Baru-baru ini, seekor kucing yang diberi nama
Albert mula mencuri perhatian di media sosial.
Kucing dari baka
Selkirk Rex ini menjadi tumpuan ekoran renungan tajamnya lagak seorang samseng.
Dalam tempoh empat bulan, akaun Instagram Albert berjaya mengumpul lebih 50,000 pengikut.
Namun, fenomena kucing berstatus 'selebriti' ini bukan sesuatu yang
baharu. Malah terdapat puluhan, mungkin ratusan, kucing popular yang
anda dapat lihat di internet, antaranya di laman sosial Instagram.
Berikut merupakan lima kucing paling popular di Instagram.
5 – Sam
Si comel yang diberi nama
Sam
ini dianggap unik kerana memiliki alis kening. Pelbagai ekspresi lucu
Sam menjadi ikutan lebih 125 ribu pengikutnya di Instagram.
4 – Snoopy
Snoopy
sememangnya lain dari yang lain. Kucing gebu ini mungkin dianggap pelik
oleh sesetengah individu namun 271 ribu orang tidak jemu menatapnya.
3 - Grumpy Cat
Grumpy Cat
amat popular di laman hiburan malah dijadikan pelbagai meme lucu.
Menghampiri tiga tahun, kini perkembangan kucing perengus ini diikuti
oleh 658 ribu pengikutnya.
2 - Lil Bub
Seramai 719 ribu pengguna laman sosial gemar mengikuti perkembangan
Lil Bub. Ada yang berpendapat Miley Cyrus ‘mencuri’ teknik menjelir lidah daripada si comel ini.
1 – Nala
Berusia 4 tahun, si manja yang diberi nama
Nala ini merupakan kacukan siam dan
tabbymix.
Siapa sangka kucing yang diambil dari pusat perlindungan ini menjadi
kucing paling popular di Instagram dengan 1.8 juta pengikut!
Cuba bayangkan betapa sunyinya dunia serta laman sesawang jika tidak mempunyai haiwan felin ini sebagai halwa mata?
Kredit gambar: Instagram