Semalam tentunya hari yang cukup sedih bagi peminat Liverpool
apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kapten kesayangan
mereka, Steven Gerrard.
Hakikatnya, sumbangan Gerrard sepanjang 17 tahun mewakili Liverpool sukar dicari ganti. Paling diingati tentulah semangat dan kepimpinannya (selain turut menjaringkan gol) dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2005. Tetapi bukan itu sahaja sebab kenapa kami adore Steven Gerrard.
Kami berikan empat sebab kenapa Gerrard antara footballer paling menghiburkan.
1. 'Kisah cinta' dengan Jose Mourinho
Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan Liga Inggeris tentu tahu cerita 'love-hate relationship' Gerrard dengan pengurus Chelsea ini. Ia juga digelar sesetengah orang sebagai 'cinta tak berbalas', memandangkan Mourinho sudah banyak kali cuba memujuk Gerrard untuk menyertai kelab-kelab yang pernah diuruskannya; Inter Milan, Real Madrid dan tentunya Chelsea.
2. Stail yang sama
Mungkin pada sesetengah orang, stail yang sama membosankan. Tetapi 17 musim dengan satu gaya rambut yang sama, menunjukkan dia seorang yang sangat konsisten dan setia. Anda tak rasa begitu?
3. Mangsa 'buli' netizen
Status sebagai Kapten Marvel tak menjamin anda takkan dibuli oleh netizen. Apa lagi kalau anda pemain bola sepak terkenal yang ada sejarah tersadung (dan kemudiannya mengakibatkan pasukan lawan menjaringkan gol) dalam satu perlawanan penting. Maka, wujudlah hashtag #gerrardslip yang dijadikan modal netizen untuk troll lagenda Liverpool ini.
P/S: Kapten pasukan mana lagi yang diperintah keluar padang selepas 40 saat? Only Gerrard!
4. Goal celebration paling tak hygienic
Gerrard bolehlah dikatakan sebagai pemain yang punya cara tersendiri setiap kali menjaringkan gol, iaitu dengan mencium kamera. Sesetengah orang menganggap ia kurang hygienic. Tetapi itulah Gerrard. Malah bookie perlawanan bola sepak pernah membuat pertaruhan jika Gerrard akan cium kamera seandainya dia menjaringkan gol dalam satu perlawanan.

Comments :
0 comments to “4 sebab kenapa kami suka Gerrard”
Post a Comment