Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts

Kenapa Cara Duduk W Bahaya Pada Anak?

KITA selalu lihat anak kecil termasuk anak sendiri duduk dengan kaki lipat ke belakang seakan bentuk W ketika bermain di lantai.

Ia dianggap biasa pada anak yang berusia dua tahun ke bawah. Tapi sekiranya cara duduk begitu menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua tahun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.

Kenapa Cara Duduk W Bahaya Pada Anak?

Cara duduk ini akan menambah tekanan di bahagian bawah tubuh anak hingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.

Bila anak duduk dalam keadaan ini mereka akan jadi selesa yang mana otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi.

Sebaliknya mereka menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini.

Ia juga mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali anak hinggga boleh mengundang masalah hip dislocation yakni masalah kedudukan sendi pinggul.

Antara kesannya adalah menjejaskan cara anak berjalan dan juga menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan.

Kekerapan anak duduk dalam bentuk W ini juga boleh memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan.

Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan.
Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka.

***Rencana ini adalah terjemahan dari artikel  What’s So Wrong With W-Sitting
Pediatric Therapy Center yang dipetik dari blog www.vanillakismis.my


Sumber

10 makanan paling menggemukkan di Malaysia


10-makanan-paling-menggemukkan-di-malaysia
Ramai orang suka makan. Setiap orang sukakan makanan. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan - kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak

Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak(mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai

Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Lari 10 km dulu baru boleh makan lebih sikit!:)

3. Nasi goreng

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang khasiatnya. Ada kurang situ!

4. Ais krim

Sedapnya dapat ais krim, lagi lagi dengan cuaca di Malaysia ni kan? Tetapi ingat! Ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori - dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger

Kaya dengan karbohidrat, protein (patty), lemak. Satu hidangan burger 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6.         Mee kari

Hidangan mee dengan sup kari, santan. Menyelerakan! Kaloril ebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7.  Makanan bergoreng

Rata rata kebanyakan makanan bergoreng.Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) kadang kadang pakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh elakkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Whole milk

Susu penuh krim ini sememangnya tak elok utk anda! Kandungan lemak sangat tinggi dan walaupun ada memberi anda kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak.

9. Roti

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Somehow, roti pun high in fat dan karbohidrat. Sekeping pun dah 80 kalori. Boleh cuba roti wholemeal. Satu keping baru 50 kalori.

10. Mayonis

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori dan 40 gram lemak. Agak tak berapa sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri. Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagaimana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!
 

Wanita tak tahu hamil, lahirkan bayi lelaki


wanita-tak-tahu-hamil-lahirkan-bayi-lelaki
Seorang wanita di Scotland terkejut besar apabila kesakitan yang dirasai ketika datang bulan, rupa-rupanya kesakitan akibat kontraksi untuk melahirkan anak.

Nikki Kelly, 24 tahun, langsung tidak mengetahui yang dia hamil, malah selama tempoh kehamilan, dia datang bulan seperti biasa.

Lebih menghairankan, Nikki masih mengambil ubat perancang kehamilan. Dia juga meneruskan kegiatan harian seperti biasa, malah wanita aktif ini juga tetap bersenam di gimnasium dua kali seminggu.

Mengimbas kembali situasi cemas kelahiran tidak dijangka itu, Nikki yang sedang datang bulan mengalami kesakitan yang amat sangat ketika di bilik mandi.



"Saya rasa amat sakit dan terasa ingin meneran. Saya tak dapat mengawalnya dan amat terkejut apabila melihat diri sendiri melahirkan seorang bayi," kata Nikki.

Nikki melahirkan bayi lelaki yang dinamakan James itu sendirian, di atas lantai bilik mandinya.

Nikki menghubungi tunangnya, Aaron Swallow, yang ketika itu berada di tempat kerjanya sebanyak 76 kali, sebelum Aaron menghubunginya kembali setengah jam selepas James dilahirkan.

"Aaron mendengar bunyi bayi menangis dan bertanya tentangnya. Saya beritahu dia, itu tangisan anak awak," cerita Kelly.

Pasangan itu kemudiannya membawa James bertemu doktor dan bayi itu disahkan sihat. Melalui pemeriksaan doktor, Nikki dianggarkan melahirkan anaknya itu di antara minggu 32 dan 37 kehamilan.

Foto: Mirror UK

10 fakta tentang tidur yang anda tak tahu


10-fakta-tentang-tidur-yang-anda-tak-tahu Tidur adalah perkara rutin yang dilakukan semua hidupan setiap hari. Ramai yang sedia maklum masa tidur yang berkualiti membantu kita aktif dan cergas pada hari berikutnya. Tetapi tahukah anda apa yang terkandung di sebalik tidur anda?

Mari kita lihat 10 fakta tentang tidur yang anda mungkin tidak tahu sebelum ini.

1. Manusia merupakan satu-satunya mamalia yang menunda waktu tidur.

2. Bersenam dengan teratur membantu menyenangkan anda tidur, tetapi bersenam sejam atau dua jam sebelum tidur akan membuatkan anda sukar untuk lelap.

3. Secara umum, orang dewasa memerlukan tidur selama 7 jam.

4. Manusia kebiasaannya akan berasa letih pada dua waktu; iaitu jam 2 pagi dan 2 petang. 

5. Kajian di Amerika Syarikat mendapati mereka yang bekerja secara syif punya lebih kebarangkalian untuk diserang penyakit kronik seperti penyakit gastrousus dan kardiovaskular.

6. Mereka yang bercerai dilaporkan lebih banyak mengalami masalah insomnia.

7. Pernah terjaga dan kemudiannya sukar untuk tidur kembali? Cuma tenangkan fikiran dan teruskan berbaring di atas katil. Jika tidak berjaya tidur dalam masa 20 minit, keluar dari bilik dan lakukan aktiviti yang menenangkan. Jangan tengok jam kerana ia akan buat anda tertekan. Kembali ke katil apabila anda mula rasa mengantuk.

8. Mereka yang tidak cukup tidur akan mudah berasa lapar kerana tahap hormon leptin yang berkurangan. Leptin merupakan sejenis hormon yang bertanggungjawab dalam pengaturan selera makan seseorang.

9. Kafein disahkan sebagai 'dadah' atau ubat penahan tidur paling popular dan paling banyak digunakan di seluruh dunia.


10. Tidak ada istilah 'ganti tidur'. Jika anda tidak cukup tidur, anda tidak boleh menggantikannya pada hari berikutnya. Tidur 7 jam yang cukup bermaksud 7 jam yang tidak terganggu.

Foto: Huffington Post

Sumber

Teh ais penyebab kegagalan buah pinggang


teh-ais-penyebab-kegagalan-buah-pinggang
Seorang lelaki yang berasal dari Arkansas mengalami kegagalan buah pinggang dan masalah itu dikaitkan dengan tabit minum teh ais yang keterlaluan.

Memetik laporan Associated Press, lelaki berusia 56 itu dilaporkan minum lebih 16 gelas teh ais bersamaan segelen pada setiap hari.

Black tea dilaporkan mengandungi banyak kompaun dipanggil oxalate. Menurut laporan LiveScience, oxalate sering dikaitkan dengan masalah melibatkan buah pinggang.

Seorang doktor yang membentangkankan kesnya dalam New England Journal of Medicine, mengatakan tabiat minum teh lelaki itu menyebabkan kadar pengambilan oxalate adalah lebih daripada 1,500mg dalam sehari.

Jumlah tersebut amat tinggi jika dibandingkan dengan rakyat Amerika secara purata.

Lelaki itu dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun lalu. Pemeriksaan hospital mendapat air kencing pesakit berkenaan dipenuhi gentian kristal kalsium oxalate yang sering dikaitkan dengan penyakit batu karang.

Dia kini menjalani rawatan dialisis dan mungkin bergantung padanya untuk seumur hidup.

“Kami tidak pernah menasihati atau menghalang orang ramai dari minum teh. Jika anda sihat dan minum teh secara sederhana, ia tidak akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang,” jelas para penyelidik.

Tambahan pula, kajian terdahulu pernah mencadangkan bahawa jumlah pengambilan teh yang munasabah dapat membendung masalah kesihatan seperti batu karang,” ujar penyelidik luar kepada Reuters.

Oxalate turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan dedak gandum.

Lazimnya pakar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil lebih 50mg oxalate dalam sehari tetapi rakyat Amerika kebiasaannya mengambil sekitar 152mg hingga 511mg.

Kredit gambar: halrothphotography
 

Hadkan masa guna komputer

Boleh dikatakan semua orang mempunyai akaun laman sosial peribadi seperti facebook, twitter dan Instagram yang membolehkan pelbagai luahan hati, aktiviti dan gambar terkini dikongsi bersama rakan atau pengikut lain. Malah ada juga yang rasa ralat sekiranya tidak melihat akaun mereka setiap hari. Walaupun sekejap kepuasan yang rasai bagaikan sudah memenangi hadiah istimewa.

Fenomena asyik menghadap tablet atau telefon bimbit juga boleh dilihat di mana saja sama ada ketika bermesyuarat,  berjalanmahupunduduk di meja makan untuk menikmati makan malam bersama teman dan keluarga. Tidak hanya membabitkan golongan muda, ibu juga terjebak sama apabila kemaruk mengambil gambar anak kesayangan melakukan sesuatu perkara lalu dimuat naik ke laman sosial.

Pada zaman serba moden yang dilimpahi dengan kecanggihan teknologi pelbagai peranti seperti kamera digital atau kamera di telefon, ibu bapa kini kadangkala leka dengan aktiviti sendiri tanpa menghargai waktu membesarbersama anak  di sisi. Benar,kewujudan teknologi sedikit sebanyak memudahkan ibu bapa moden mengambil atau merekod saat manis mereka bersama anak menggunakan kamera atau  video, kemudian berkongsi detik indah itu dengan orang lain melalui rangkaian sosial. Namun ironinya, teknologi berkenaan tidak menjamin peranan seorang ibu yang memperuntukkan masa dan komitmennya untuk membesar bersama anak mereka.

Dengan pelbagai tekanan seperti masalah di tempat kerja atau kewangan, bagaimana ibu masa kini terbabit dan merasai sendiri pengalaman bersama anak mereka yang semakin membesar.

Keburukan tidur melebihi 8 jam


keburukan-tidur-melebihi-8-jam
Tidur merupakan satu keperluan lantaran badan manusia berehat sepenuhnya seketika melelapkan mata. Namun tidur melebihi lapan jam boleh mendatangkan masalah kesihatan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Cambridge, individu yang tidur melebihi lapan jam sehari berisko mengalami serangan strok.

Para penyelidik menjalankan kajian terhadap tabiat tidur 10,000 orang yang berusia 43 hingga 81 tahun di United Kingdom.

Memetik jurnal Neurology yang berdasarkan hampir sedekad laporan susulan, sebanyak 346 kes strok terjadi kepada golongan dewasa yang tidur lebih daripada lapan jam pada sebelah malam. Dianggarkan golongan ini 46 peratus lebih mudah diserang strok berbanding mereka yang tidur enam hingga lapan jam sehari.

Siaran akhbar Eureka Alert merangkumkan risiko terbabit adalah empat kali lebih besar apabila seseorang itu tidur kurang daripada enam jam pada awal kajian dan beralih kepada tidur lebih lapan jam apabila meningkat usia.

Kajian tersebut disesuaikan dengan beberapa faktor termasuklah umur dan jantina. Akhbar Los Angeles Times melaporkan wanita akan lebih dilanda risiko strok jika berumur 63 tahun dan ke atas serta tidur dengan kadar berlebihan.

Meskipun begitu, para pengkaji masih tidak dapat memutuskan sama ada durasi tidur adalah penyebab utama berlakunya strok di kalangan warga emas.

Kredit gambar: northdellawhere
 

6 'trick' diet yang berkesan!


6-trick-diet-yang-berkesan
Banyak yang sering kita dengar tentang cara menurunkan berat badan. Kali ini, MLP berkongsi 6 'trick' yang anda boleh amalkan untuk memastikan perjalanan anda untuk mendapatkan berat badan idaman lebih mudah!

1. Elak rasa lapar

Jangan tunggu sampai perut keluarkan bunyi baru nak makan. Makanlah sebelum anda berasa lapar kerana ini akan membuatkan anda makan dalam kuantiti yang sederhana.

2. Guna peraturan warna

Pastikan tiga warna ini ada dalam pinggan anda setiap kali makan; merah, oren dan hijau.

3. Minum, minum dan minum

Air masak ya. Bukan air manis berperisa, apalagi air bergas. Minumlah sebanyak mungkin kerana ia takan beri kesan buruk.

4. Makan jauh dari hidangan

Kalau di rumah, carilah tempat lain untuk makan, selain daripada meja makan. Ini kerana makan berhadapan hidangan yang pelbagai akan buat anda rasa masih lapar walaupun sebenarnya dah kenyang.

5. Makan dan kunyah perlahan-lahan

Kajian saintifik menunjukkan mereka yang makan dengan kadar yang cepat punya berat badan yang lebih berbanding mereka yang makan perlahan-lahan.

6. Mulakan dengan sup

Nak kenyang walau makan nasi sedikit? Mulakan 'meal' anda dengan sup, lebih elok kalau sup sayuran. Kemudian barulah diikuti dengan nasi.

Foto: dailystar.uk

Sumber

5 Makanan Penyebab Insomnia

5 Makanan Penyebab Insomnia - Sering mengalami insomnia dan sulit tidur? Bisa jadi makanan penyebabnya! Seperti halnya ada makanan yang bisa membantu Anda tidur cepat, ada juga makanan yang membuat Anda susah tidur. Ahli diet Shelly Redmond, R.D, penulis Eat Well and Be Fabulous menyebutkan beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari jika ingin tidur nyenyak berikut ini.

Berikut adalah 5 Makanan Penyebab Insomnia seperti yang dilansir oleh Women's Health Mag (05/11) :

1. Kafein


Semua orang tentu sudah mengetahui bahwa kafein bisa membuat Anda sulit tidur. Namun kafein tak hanya ada pada soda atau kopi. Beberapa minuman seperti teh atau obat-obatan juga mengandung kafein dan bisa menyebabkan insomnia. Jika Anda sensitif terhadap kafein, sebaiknya hindari minuman atau obat yang mengandung kafein. Setidaknya konsumsi minuman atau obat tersebut delapan jam sebelum tidur.

2. Alkohol


Banyak yang berpendapat bahwa alkohol bisa membantu tidur. Namun sebenarnya tidak benar. Alkohol memang membuat Anda tidur, namun kualitas tidur yang diberikan sangat rendah dan Anda akan sering terbangun di malam hari. Alkohol akan menurunkan kualitas tidur, sehingga meski tertidur Anda tak akan merasa lebih baik saat bangun.

3. Air


Air memang diperlukan oleh tubuh dan bisa membantu menjaga kesehatan atau menurunkan berat badan. Namun air bukan teman baik yang bisa dikonsumsi sebelum tidur. Anda akan sering terbangun di malam hari karena ingin buang air jika terlalu banyak minum air. Ini tak hanya mengganggu siklus tidur Anda, tetapi juga menurunkan kualitas tidur. Hindari konsumsi air satu jam sampai 90 menit sebelum tidur.

4. Makanan fermentasi


Makanan fermentasi mengandung zat yang bernama Tyramine. Zat ini bisa merangsang otak dan membuat Anda sulit tidur. Beberapa makanan yang mengandung fermentasi adalah keju, daging asap, ikan asap, dan lainnya.

5. Makanan dari tomat


Tomat mengandung banyak asam yang bisa membuat perut tak nyaman di malam hari. Karena itu, hindari makanan yang mengandung tomat atau makanan pedas untuk mencegahnya. Jika ingin makan makanan yang mengandung tomat, setidaknya konsumsi tiga jam sebelum tidur.

Nah, Itulah 5 Makanan Penyebab Insomnia. Mengonsumsi makanan di atas bisa mengganggu jam tidur serta kualitas tidur Anda.

Sumber : http://infounik-pintar.blogspot.com

4 makanan untuk jantung yang sihat


4-makanan-untuk-jantung-yang-sihat
• Ikan Salmon

Satu makanan yang utama bagi kesihatan jantung, ia kaya dengan omega-3 EPA dan DHA. Omega-3 boleh mengurangkan tekanan darah. Salmon juga merendahkan trigliserida darah dan mengurangkan keradangan.

• Badam

Badam adalah makanan yang sangat baik untuk kesihatan jantung anda. Ia penuh dengan sterol tumbuhan, serat, dan lemak untuk jantung. Badam juga boleh membantu mengurangkan risiko diabetes.

• Tauhu 

Tauhu adalah salah satu sumber daripada soya. Ia mengandungi mineral untuk jantung yang sihat, serat, dan lemak soya. Ia juga  boleh  mengelakkan beban arteri tersumbat dengan lemak tepu.

• Yogurt Rendah Lemak 

Walaupun tenusu rendah lemak adalah yang paling sering disebut-sebut untuk kesihatan tulang, yogurt boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi juga sekaligus ia sangat baik untuk peredaran darah dan jantung. Untuk benar-benar meningkatkan kalsium dan mengurangkan lemak, pilih yogurt rendah lemak.
 

Nenek 109 tahun dedah rahsia umur panjang


nenek-109-tahun-dedah-rahsia-umur-panjang
SCOTLAND, (MLP) - Seorang wanita yang baharu sahaja menyambut hari lahirnya yang ke 109, berkongsi rahsia bagaimana dia boleh menjalani kehidupan yang sihat biarpun dalam usia sebegitu.

Rahsianya? Dia menjauhi lelaki kerana menganggap lelaki adalah 'masalah'.

Jessie Gallan turut mendedahkan dia mengamalkan makan semangkuk bubur setiap pagi, selain sering bersenam.

Gallan yang tidak pernah berkahwin, kini tinggal di Rumah Jagaan Orang Tua Crosby House. Pekerja di situ mengakui Jessie antara penghuni rumah tersebut yang paling 'tenang'. 
 

5 barang tak digalak beli di kedai RM5


5-barang-tak-digalak-beli-di-kedai-rm5
Lambakkan kedai RM5 yang menjual pelbagai barang harian tumbuh bagai cendawan selepas hujan di serata Malaysia.

Kebanyakannya barangan yang dijual dengan harga berpatutan ini datangnya dari Jepun malah ada juga dari China.

Namun perlu diingatkan bahawa sesetengah barangan tidak digalakkan untuk dibeli ekoran kualiti dan nilai yang tak berbaloi setanding harga.

Adakalanya barangan tersebut murah namun tidak berkualiti, ada juga kerana nilainya tak setanding harga.

Berikut adalah 5 barang yang tidak digalakkan untuk dibeli di kedai RM5:

Peralatan Memasak


Sebahagian dari peralatan memasak ini diperbuat dari plastik biasa. Meskipun label menyatakan ia diperbuat dari silikon tahan panas tetapi apabila menggunakannya, ia cair atau terbakar. Bahaya jika toksin masuk ke dalam makanan.

Alat Tulis


Alat tulis dijual dengan harga murah iaitu RM5 namun dalam bungkusan yakni kuantiti yang banyak. Jika membeli secara berasingan di kedai biasa, harganya lebih murah malah menjimatkan dan tidak membazir.

Kertas Pembalut


Mahal bukan? Meskipun dijual 2 atau 3 gulung dengan harga RM5, kertas pembalut sebenarnya tidaklah semahal itu. Kertas pembalut ada dijual semurah RM1 sekeping di kedai alat tulis biasa.

Air Tin / Berkarbonat


Anda akan membayar untuk hiasan animasi sahaja. Kebiasaannya seleksi air ini datangnya dari Jepun maka dihiasi dengan animasi kartun yang popular di sana. Rasanya lebih kurang atau sama sahaja dengan produk yang dipasar di Malaysia.

Krim Solekan


Jika anda fasih dan boleh membaca romaji Jepun, silakan membeli. Bahan yang terkandung dalam krim tersebut sememangnya tidak diketahui. Berkemungkinan mempunyai kadar toksik yang tinggi atau tidak sesuai untuk kulit orang Malaysia.

Walaupun begitu, bukan semua barang tidak sesuai dibeli di kedai RM5. Ada bermacam barangan lain yang berbaloi dibeli dengan harga semurah itu. Sarungkan idelogi ‘alah membeli menang memakai’ seketika melangkah masuk ke kedai berpatutan ini.

Kredit gambar: Fitrihadi
 

Epal Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat Tidak Boleh Masuk Malaysia


kementerian-mengharamkan-penjualan-epal-di-malaysia
BERA, (MLP) – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah mengeluarkan larangan kemasukkan epal Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat selepas mendapati buah-buahan berkenaan mengandungi bakteria Listeriosis.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan larangan itu telah dikenakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) selepas kementerian menerima notis pencemaran dua hari lalu.

“Kami menerima notis dari Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat (AS) yang memaklumkan mengenai pencemaran tersebut. Kontaminasi itu telah menyebabkan tiga kematian dan banyak kes kesihatan di AS dan Kanada,” ujar Ismail.

Walaubagaimanapun kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik balik epal yang sudah dipasarkan di Malaysia, kerana ia melibatkan nutrisi pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan

Isu yang berkaitan dengan pengharaman epal telah tersebar meluas menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu.

Malah portal media popular turut melaporkan penyebaran bakteria itu setelah dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal di Bidart Bros berhampiran Bakersfield, California.

Kredit gambar: homeschoolfitnesscoach
 

Jumlah waktu tidur ideal


jumlah-waktu-tidur-ideal
Pasti kamu selalu merasa diri tidak cukup waktu tidur. Malah kebanyakkan masih damba waktu lelap yang lebih meskipun sudah tidur lama.

Para penyelidik kini sudah berjaya merungkai jumlah waktu tidur yang ideal. Pencarian tersebut berlandaskan ideologi tentang berapakah jumlah rehat yang diperlu untuk menyahkan risiko ketidakhadiran penyakit (sickness absence).

Penyelidik mengumpulkan 3,760 penduduk Finland dalam tempoh tujuh tahun dan membandingkan gangguan tidur mereka. Gangguan yang dimaksudkan termasuklah kesukaran bangun pagi dan keperluan untuk mengambil pil tidur.

Data tersebut berlansung kait dengan kes tidak hadir kerja ekoran sakit yang disediakan oleh Institusi Insurans Sosial negara.

Nahtijahnya, kaum wanita memerlukan 7 jam 36 minit untuk beradu manakala lelaki lebih afdal jika mempunyai waktu tidur sebanyak 7 jam 48 minit.

Menurut penyelidikan MarketWatch, 40 peratus penduduk Amerika Syarikat tidak menepati jumlah waktu tidur tersebut. Rata-rata hanya tidur sekitar 6 jam 48 minit.

Pada tahun 1942, kajian yang sama pernah dilakukan dan waktu jumlah waktu tidur yang dicatatkan adalah 7 jam 54 minit setiap orang.

Kredit gambar: unschoolers
 

Benarkah lobak merah membantu hilangkan rabun?


benarkah-lobak-merah-membantu-hilangkan-rabun
Menurut American Chemical Society dalam kajian terbaru yang dijalankan, lobak merah secara umumnya baik untuk kesihatan mata namun ia tidak membantu untuk mengurangkan kadar rabun.

Lobak mengandungi Beta Karotena yang diproses tubuh menjadi vitamin A. Zat tersebut baik untuk mata tetapi banyak makanan lain yang turut mengandungi Vitamin A seperti kacang, tembikai, bayam, salad dan keju.

Jika seseorang itu mengamalkan diet yang sihat maka tidak perlulah dia menghadam lobak merah untuk ‘memulihkan’ penglihatan bukan? Jadi bagaimakah lobak merah boleh mendapat reputasi sebagai penyembuh penyakit rabun?

Semasa Perang Dunia Kedua dahulu, seorang juruterbang British menyebarkan khabar angin bahawa dia mampu menembak musuh dengan tepat kerana penglihatannya bertambah baik selepas memakan lobak merah dalam kadar yang banyak.

Cerita itu sebenarnya direka untuk menutupi agenda sebenar iaitu pihak British menggunakan radar dalam operasi mereka.

Namun khabar angin itu tersebar meluas bukan sahaja askar Nazi mempercayainya malah rakyat jelata turut mengamalkan sehingga ke hari ini.

Kredit gambar: tooshcoosh

tali skipping pun gajet juga?



Kelebihan dan kegunaan tali skipping
kelebihan-dan-kegunaan-tali-skipping Isu gadget pada kali ini akan membincangkan berkenaan topik tali skipping. Apakah tali skipping ini? Adakah ia hanya sesuai untuk kanak-kanak untuk bermain? Apakah kelebihannya jika kita orang dewasa ini menggunakannya?

Kali ini kita akan membincangkan berkenaan dengan kelebihan dan kegunaan tali skipping dalam membantu meningkatkan prestasi kecergasan dan membantu membakar kalori yang berlebihan.

Tali skipping adalah tali yang panjang yang biasa digunakan oleh kanak-kanak untuk melompat dan sebagainya. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dengan menggunakan tali skipping ini. Untuk penggunaan orang dewasa, ia adalah alatan senaman yang boleh digunakan untuk membantu membakar kalori berlebihan.

Bagaimana ia boleh terjadi?

Menggunakan tali skipping didalam latihan kecergasan dan pembakaran kalori anda adalah salah satu latihan senaman yang amat mudah dilakukan. Mengikut kajian yang dijalankan melompat tali skipping selama 30 minit akan menghasilkan pembakaran kalori lebih kurang sebanyak 300 kalori. Mari kita lihat beberapa kelebihan jika kita melompat tali skipping.


Meningkatkan kardiovaskular anda

Sistem kardiovaskular anda melibatkan jantung dan arteri dan urat yang membawa darah dan oksigen ke hati dan seluruh badan. Dengan melakukan aktiviti ini, ia dapat membantu meningkatkan kesihatan dan meningkatkan system kardiovaskular anda.


Mudah dan murah 

Melompat tali skipping adalah senaman ringkas, mudah dan murah. Jika anda mempunyai satu set tali skipping ini, anda jangan menunggu untuk menikmati kelebihan alatan senaman ini. Anda harus gunakanya kerana ianya  boleh dilakukan dimana-mana seperti di tepi jalan, luar rumah, dan sebagainya.


Membina kekuatan otot anda

Jika kita melakukan latihan lompatan tali ini, ia akan melibatkan kekuatan otot anda lebih-lebih lagi dibahagian otot bahagian bawah badan anda seperti kaki, betis dan sebagainya.

Sebelum anda melakukan senaman ini, pastikan anda tahu tahap kecergasan dan tahap fizikal anda. Pastikan  ianya tidak memudaratkan dan tidak melibatkan kecederaan kepada anda.
Latihan lompat tali ini melibatkan penekanan otot kaki anda. Mungkin bagi sesetengah individu, anda mungkin mengalami kesakitan di kaki anda. Otot telah bekerja keras untuk melakukan senaman ini dan ia akan pulih selepas beberapa hari.

Akhir sekali, terdapat banyak lagi kelebihan yang boleh anda perolehi dengan melakukan senaman ini kerana ia dapat membantu mempercepatkan pembakaran lemak dan meningkatkan stamina anda.


Sumber

Kurus itu sihat. Betul ke?

Tidak semestinya kurus itu sihat. “Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk,” kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan “peta gemuk” bagi mencari di mana lemak tersimpan. Menurut data yang diperolehi Bell, mereka yang mengekalkan diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.

Saintis percaya, tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak muncul pada bahagian lain seperti perut, lengan dan paha. Lemak yang mengelilingi organ dalaman penting seperti jantung, hati dan pankreas yang mana tidak boleh dilihat dengan mata kasar sama bahaya nya dengan lemak yang terbentuk pada individu yang gemuk. Lemak yang meyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ dalaman. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung. 

“Menjadi sesorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak akan berisiko pada serangan jantung,” kata Dr. Louis Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey. Beliau berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak tersimpan yang memeranjatkan! Kurus adalah bonus tetapi itu bukan matlamat utama dan yang penting adalah bebas kolestrol dan sihat. Pangambilan makanan yang seimbang, dan mungkin boleh diselitkan dengan senaman ringkas dapat membantu meningkatkan kecergasan kita.

Sesorang yang kurus berisiko dalam mengambil lebih daripada jumlah kalori yang diperlukan kerana mereka tidak nampak perubahan fizikal pada tubuh mereka. Disebabkan itu ramai di luar sana makan tanpa mengira kalori yang sepatutnya dan terkejut bila didiagnos menghidapi penyakit jantung, kencing manis, dan mungkin juga kandungan kolestrol yang tinggi. Sebaiknya ambil makanan yang hanya diperlukan badan, cukup vitamin nya, dan mampu memberi tenaga yang secukupnya. Bersederhana perlu ditekankan dalam kehidupan seharian.
Ada individu yang berat badan nya akan bertambah bukan kerana jisim lemak nya tetapi jisim otot yang dihasilkan daripada latihan bebanan. Oleh itu, jangan terpedaya dengan kilogram kerana tak semestinya makin bertambah berat, makin bertambah lemak. Ini semua akan berbalik kepada cara hidup kita seharian. Lebih kan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna. Peruntukkan beberapa jam dalam seminggu untuk beriadah bagi membantu lagi proses pembakaran kalori yang telah diambil oleh badan. Kegagalan pembakaran atau penggunaaan kalori akan menyebakan kalori teresebut bertukar kepada lemak yang gagal diproses. 

Kesimpulan nya, kurus tidak menjadi garis pengukur bahawa seseorang itu sihat dan bukan juga menyatakan bahawa gemuk itu bebas daripada sebarang penyakit. Mendapat tubuh yang langsing dan kurus merupakan bonus tetapi lebih cantik sekiranya yang kurus itu juga sihat dalaman dan luaran. Individu yang bertubuh besar pula tidak perlu gusar kerana anda mungkin sihat tetapi hanya bertubuh besar dan mungkin boleh melakukan beberapa rutin senaman yang ringkas secara berterusan untuk mendapatkan ptongan badan yang ideal seperti yang dikehendaki. Semuanya terpulang kepada anda semua.
 
 

Terapi anak kucing untuk kawal stress


terapi-anak-kucing-untuk-kawal-stress
Rasa tertekan? Cubalah terapi anak kucing.
Sebuah video yang disiarkan di YouTube minggu lalu menunjukkan betapa berkesan terapi kucing dalam mengawal tekanan anda.

Klip tiga minit yang dicipta oleh Soul Pancake dan Purina Tidy Cats bermula dengan perbincangan orang awam mengenai perkara yang meletakkan mereka di bawah tekanan mental atau emosi.

Selepas meluahkan perasaan, mereka masuk ke sebuah "bilik terapi" lut sinar dan kemudian diarahkan untuk berehat, menutup mata dan mendengar bunyi kucing mengiau.

Selepas beberapa saat, mereka membuka mata dan terkejut dengan kehadiran anak kucing yang comel!


Dengan gembira, mereka yang berada di dalam bilik mula bermain, berpelukan dan bermanja dengan anak kucing.

"Meluangkan masa bersama makhluk muda hanya mengingatkan saya untuk mengambil perkara dengan mudah," kata seorang wanita.

Malah, pejalan kaki juga terpegun dengan apa yang dilihat.

Kredit Gambar/Video: The New Paper & YouTube

Sumber

Diet cara gladiator roman


diet-cara-gladiator-roman
Tentunya ramai yang beranggapan seorang prajurit zaman roman sebagai lelaki pemakan daging tegar serta pengemar kentang bukan? Nyahkan andaian itu dengan kadar segera.

Ahli antropologi telah menemui dan mengkaji struktur tulang para pejuang gladiator dari makam kota kuno yang pernah menjadi ibukota wilayah Romawi di Asia.

Hasil kajian mendapati semasa hayatnya, gladiator roman mengamalkan diet berasakan kacang dan bijirin. Pelik bukan? Biasanya orang awam mengandaikan lelaki perkasa gemar menikmati hidangan berunsur daging haiwan dan karbohidrat.

Tidak terhenti setakat itu, pahlawan-pahlawan ini turut menghadam minuman istimewa yang diperbuat daripada abu tumbuhan. Tonik prasejarah ini dikatakan dapat membentengi tubuh selepas melakukan senaman fizikal lantas menggalakkan penyembuhan tulang yang lebih baik.

Saintis menggunakan spektroskopi untuk mengukur jumlah karbon, nitrogen, dan sulfur dalam tulang berkenaan. Nisbah strontium (unsur kimia yang terdapat dalam abu) untuk kalsium turut diperiksa.

Menurut pakar, diet gladiator roman ini tidaklah begitu berbeza dengan orang zaman sekarang. Bijirin barli dan minuman debu tumbuhan sebagai sumber tenaga tidak banyak bezanya dengan pengambilan magnesium dan kalsium dalam bentuk tablet. 
 

5 manfaat minyak almond bagi kecantikan kulit

Kulit yang sihat dan cantik merupakan aset yang penting bagi setiap wanita. Sebenarnya, anda tidak perlu membelanjakan banyak duit untuk mengekalkan kecantikan kulit anda! Banyak bahan- bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai bahan untuk menjaga kecantikan.

Walaupun banyak produk kecantikan dijual di pasaran, banyak kajian telah membuktikan bahawa dengan penggunaan minyak, masalah kulit dapat diatasi. Minyak dikatakan lebih efektif dan berkesan daripada produk atau krim kecantikan yang lain. 

Minyak kelapa, minyak bunga matahari, minyak zaitun dan minyak almond merupakan jenis minyak yang kerap dikaitkan dengan kecantikan kulit dan rambut. Minyak Almond merupakan minyak yang  paling digemari oleh pakar – pakar kulit sebagai produk kulit. Untuk itu, kami telah menyenaraikan 5 manfaat minyak Almond bagi kecantikan kulit anda. 

Kulit yang cantik dan sihat

Untuk pengetahuan anda, minyak almond mengandung vitamin A, B dan E yang menyumbang kepada kulit yang cantik dan berseri. Bukan itu sahaja, minyak almond juga akan melembapkan kulit tanpa menutup pori-pori  yang menjadi punca kepada masalah kulit yang serius.

Menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata

Lingakaran mata berpunca dari kekurangan vitamin dalam badan dan tidur yang tidak cukup. Jika anda mengalami masalah ini, cuba sapu minyak almond di bawah mata setiap hari. Jadikan sebagai rutin dan lihatlah perubahan yang ketara nanti!

Boleh digunakan sebagai scrub

Minyak Almond bukan sahaja melembapkan kulit anda, tetapi juga berfungsi sebagai scrub  yang membantu menghilangkan sel-sel mati pada kulit anda.  Terfikir bagaimana ia boleh digunakan sebagai scrub? Senang sahaja! Campur minyak Almond dengan gula dan gunakannya sebagai scrub.

Mengatasi masalah bibir kering

Bibir yang kering dan pecah-pecah  boleh diatasi dengan aplikasi minyak Almond. Bukan sahaja membaiki masalah kulit kering tetapi bintik-bintik gelap pada bibir juga dapat diatasi. Sapukan minyak almond pada bibir setiap hari dan lihat perubahannya!

Penanggal solekan 

Secara umumnya, minyak adalah produk yang baik untuk menanggalkan mekap anda. Minyak mampu membersihkan kulit anda secara mendalam tanpa sebarang sisa mekap! Tidak kisah betapa degil mekap anda, tetapi minyak Almond mampu membersihkan kulit anda! Dengan menggunakan minyak ini, kulit anda akan tampak lebih berseri dan sihat.

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.