Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 
Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Kisah Usin Sekeluarga

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah

abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai

ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20

Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu- mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

via : fb.com

Ilustrasi Menarik dalam Tren

Oktober Jones adalah seorang illustrator setiap hari Jones akan menaiki kereta api. Oleh kerana Jones merasa bosan dia cuba melukis gambar orang yang disekelilingnya.jom kita lihat lukisan jones yang menarik…. 







Sumber

Gol-Gol Yang Tak Dapat Diterima Akal Dalam Bola Sepak

Macam-macam terjadi dalam sukan bola sepak, antaranya gol-gol pelik yang kita tak pernah terfikir pun boleh gol. Jom saksikan video-video di bawah.

1. Gol Hantu


2. Tak sengaja ter'gol'


3.Gol Terjauh Sepanjang Masa 

4. GOL SENDIRI...

7 Bilik Hotel Berinspirasikan Komik dan Kartun

1. Barbie Room at the Hilton Hotel in Buenos Aires



2. Room Underwater Talay Karon Beach Resort in Thailand


3. Room SpongeBob Nickelodeon Hotel in Orlando


4. Pirate Room at the Hotel Holiday Inn – Phuket


5. Flintstones Room at the Melia Hotel


6. Hello Kitty Room in the Grand Hi-Lai Hotel – Kaohsiung, Taiwan

7. Harry Potter Room at The Georgian House in London

 


 


 


 


 


 

 

Gambar Facebook Yang Kantoi Photoshop

He's like “Hey, your background is different from mine”. 


Now don't go and try meeting this guy thinking he is a new millionaire.

 He almost made it, ALMOST


Worst abs EVER!


Pic Source : photoshopfail, epicfail,

Penumpang dipaksa menolak pesawat yang dinaiki


penumpang-dipaksa-menolak-pesawat-yang-dinaiki
MOSCOW, (MLP) – Brek pesawat yang dibeku dalam suhu -52 telah memaksa penumpang - penumpang Siberia Air untuk keluar dan menolak kapal terbang mereka.

Dalam satu video yang dimuat naik ke Youtube, ianya dapat dilihat bahawa semua penumpang dalam keadaan ceria ketika menolak pesawat mereka di landasan yang diliputi salji di Igakara, satu kawasan yang melebihi garisan Artik.

Sistem brek casis telah beku disebabkan oleh suhu angin yang perlahan dan lori tunda juga tidak dapat mengeluarkan pesawat itu dari landasan tersebut.
Oleh itu, sebagai langkah terakhir, para penumpang telah turun untuk menolaknya keluar daripada landasan.

Laman media sosial di Rusia dipenuhi dengan pujian ke atas mereka yang berani menolak pesawat itu dalam suhu yang begitu rendah dan berbahaya sekali.  Pengarah teknikal Vladimir Artemenko berkata insiden seperti ini adalah biasa dan berlaku di Rossiyskaya Gazeta setiap hari.

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.