browse, play, pause, rewind malah mengawal kadar bunyi selain mencipta playlist sendiri.

Pelbagai pelantar telefon
Chromecast serasi bersama pelantar iOS bagi iPhone, dan telefon pintar Android. Peranti hiburan ini turut boleh digunakan bersama tablet, Chrome for Windows, Chrome for Mac dan Chromebooks.

Multitasking
Menukar kepada aplikasi lain, membuka tab browser baru, atau membiarkan peranti memasuki sleep mode semasa menonton di televisyen. Semuanya boleh dilakukan dengan Chromecast tanpa menghabiskan bateri telefon, tablet atau komputer riba.

Layari internet di TV
Pengguna boleh membuka halaman internet terus ke kaca televisyen atau sekadar membelek galeri gambar dan muzik dari telefon, tablet atau komputer riba.

Paparan telefon di TV
Mahukan interface dari telefon muncul ke kaca televisyen? Tiada masalah kerana Chromecast membenarkan paparan secara terus dari pelantar Android di salurkan ke skrin besar di rumah.

TV sebagai hiasan gambar
Jika bosan dengan bingkai gambar yang sama di rumah, tukarkan skrin televisyen menjadi gambaran yang bertukar sepanjang masa menggunakan Chromecast.

Mudah digunakan
Chromecast boleh digunakan dalam 3 langkah mudah. (1) Pasangkan Chromecast ke televisyen, (2) sambungkan peranti kepada WiFi rumah, dan (3) tekan butang Google Cast yang tersedia di aplikasi pilihan semasa dibuka di telefon bimbit.

Untuk semua
Keluarga dan rakan boleh berkongsi menggunakan Chromecast melalui telefon bimbit dan tablet tanpa perlu apa-apa penetapan. Asalkan peranti tersebut mengunakan rangkaian WiFi yang sama.

Berpatutan
Chromecast dijual pada yang berpatutan iaitu RM170. Mampu dimiliki oleh setiap keluarga di Malaysia.

*Peranti Android yang serasi termasuklah: Nexus 4, Nexus 5, Samsung Galaxy S4, Samsung Galaxy S5, Galaxy Note3, HTC One M7, LG G3, LG G Pro2, Nexus 7 (2013 version) dan Nexus 10 dengan KitKat MR1 atau lebih tinggi, serta pelbagai peranti baru yang akan datang.

Kredit gambar: androidworld
 

Tarikan ZenFlash, Lolliflash

Cara anda memandang sebuah telefon pintar mungkin biasa dan tidak tertarik dengan mana-mana spesifikasi biarpun ia kelihatan hebat di mata si pemakai yang mementingkan ciri luar biasa pada peranti terbabit.

Pada anda, telefon pintar adalah telefon pintar dan ia tidak lebih sekadar mesin yang membuat panggilan atau menerima WhatsApp.

Evolusi telefon pintar terlalu banyak tertumpu kepada pembangunan cip seperti pemprosesan, jumlah memori, rekaan dan sebagainya sehingga kadangkala anda merasakan ia bukan lagi sebuah peranti yang menepati cita rasa anda.

Telefon pintar memerlukan revolusi baru , mungkin tidak hanya fokus pada rekaan melengkung tetapi kemudahan lain yang membezakan satu jenama dengan jenama lain.

Oleh itu, langkah pengeluar seperti ASUS yang bukan saja menumpukan kepada pembangunan telefon tetapi melihat secara ke depan dengan penghasilkan aksesori , sudah pasti memberi kelainan ditagih pengguna telefon pintar.

Banyak pengeluar yang mungkin bersaing dari aspek penghasilan rekaan, jumlah resolusi atau piksel setiap inci (ppi) pada telefon sehingga menyaksikan jurang perbezaan spesifikasi antara mereka tidak jauh berbeza.

Malah, banyak pengeluar membiarkan pihak ketiga atau ‘third party’ yang menghasilkan aksesori sehingga lupa ia sebenarnya ‘tugas’ mereka untuk menambah pilihan kepada pengguna.

Berdasarkan fakta terbabit, penulis tertarik dengan ASUS yang menghasilkan aksesori tambahan kepada produk telefon pintar Zenfone 2 termasuk ZenPower (powerbank), ZenFlash (flash), Lolliflash (flash) dan ZenEar (fon telinga).

Ketika menemui Ketua Pegawai Eksekutif ASUS, Jerry Shen, beliau sendiri mengakui pembuatan telefon pintar bukan lagi tertumpu pada perkakasan itu semata-mata tetapi pengeluar perlu lebih kreatif dengan kepelbagaian produk tambahan.

“Kami menumpukan usaha memperkenalkan telefon pintar yang hebat seperti Zenfone 2 namun pada masa sama, fokus kepada pembangunan aksesori juga menjadi aspirasi untuk berjaya,” katanya.

Menurutnya, produk seperti Zenflash, Lolliflash dan ZenPower menjadi trend masa depan yang perlu dipandang pengguna.

“ZenFlash misalnya memberikan pengguna keupayaan menukar telefon pintar mereka kepada kamera seakan-akan DSLR,” katanya.

Menariknya, peranti terbabit bukan saja sesuai dengan Zenfone tetapi mana-mana peranti lain yang mempunyai port mikroUSB.

Ia akan dilekatkan di bahagian belakang dengan pelekat getah boleh cabut seperti ditampal di cermin kenderaan.

Cahaya jenis xenon ZenFlash cukup cerah untuk menerangkan satu bilik di samping aplikasi kamera sendiri bagi menukar telefon anda kepada ‘DSLR kecil’ yang mempunyai antaramuka kawalan pencahayaan khas.

Ia menawarkan beberapa fungsi DSLR dengan tetapan cahaya pada ZenFlash membolehkan anda mengawal ciri tertentu seperti kelajuan shutter dan apertur.

Bagi kamera depan pula, Lolliflash lebih santai dan ringkas sesuai untuk pengguna selfie yang mahukan rakaman lebih terang.

Lolliflash boleh dipasang di port audio 3.5mm telefon dan memancarkan cahaya cerah, pada masa sama mempunyai penapis cahaya berwarna-warni seperti merah jambu dan biru bagi memeriahkan suasana dengan penapis asli.

Penulis tertarik dengan strategi ASUS yang menawarkan ZenFlash dan Lolliflash masing-masing dijual pada harga sekitar RM69 dan RM35 yang sudah pasti tidak menggusarkan pengguna dari aspek harga aksesori.

ZenPower pula mencuri tumpuan, apatah lagi dengan saiz kompak berkeluasan seperti kad kredit dan mudah dibawa ke mana saja.

Powerbank terbabit sememangnya menjadi aksesori tambahan paling penting kepada pengguna telefon pintar kini yang dahagakan tenaga tambahan akibat penggunaan aplikasi semakin banyak.

Ia mempunyai pilihan kapasiti 5000mAh, 10000mAh dan 25000mAh tetapi pada penulis, difahamkan ha­nya model 10000mAh saja yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

Model terbabit akan didatangkan pula dengan kasing pelbagai warna diperbuat daripada getah termasuk hitam, merah, kuning, biru dan merah jambu.

Disebabkan Zenfone 2 mempunyai fungsi cas pantas iaitu bateri boleh menjangkau 60 peratus dengan cas selama 39 minit, powerbank ZenPower ini juga mengeluarkan output 2.4A yang membolehkannya mengecas pantas berbanding powerbank biasa di pasaran.

Pada harga jualan sekitar RM79 untuk kapasiti 10000mAh, ia mungkin hadir sama dengan pelancaran Zenfone 2 di Malaysia pada 9 Mei ini.

Tumpuan pastinya pada Zenfone 2 apabila Zenfone menjadi salah satu model telefon pintar ASUS yang paling berjaya untuk ASUS dengan lebih lapan juta unit terjual pada tahun lalu, malah kali ini ASUS turut menaik taraf antaramuka ZenUI keluarannya yang kini dilengkapi sistem keselamatan Trend Micro.

“Kali ini kami menyasarkan untuk menjual 25 juta unit Zenfone di seluruh dunia berikutan kejayaan cemerlang tahun lalu,” kata Shen.

Skrin pada Zenfone 2 sebesar 5.5 inci, kali ini beresolusi HD penuh 1920 x 1080 piksel menggunakan paparan IPS dan gelas paparan Corning Gorilla Glass 3 yang tahan lasak di samping ruang skrin ke badan hanya 3.3mm, sekali gus menjadikan keluasan skrin sebanyak 72 peratus meliputi badan Zenfone 2.

Beliau berkata, syarikatnya menggariskan lima langkah untuk menaikkan kekuatan Zenfone 2 termasuk kecantikan, kamera, cas pantas, antaramuka dan pengalaman pengguna.

“Kami juga perkenalkan dua lagi produk, Zenflash dan Zenpower sebagai aksesori untuk dipadankan dengan Zenfone 2 yang boleh menambah kekuatan telefon pintar itu,” jelasnya.

Katanya, selain kamera dan RAM sebanyak 4GB, Zenfone 2 mempunyai keupayaan cas pantas iaitu bateri mampu melangkau 60 peratus dengan tempoh cas 30 minit berdasarkan ciri Quick Charge 18 watt.

“Kalau diikutkan, ia jauh lebih tinggi berbanding iPhone yang hanya mempunyai keupayaan mengecas lima watt,” katanya.

Sumber

Apps Review : Worm2 atau Cacing panas

Hujung minggu lalu dihabiskan dengan bermain Worms 2: Armageddon yang boleh didapati melalui Google Play untuk peranti Android.

Bukan mudah untuk bermain game ini, Worms 2: Armageddon memerlukan pemerhatian dan strategi tertentu untuk menewaskan watak jahat apatah lagi pemain akan dihalang dengan batu-bata serta halangan yang mengakibatkan cubaan sia-sia saja.

Disebabkan halangan terbabit, penguji terpaksa menunggu dan terus menunggu untuk ke peringkat seterusnya.

Permainan nampak saja senang, tetapi kalau sudah mula bermain, argh! geram tidak dapat menjatuhkan meneruskan perjalanan apabila kita beraksi sebagai cacing yang cuba melepaskan diri dan mengembara.

`Nyawa’ yang disediakan pula terhad sehinggakan anda terpaksa berhati-hati untuk mengelak terkena halangan tertentu.

Mungkin sangkaan kita permainan ini agak mudah, tetapi apabila beberapa musuh datang serentak, mula terasa payahnya menjatuhkan mereka apatah lagi `power’ anda tidak sekuat mana, cacinglah katakan!

Sumber

Dubsmash jadi kegilaan netizen!


dubsmash-jadi-kegilaan-netizen
Sejak kebelakangan ini, aplikasi Dubsmash menjadi kegilaan netizen sehingga akaun Facebook dan Instagram kita dibanjiri dengan video ini. Apakah itu Dubsmash sebenarnya?

Dubsmash adalah aplikasi ‘lip syncing’ yang membolehkan pengguna telefon pintar memilih petikan lagu ataupun petikan rakaman audio terkenal dari filem, rancangan TV dan lain-lain dalam berbagai bahasa untuk rakaman video sendiri.

Klip itu kemudian boleh dikongsi melalui WhatsApp, Facebook, dan Instagram. Nak jadi Mariah Carey? Taylor Swift ataupun Minion? Aplikasi ini boleh menjadikannya kenyataan!

Bukan satu, dua tetapi beribu – ribu pengguna telefon pintar dari seluruh dunia menggunakan aplikasi Dubsmash ini.


Walaupun aplikasi ini boleh menyebabkan ketagihan, ada sesetengah berpandangan aplikasi ini cukup baik untuk meredakan tekanan.

Nampaknya, selebriti terkenal seperti Hugh Jackman, Khloe Kadarshian, Kylie Jenner, Chrissy Teigen, Mitchell dan Ashley Benson turut terpengaruh dalam budaya Dubsmash ini.


Malah, bukan sahaja artis antarabangsa, artis tempatan seperti Siti Nurhaliza, Nora Danish turut terlihat menggunakan aplikasi Dubsmash ini. 


Jika anda masih belum mencubanya, anda boleh memuat turun aplikasi Dubsmash yang disediakan di iOS dan Android hari ini.

Kredit Gambar: Instagram/ Twitter

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.