Mari berkenalan dengan Ake, kucing comel yang punya kisah hidup yang unik.
Ake merupakan haiwan peliharaan, namun apa yang pelik, Ake tidak gemar
pulang ke rumah sebaliknya lebih selesa menetap di stesen trem di bandar
Rotterdam-Kralingen, Belanda.
Si comel ini sudah menjadikan stesen tram itu sebagai kediaman rasminya
selama 10 tahun dan hanya sekali-sekala akan mengikut tuannya pulang.
Ada kalanya, Ake akan turut menaiki tram dan kebiasaannya, pemandu tram akan menghantarnya pulang ke stesen tersebut.
Menjadi penghuni tetap stesen tram itu, tidak hairanlah Ake punya tempat duduk khas yang hanya boleh dihuni olehnya.
Bukan itu sahaja, Ake kini semakin popular bukan sahaja di Belanda,
tetapi seluruh dunia juga. Kisah Ake pernah diberi liputan oleh banyak
stesen TV tempatan dan sudah beberapa kali muncul di akhbar-akhbar
tempatan.
Ake juga sering menghiasi foto selfie penumpang tram yang tidak mahu
melepaskan peluang bergambar dengannya. Ake juga kini sudah memiliki
lebih 25,000 'likers' di laman Facebooknya, Tram-Poes.
Melalui satu status di laman Facebook tersebut, pemilik Ake memberitahu
Ake menghadapi masalah pencernaan yang agak kronik. Kerana itu, pemilik
yang enggan dikenali itu meminta agar orang ramai tidak memberi Ake
makan kerana kucing kesayangannya itu memerlukan diet yang khusus