Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 
Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

4 sebab kenapa kami suka Gerrard

4-sebab-kenapa-kami-suka-gerrard
Semalam tentunya hari yang cukup sedih bagi peminat Liverpool apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kapten kesayangan mereka, Steven Gerrard.

Hakikatnya, sumbangan Gerrard sepanjang 17 tahun mewakili Liverpool sukar dicari ganti. Paling diingati tentulah semangat dan kepimpinannya (selain turut menjaringkan gol) dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2005. Tetapi bukan itu sahaja sebab kenapa kami adore Steven Gerrard.

Kami berikan empat sebab kenapa Gerrard antara footballer paling menghiburkan.

1. 'Kisah cinta' dengan Jose Mourinho

Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan Liga Inggeris tentu tahu cerita 'love-hate relationship' Gerrard dengan pengurus Chelsea ini. Ia juga digelar sesetengah orang sebagai 'cinta tak berbalas', memandangkan Mourinho sudah banyak kali cuba memujuk Gerrard untuk menyertai kelab-kelab yang pernah diuruskannya; Inter Milan, Real Madrid dan tentunya Chelsea.

2. Stail yang sama

Mungkin pada sesetengah orang, stail yang sama membosankan. Tetapi 17 musim dengan satu gaya rambut yang sama, menunjukkan dia seorang yang sangat konsisten dan setia. Anda tak rasa begitu?

3. Mangsa 'buli' netizen

Status sebagai Kapten Marvel tak menjamin anda takkan dibuli oleh netizen. Apa lagi kalau anda pemain bola sepak terkenal yang ada sejarah tersadung (dan kemudiannya mengakibatkan pasukan lawan menjaringkan gol) dalam satu perlawanan penting. Maka, wujudlah hashtag #gerrardslip yang dijadikan modal netizen untuk troll lagenda Liverpool ini.

P/S: Kapten pasukan mana lagi yang diperintah keluar padang selepas 40 saat? Only Gerrard!

4. Goal celebration paling tak hygienic

Gerrard bolehlah dikatakan sebagai pemain yang punya cara tersendiri setiap kali menjaringkan gol, iaitu dengan mencium kamera. Sesetengah orang menganggap ia kurang hygienic. Tetapi itulah Gerrard. Malah bookie perlawanan bola sepak pernah membuat pertaruhan jika Gerrard akan cium kamera seandainya dia menjaringkan gol dalam satu perlawanan. 
 

Aksi Paling Sengit Dalam Sukan

1. Permainan Bola Tampar Yang Paling Sengit Dalam Sejarah

2. Top doubles Rallies dalam bandminton
 

 

3. AKSI SMASH PALING BAHAYA

Gol-Gol Yang Tak Dapat Diterima Akal Dalam Bola Sepak

Macam-macam terjadi dalam sukan bola sepak, antaranya gol-gol pelik yang kita tak pernah terfikir pun boleh gol. Jom saksikan video-video di bawah.

1. Gol Hantu


2. Tak sengaja ter'gol'


3.Gol Terjauh Sepanjang Masa 

4. GOL SENDIRI...

Bila footballer tempatan di'antarabangsa'kan

bila-footballer-tempatan-di-antarabangsa-kan Siapa tidak kenal nama-nama seperti Neymar, Lionel Messi, dan Cristiano Ronaldo? Mereka ini dikenali bukan sahaja dikenali di kalangan peminat bola sepak, malah mereka yang jarang ambil tahu tentang bola sepak juga biasa dengan nama-nama ini.

Di Malaysia, kita biasa juga mendengar gelaran-gelaran seperti Messi Malaysia atau Neymar Malaysia diberikan kepada pemain bola sepak tempatan. Ops, jangan bandingkan ranking atau cara mereka bermain kerana penilaian ini dibuat atas dasar suka-suka sahaja. Jangan ambil serius sangat, okey?

Mari kita lihat siapa mereka!

Cristiano Ronaldo - Aidil Zafuan 



Rasanya tak ada orang lain yang ada aura yang boleh dikatakan seperti CR7. Bakat Aidil di atas padang, sama 'naik' dengan kisah peribadinya di luar padang. Begitu juga Ronaldo yang kehidupan peribadinya sentiasa dalam spotlight, seperti juga permainannya di atas padang.

Neymar - Baddrol Bakhtiar



Kedua-duanya boleh dikatakan antara pemain yang akan diteropong penyokong dan peminat ketika di atas padang. Masing-masing ada bakat tersendiri. Bagaimanapun, kedua-duanya lead a very normal and peaceful lives, di luar padang. Kisah peribadi berjaya disimpan dengan baik.

Luis Suarez - Safiq Rahim



Suarez dan Safiq sama-sama orang penting dalam pasukan masing-masing. Walau bakat mereka tak boleh dipertikai, tetapi bab temper tu, mungkin perlu dikawal sedikit.

Steven Gerrard - Badhri Radzi



Sama-sama berstatus legenda dalam pasukan masing-masing, malah gelaran Kapten Marvel juga tanpa segan silu diberikan penyokong kepada mereka berdua. Mungkin melihat kepada bakat, corak kepimpinan dan kesetiaan mereka kepada pasukan.

Lionel Messi - Farhan Roslan



Nama Farhan Roslan mula naik ketika kempen Piala Malaysia 2014. Tanpa mengambil masa yang lama, Farhan yang baru berusia 19 tahun terus digelar Messi kerana kepantasan larian dan keupayaannya menjaringkan gol.

Sumber

Gerrard memang 'legend'!


gerrard-memang-legend
Siapa yang tak kenal Steven Gerrard? Legenda yang digelar kapten Fantastik di kelab bola sepak Liverpool itu memang menjadi idola ramai anak muda, malah dia cukup dihormati di kalangan pemain bola sepak.

Namun malang sekali buat Gerrard, apabila dalam perlawanan ala 'el clasico' versi Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United (MU) tempoh hari , dia hanya berpeluang bermain tidak sampai 50 saat.

Gerrard dilayangkan kad merah selepas memijak kaki pemain MU, Ander Herrera, ketika perebutan bola.

Dan macam-macam reaksi kelakar diberikan netizen apabila si 'legend' diarah keluar padang hanya selepas 48 saat di dalam padang.







Perlawanan berkesudahan dengan Manchester United menang 2-1.


Foto: Facebook, Twitter

Sumber

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.